Selasa, 15 Mac 2011

NOTA LENGKAP SEJARAH T2 (B1-B8)

SEJARAH TINGKATAN 2

BAB 1            : Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British

1.1              Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang.
1.1.1        Pulau Pinang menjadi pengkalan SHTI
 1.        Terdapat tiga faktor SHTI berminat dengan Pulau Pinang.
              a. Pelabuhan persinggahan.
              b. Pusat pengumpulan barang dagangan.
              c. Pengkalan tentera untuk urusan perdagangan.   
2.         Kedudukan Pulau Pinang di tengah-tengah laluan perdagangan memenuhi  
            Keperluan SHTI.
3.         Perlantikan Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tidak dipersetujui oleh
      kerabat diraja kerana baginda bukan anak gahara.
4.         Mereka berpakat dengan Bugis Selangor menyerang Kedah.
5.         Sultan Kedah meminta bantuan SHTI untuk melindungi Kedah daripada ancaman       
            Siam.

1.2              Tipu helah Francis Light Mendapatkan Pulau Pinang.
1.                Perjanjian Inggeris – Kedah 1786 ditandatangani.
Antara syarat-syarat perjanjian ialah SHTI membantu Kedah jika di serang musuh, SHTI tidak melindungi Kedah dan SHTI membayar 30,000 dolar Sepanyol kepaga sultan.
2.                Sultan Abdullah menuntut SHTI memberikan bantuan ketenteraan kepada Kedah selepas Kedah diancam oleh Siam.
3.                SHTI enggan memberikan bantuan demi menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
4.                Sultan Abdullah berpengkalan di Seberang Perai untuk menyerang Pulau Pinang      tetapi berjaya dipatahkan oleh SHTI.
1 Mei 1791 SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi.

1.3              SHTI Mengambil Seberang Perai.
1.         Seberang Perai diperlukan oleh SHTI untuk dijadikan benteng pertahanan dan        
            keperluan makanan.
2.         SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada November     1821.

1.4              Pertapakan SHTI di Singapura.
1.         Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan kerana kedudukannya yang jauh     di Utara.
2.         Perdagangan SHTI dengan China semakin penting dan barangan mendapat pasaran baik di Eropah.




3.         Stamfort Raffles mencadangkan kepada SHTI agar mendirikan pangkalan baru di Singapura.
4.         Singapura dapat mengawal laluan perdagangan strategik di selatan, pelabuhan bebas dan pangkalan menyaingi pelabuhan Betawi (Belanda).
5.         Raffles mempergunakan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabalkan sebagai sultan.
6.         6 Febuari 1819, Sultan Hussein iktiraf perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles.

1.5              Perpecahan Kepulauan Melayu.
1.         Pendudukan Stamfort Raffles ke atas Singapura di pertikaikan oleh Belanda.
2.         Belanda anggap Singapura di bawah pengaruhnya dan menjejaskan perdagangan                 
            di Betawi.
3.         Perjanjian Inggeris – Belanda 17 Mac 1824 ditandatangani. Antara isi kandungan               ialah Belanda iktiraf British di Singapura, Belanda tidak membuka penempatan di Tanah    Melayu, British serah Bangkahulu kepada Belanda sementara Belanda serah Melaka kepada British dan British tidak membuka penempatan baru di selatan Singapura.

1.6              Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-negeri Selat.
1.        1826, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka disatukan sebagai Negeri-negeri Selat                
            (NNS).
2.         Tujuan NNS untuk menjimatkan perbelanjaan dan menyeragamkan pentadbiran.


BAB 2            : Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campurtangan British.

2.1       Dasar campurtangan British di Negeri-negeri Melayu.
1.         Dasar campurtangan British bererti British melibatkan diri secara lansung dalam    pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.
2.        British campurtangan kerana kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu, Revolusi   Perindustrian di Eropah, penciptaan kapal wap, pembukaan Terusan Suez, kebimbangan campurtangan kuasa Eropah yang lain, pertukaran kerajaan British dan desakan pedagang.

