TINGKATAN 1
BAB 8 : KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU
· Kedah
· Perak
· Pahang
Ms: 122
1. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan kerajaan-kerajaan di atas?
A Kerajaan di bawah naungan Siam
B Kerajaan yang diasaskan oleh Kesultanan Melayu Melaka
C Kerajaan yang wujud selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka
D Kerajaan yang wujud sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka
Ms: 122
2 Antara berikut, negeri yang manakah tergolong sebagai kerajaan Melayu yang tua?
I Perak
II Kedah
III Pahang
IV Kelantan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Ms: 122
3 Negeri-negeri yang wujud sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah
I Kedah
II Selangor
III Perak
IV Pahang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Ms: 123
Kedah
· Menghantar bunga emas kepada Siam
· Menjalin hubungan persahabatan dengan Burma
4 Mengapakah Kedah bertindak sedemikian?
A Mengembangkan ekonominya
B Mematuhi kehendak negerinya
C Menjamin keselamatan negerinya
D Memperluaskan pengaruh ke negeri Siam
5 Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, baginda membahagikan Kedah kepada tiga pusat pentadbiran iaitu
I Langkawi
II Kota Ulu
III Kota Palas
IV Kuala Ledah
A I, II dan III
B I, II danm IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Ms: 123
6 Siapakah yang mengenali Kedah sebagai ‘Sai’ ?
A Orang Cina
B Orang Siam
C Orang Arab
D Orang India
Ms: 123
7 Apabila Kedah diserang oleh Acheh pada tahun 1619, Sultan Kedah telah berundur ke
A Siam
B Perak
C Perlis
D Selangor
Ms: 124
8 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Siam menawan Kedah pada tahun 1821?
I Kedah menyerang Siam
II Kedah menawan jajahan Siam
III Kedah enggan akur kepada Siam
IV Kedah berhubungan baik dengan British
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Ms: 124
· Hikayat Merong Mahawangsa
· Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
9 Apakah persamaan antara kedua-dua sumber di atas?
I Menerangkan sejarah awal negeri Kedah
II Menggambarkan corak hidup masyarakat Kedah
III Menjelaskan hubungan negeri Kedah dengan Siam
IV Menyatakan raja Kedah menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Shah
setelah memeluk Islam
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Ms: 124
Pada kurun ke-18, kerajaan Kedah adalah kurang stabil
10 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku?
I Ancaman Siam
II Perebutan takhta
III Serangan Inggeris
IV Pertikaian sesama kerabat diraja
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Ms: 124
11 Pada tahun 1821, Sultan Kedah dan pengikutnya berundur dari Pulau Pinang dan mula melancarkan serangan terhadap Kedah.
Mengapakah mereka berbuat demikian?
A Melemahkan kekuasaan Inggeris
B Mendapatkan monopoli perdagangan Kedah
C Menyelesaikan perebutan takhta di Kedah
D Mendapatkan semua kemerdekaan Kedah
Ms: 124
12 Apakah kejayaan besar yang diperoleh oleh sultan Kedah pada tahun 1842?
A Dapat menguasai ekonomi negeri Perlis
B Dapat menyelesaikan masalah perebutan takhta
C Dapat membebaskan Kedah daripada jajahan Siam
D Dapat menjalin hubungan dengan Burma dan Inggeris
Ms: 126
Perjanjian 1753
- Sultan Iskandar Zulkarnain
- Thomas Acheppers
13 Berdasarkan maklumat di atas, perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak adalah berkaitan dengan
A bantuan tentera
B penjualan bijih timah
C penyerahan Pulau Pangkor
D penentuan sempadan Perak-Siam
Ms: 124
14 Keadaan politik di Kedah adalah tidak stabil pada abad ke-18 kerana
I ancaman Siam
II perebutan takhta
III pemberontakan rakyat
IV perbalahan di kalangan kerabat raja
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Ms: 125
15 Pada tahun 1528, Tun Saban mengadap Sultan Mahmud Shah.
Apakah tujuan beliau mengadap?
A Menjalin hubungan persahabatan
B Mengaku taat setia kepada baginda
C Memohon baginda menjadi sultan di Perak
D memohon seorang putera baginda dirajakan di Perak
Ms: 125
16 Antara berikut, sumber yang manakah menerangkan sejarah awal negeri Perak?
I Salasilah Perak
II Sejarah Melayu
III Hikayat Raja-raja Perak
IV Hikayat Merong Mahawangsa
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Ms: 125
· Sejarah Melayu
· Salasilah Perak
17 Sumber di atas menerangkan tentang pengasasan Kesultanan Perak.
Apakah yang diceritakan tentang pengasasan tersebut?
A Diasaskan oleh dua orang sultan
B Diasaskan selepas perjanjian dengan Belanda
C Diasaskan setelah Raja Muzaffar mendapat Cura Manjakini
D Diasaskan setelah didesak oleh Tun Saban yang memohon putera Sultan
Muzaffar ditabalkan menjadi raja
Ms: 125
18 Apakah peristiwa yang menjadi titik tolak permulaan keturunan Kesultanan Melayu Melaka di Perak?
A Perlantikan Raja Muzaffar
B Pertabalan Raja Muhammad
C Pertabalan Sultan Mahmud Shah II
D Perlantikan Bendahara Megat Terawis
Ms: 126
19 Kedah menyerang Perak pada tahun 1816,1818 dan 1819.
Mengapakah serangan itu dilancarkan?
A Menurut arahan Siam
B Meluaskan kuasa ke Perak
C Mengusir Belanda dari Perak
D Menguasai hasil bijih timah di Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan