KERJA KURSUS SEJARAH
TINGKATAN 2
SEJARAH SEKOLAH DAN SEJARAH PEKAN SENAI
ELEMEN 1
1.PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru sejarah iaitu En.Zul Zainuhal bin Suhaimi kerana telah berjaya membimbing saya menyiapkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang sama-sama memberikan sokongan semasa menjalankan kajian ini.
Melalui kajian ini juga, ucapan terima kasih diberikan kepada pihak pentadbir sekolah dan orang sumber yang terlibat memberikan maklumat kepada saya semasa proses temuduga dijalankan.Tanpa sokongan daripada mereka,sudah tentu saya tidak dapat menghasilkan kerja kursus yang berkualiti ini.
Jasa dan sokongan tuan puan sekalian tidak saya lupakan sampai bila-bila masa dan hasil kajian ini dijadikan kenangan bagi saya untuk masa depan.Akhir kata,ucapan terima kasih kepada semua pihak,sekian terima kasih.
2.OBJEKTIF KAJIAN
Perlaksanaan kerja kursus sejarah bertujuan memenuhi matlamat pendidikan sejarah yang menyatupadukan unsur pengetahuan,kemahiran,pemikiran sejarah dan penerapan unsur patriotisme.Objektif kajian ini adalah untuk:
a. mengenalpasti sejarah sekolah
b. mengetahui latar belakang pekan senai
c. mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih
d. mengelas,menganalisis,mentafsir,mensintesis dan merumus fakta sejarah secara rasional.
e. Merekod fakta sejarah yang telah dianalisis mengikut format kajian yang betul.
f. Mengenali sejarah diri,keluarga,sekolah,persekitaran tempat tinggal dan negara.
g. Mengamalkan nilai murni dan unsur patriotisme.
3.KAEDAH KAJIAN
Sepanjang kajian ini,berbagai-bagai kaedah yang dilakukan bagi mengumpulkan maklumat dan merekodkan maklumat.Fakta sejarah itu dirumuskan dan membuat pentafsiran bagi mendapatkan fakta yang sahih dan betul.Antara kaedah yang dilaksanakan seperti:
a. Kaedah lisan
-Saya telah menemuduga orang sumber dan bertanyakan pelbagai soalan tentang latar belakang pekan senai.Melalui ini, saya telah merekodkan dan menulis fakta sejarah dalam kajian ini.Kaedah ini terus kepada responden melalui perbualan dan percakapan.
b. Kaedah bertulis
-Banyak bahan-bahan diperolehi melalui kaedah bertulis dengan mendapatkan maklumat daripada buku,majalah, piagam sekolah,papan tanda dan artikel mengenai sekolah.Selain itu,saya telah membuat rujukan ke atas buku majalah tekad dan melayari internet bagi mendapatkan sumber.Fakta-fakta daripada buku dan internet ini telah disalin dan dicetak kembali bagi melengkapkan kajian ini.
4.KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini mendatangkan kepentingan kepada pelajar,keluarga,dan Negara.Ini secara langsung pelajar dapat menetahui sejarah sekolah dan sejarah pekan senai yang dikaji. Antara lain kepentingan kajian ini adalah:
a. menulis dan menghuraikan sejarah perkembangan sekolah
b. menyatakan asal usul dan latar belakang pekan senai
c. memiliki perasaan bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa dan Negara.
d. Mempunyai dan mempertingkatkan semangat patriotik
e. Bersedia melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan,pembangunan dan kemajuan negara.
ELEMEN 5
RUMUSAN
Rumusan yang dapat dibuat daripada kajian ini mendatangkan faedah kepada pelajar kerana berupaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan Negara.Pelbagai ilmu yang diperolehi daripada kajian ini dan disinilah barulah saya dapat mengenali sejarah sekolah dan pekan senai.Saya berasa amat berbangga dengan kajian ini dan semangat patriotisme dapat dipupuk dalam diri ini.
Kajian yang amat bernilai ini dapat membantu saya meningkatkan pengetahuan dalam pembelajaran sejarah.Akhir kata, sejarah mengajar kita mengenali diri,bangsa,keluarga,masyarakat dan Negara.Sama-samalah kita menjayakan kurikulum sejarah untuk diri dan generasi akan datang.
SUMBER RUJUKAN
1. Buku Majalah Tekad
3. Papan kenyataan di sekitar sekolah
4. Orang sumber
5. Penduduk senai
TARIKH HANTAR KERJA KURSUS
PERHATIAN: MARKAH KERJA KURSUS AKAN DICAMPUR DENGAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamu so brilliant
BalasPadamu are shit
BalasPadamBodoh ke bangang
Padamchilllllll
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTqvm for sharing...
BalasPadam