2.2       Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang    Campur Tangan British.          
1.         Perang Larut dan perebutan tahta telah mewujudkan ketidakstabilan di Perak.
2.         Perjanjian Pangkor menandakan penguasaan British secara lansung di Perak.
3.         Perang Kelang, rompakan kapal dagang British dan serangan ke atas rumah api di Tanjung Rachado telah mendorong British campur tangan di Selangor.
4.         Persengketaan antara Dato Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato Bandar Kulop Tunggal berebut Sungai Linggi dan Sungai ujong mempercepatkan british campur tangan di negeri Sembilan.
5.        British menggunakan alas an pembunuhan warganegara British berbangsa cina bernama Go Hui di hadapan istana Sultan Ahmad sebagai alasan campur tangan di Pahang.

2.3              Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar
1.         Residen menggugat kuasa sultan dan pembesar dengan cara menguasai pentadbiran, memaksa sultan menerima nasihat, mencampuri adapt dan mengambil alih memungut cukai.
2.         Pelaksanaan Sistem Residen tidak teratur dan tiada panduan yang jelas. Residen terlalu berkuasa dan pentadbiran tidak seragam.
3.         Antara faktor penubuhan Persekutuan 1896 ialah perkongsian perkhidmatan pakar, krisis kewangan Pahang, memajukan system perhubungan dan keselamatan.
4.         Pusat pentadbiran Persekutuan di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral.
5.         Pembentukan Persekutuan menyebabkan Residen Jeneral berkuasa dalam kewangan dan cukai eksport serta pentadbiran.
6.         Kerajaan pusat menubuhkan jabatan kerajaan dan penglibatan orang Melayu dihadkan.
7.         Durbar atau Persidangan Raja-Raja Melayu 1897 ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah perasaan tidak puas hati sultan.
8.         Dalam Durbar kedua 1903, Sultan Idris mengkritik pemusatan kuasa Residen Jeneral, desak kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan, desak agar bilangan pegawai Melayu ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi serta iktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.


BAB 3            : Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British.

3.1              Negeri-negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu.
1.         British bimbang apabila Perancis meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Pharaya dan Segenting Kera, Jerman berminat dengan Langkawi, Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu dan Rusia di Ujong Salang.
2.         Perjanjian sulit British-Siam 1897 bertujuan menghalang Siam menyerahkan atau membenarkan mana-mana kuasa bertapak di selatan Siam.
3.         Perisytiharan British-Siam 1902 telah iktiraf Negeri-negeri Melayu Utara di bawah naungan Siam.
4.         Perjanjian Bangkok 1909, Siam bersetuju menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada British. Raja-raja Melayu tidak dibawa berunding dan akur dengan keputusan perjanjian.

3.2              Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara.
1.         Penasihat British menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal agama Islam dan adat Melayu.
2.         Sultan Kedah tidak iktiraf Perjanjian Bangkok tetapi George Maxwell Penasihat British menyerapkan sistem pentadbiran barat dalam pentadbiran Kedah.
3.         Raja Syed Alwi membantah Perlis diserahkan kepada British. Kapten Meadowe Frost Penasihat British menggubal undang-undang, memperkenalkan jabatan baru dan menguasai Jabatan Kewangan.
4.         Sultan Mahmud IV juga menentang dan J.S Mason Penasihat British mengambil alih kuasa mentadbir jajahan dan menguasai jabatan penting di Kelantan.
5.         Sultan Zainal Abidin III turut membantah W. Conlay Penasihat British di Terengganu dan baginda menggubal perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu untuk memelihara kedaulatan Terengganu.

3.3              Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British.
1.         Daeng Ibrahim (Temenggung Ibrahim) adalah pemerintah Johot kecuali Wilayah Kesang. Baginda mengasaskan pusat pentadbiran Tanjung Puteri, menggalakkan kemasukan orang cina untuk mengusahakan ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu.
2.         Sultan Abu Bakar mengadakan mahkamah, pos, Jabatan Kerja Raya, sekolah, hospital dan jalan raya. Pasukan polis dan tentera turut ditubuhkan.
3.         Sistem Kangcu diteruskan oleh baginda.
4.         Perjanjian Persahabatan 1885, Johor diiktiraf negeri berdaulat, Maharaja Abu Bakar diiktiraf sultan Johor, kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura, baginda berhubung terus dengan kerajaan London dan perlantikan seorang Konsul British.
5.                1895, baginda mengisytihar perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. Baginda di gelar Bapa Pemodenan Johor.

6.                Dato Jaafar bin Muhammad mewajibkan semua pegawai British di Johor memakai pakaian rasmi Johor, mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera Johor dan mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan surat rasmi.
7.                Dato Abdul Rahman bin Andak berperanan dalam hal hubungan luar Johor, mengawal hubungan luar Johor dengan British dan perintis penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor.
8.                Dato Muhammad Salleh bin Perang memegang jawatan Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah dan melukis peta pembangunan negeri Johor.
9.                Dato Muhammad Ibrahim Munsyi memegang jawatan Ketua Jabatan Pendidikan Johor, mendirikan banyak sekolah dan mendesak agar pendidikan diwajibkan kepada rakyat Johor. Digelar sebagai Bapa Pendidikan Melayu Johor.
10.            British berusaha menguasai Johor dengan menubuhkan Lembaga Penasihat Johor untuk mengawal kewangan Johor tetapi gagal.
11.            Kepintaran Dato Abdul Rahman Andak banyak menggagalkan muslihat British dan akhirnya Dato Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London.
12.            1914, British melantik Dauglas Campbell sebagai Penasihat British.
  

BAB 4            : Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke

4.1              Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan
1.         Sultan Brunei melantik Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil Kesultanan Brunei Sarawak.
2.         Pangeran Indera Mahkota menguasai antimoni dan emas untuk mengukuhkan kawalannya ke atas Sarawak. Cukai yang tinggi turut dikenakan.
3.         Orang Bidayoh yang bekerja di lombong antimoninya tidak diberi upah.
4.         orang Bidayoh dan orang Melayu menentang Pangeran Indera Mahkota.
5.         Tujuan kebangkitan untuk membebaskan Sarawak daripada pemerintahan Kesultanan Brunei.
6.         Sultan Brunei menghantar Pangeran Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota menamatkan kebangkitan tersebut.
7.         James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak sekiranya beliau berjaya menamatkan kebangkitan itu.
8.         Dengan bantuan ketenteraan James Brooke, Pangeran Muda berjaya menamatkan kebangkitan rakyat Sarawak.
9.         James Brooke membedil bandar Kuching apabila Pangeran Muda Hashim melambat-lambatkan perlantikan James Brooke.
10.       1841, James Brooke menjadi Gabenor dan Raja Sarawak yang pertama.
11.       1842, Sultan Omar Ali Saifuddin iktiraf perjanjian 1841 selepas Sultan Omar bimbang dengan kehadiran angkatan British bersama James Brooke.
12.       1846, Sultan  Omar cuba menentang James Brooke tetapi gagal dan James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak yang berdaulat.

4.2              Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa.
1.         1853, Sultan Abdul Mu’mein menyerahkan tanah antara Sungai Samarahan  dengan Sungai Rajang.
2.         1861, Sultan Mu’mein menyerahkan Sungai Rajang.
3.         1883, Sultan menyerahkan lembangan  Sungai Trusan.
4.         1905, Charles Brooke membeli Lawas daripada Sultan Hashim Jalal.

4.3              Keluarga Brooke Memantapkan Pentadbiran.
1.         James Brooke telah melibatkan pemimpin tempatan untuk mentadbir dan                               
            mendapatkan sokongan rakyat.
2.         James Brooke membentuk Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri serta Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian.
3.         Jabatan Kehakiman, Polis, Kastam dan Cukai serta Pos ditubuhkan.
4.         Mahkamah Keadilan juga ditubuhkan.
5.         24 September 1941, Charles  Brooke mengisytiharkan perlembagaan Sarawak yang menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak.



4.4              Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke.
1.         Untuk menjaga kepentingan ekonomi, keluarga Brooke tidak menggalakkan kemasukan pelabur luar secara besar-besaran.
2.         Hasil hutan seperti sarang burung, getah jelutung, rotan serta tanaman tradisional seperti kelapa, gambir, lada hitam dan sagu diusahakan dengan giat.
3.         Sarawak kaya dengan antimony, emas, arang batu, raksa dan minyak.
4.         Tanaman baru seperti getah dan tembakau telah di perkenalkan.
5.         Petroleum digali di Miri pada tahun 1882.

4.5              Perubahan Sosial di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke.
1.         Keluarga Brooke menjalankan dasar pecah dan perintah untuk menghalang perpaduan kaum dan menjamin kedudukannya sebagai Raja Sarawak.
2.         Pusat pentadbiran dan perdagangan seperti Kuching, Miri dan Sibu.
3.         Kemudahan asas  terhad dibandar-bandar sahaja manakala pengangkutan air adalah sistem pengangkutan utama.
4.         Perkhidmatan pos, telegraf, telefon, hospital dan klinik di bandar besar.
5.         Charles Brooke membina sekolah Melayu dan Cina sahaja.
6.         1924, Jabatan pelajaran ditubuhkan untuk mengawal perkembangan pendidikan  di Sarawak.


BAB 5 : Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British.

5.1              SBUB Bertapak di Sabah.
1.         Sultan Brunei memberi konsesi tanah kepada C.L Meses. Moses menjual konsesi kepada J.W Torey dan T.B Harris. Torey menjual haknya kepada Von Overbeck.
2.         Overbeck meminjam modal daripada Alfred Dent dan Edward Dent. Gabenor Labuan, W.H Treacher membantu Overbeck memperbaharui pajakan.
3.         Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu. Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edwart Dent. Akhirnya Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad mendapat Piagam Diraja.

5.2              SBUB Mengukuhkan Kuasa di Sabah.
1.         Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat. Jabatan Kerajaan ditubuhkan untuk melicinkan urusan pentadbiran.
2.         Negeri Sabah dibahagikan kepada beberapa residensi. Residensi dibahagikan kepada daerah.
3.         Ketua Anak Negeri (OKK) membantu Pegawai Daerah. Undang-undang Barat dan tempatan digunapakai untuk menjaga keamanan negeri. Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri diwujudkan.

5.3              SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah.
1.         SBUB mengeksploitasi hasil tradisional seperti sarang burung, sagu, rotan, lanut, trepang dan sirip ikan yu. SBUB memaksa penduduk tempatan menambahkan hasil keluaran tradisional.
2.         Tembakau merupakan tanaman dagangan kerana mutunya tinggi  dan mendapat pasaran yang tinggi.
3.         Pembinaan landasan kereta api dan pemberian empat peratus dividen kepada pengusaha menyebabkan tanaman getah maju.
4.         SBUB turut menguasai hasil balak dan perlombongan seperti emas, arang batu dan mangan.


5.4              Perubahan Sosial SBUB di Sabah.
1.         SBUB membina landasan kereta api, jalan raya, sekolah, hospital dan telegraf.     
            Jalan raya dibina di bandar-bandar besar
2.         Bidang pendidikan kurang diberi perhatian SBUB. Mubaligh Kristian membina sekolah untuk menyebarkan agama Kristian. Sekolah Melayu pertama dibina di Kota Belud.
3.         SBUB kekurangan wang dan menganggap pendidikan tidak menguntungkan.
4.         Hospital banyak dibina di bandar-bandar besar. Bandar baru seperti Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau dan Lahat Datu muncul.
5.         Kudat adalah pusat pentadbiran SBUB yang pertama diikuti oleh Sandakan. Jesselton (Kota Kinabalu) merupakan ibu negeri Sabah dan pusat perdagangan yang penting.

  
BAB 6            : British Mengeksploit Ekonomi.

6.1              Kegiatan Pertanian Dagangan.
1.         Lada hitam ditanam di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak. Lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu.
2.         Buah pala dan cengkih ditanam di Pulau Pinang. Ladang tebu dibuka di Seberang Perai dan Perak.


6.2              Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi British
1.         Harga tanaman dagangan tradisional yang tidak stabil mendorong British   
            memperkenalkan kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh.
2.         Peladang Eropah digalakkan menceburi pertanian dagangan tetapi penduduk tempatan disekat.


6.3              Perkembangan Perusahaan Getah.
1.         Harga kopi yang jatuh di pasaran dunia mendorong British memperkenalkan tanaman getah.
2.         Getah berasal dari Brazil, disemai di Kew Garden England, di bawa ke Singapura dan beberapa batang anak pokok getah ditanam di Kuala Kangsar.
3.         Permintaan terhadap getah meningkat akibat perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah.
4.         Ladang-ladang getah banyak dibuka tetapi penduduk tempatan mengusaha tanaman ini secara kebun kecil.
5.         Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah ialah permintaan terhadap getah, kejatuhan harga kopi, usaha H.N Ridley, pelaburan modal, cukai yang rendah dan tenaga buruh yang mencukupi.
6.         Rancangan Sekatan Stevenson 1922 untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah.
7.         Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa 1934 untuk mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah.

6.4              Perkembangan Perusahaan Perlombongan.
1.         Emas dilombong di Raub Pahang, arang batu di Selangor. Bauksit di Bukit Pasir, Teluk Rumania (Johor) dan Teluk Emas Melaka. Bijih besi di Bukit Besi Terengganu, ilmanit di Batang Padang Perak.
2.         Orang Melayu mendulang dan melampan bijih timah, orang Cina memperkenalkan lombong dedah, pam kelikir dan palung manakala orang Eropah memperkenalkan kapal korek.
3.         Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa untuk memulihkan semula harga bijih timah.
4.         Majlis Bijih Timah Antarabangsa untuk menyelaraskan pengeluaran dan menstabilkan harga bijih timah.



6.5              Pengeluaran Hasil Hutan.
1.         Hasil hutan dikeluarkan melalui kegiatan meramu.
2.         Damar digunakan menutup renggangan papan perahu, getah perca untuk membuat alatan bedah, bola golf dan penebat kabel.
3.         Getah jelutung sebagai ramuan getah pengunyah dan pelekat gigi palsu.
4.         Dwiekonomi ialah kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional.


6.6              Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan.
1.         Antara perubahan ialah kemudahan asas, penggunaan buruh luar seperti Cina (Sistem Kontrak) India (Sistem Kangani), system pengangkutan dan perhubungan, kemunculan Bandar baru seperti Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban serta kepelbagaian pendidikan.
2.         Kemasukan orang Cina dan India mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi.
3.         Sistem pendidikan Vernakular (sekolah berbilang kaum) turut diwujudkan.
4.         Sekolah Melayu didirikan untuk memberikan pendidikan sekukar kepada anak-anak petani dan nelayan.


BAB 7            : Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa.


7.1              Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah.
1.         1823, Tunku Abdullah memimpin 3000 tentera membebaskan Kedah daripada Siam tetapi gagal.
            1831, Tunku Kudin terkorban selepas British mengepung Kedah.
            1836, Sultan Ahmad Tajudin ditangkap oleh British semasa merancang menyerang Siam.
            1838, Tunku Muhammad Saad berjaya menawan semula selatan Kedah tetapi Siam menguasai semula Kedah dengan dibantu oleh British.


7.2              Dol Said Pahlawan Naning.
1.         Dol Said menentang British kerana mempertahankan kemerdekaan Naning, menentang bayaran cukai dan menentang pelaksanaan undang-undang British.
2.         15 Julai 1831, British menghantar 150 orang Sepoi tetapi dipatahkan oleh Dol Said.
3.         Mac 1832, Taboh iaitu pusat pentadbiran Naning ditawan oleh British.
4.         Dol Said berundur ke Seri Menanti dan menyerah diri kepada British.
5.         Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.


7.3              Rentap Wira Sarawak : Agi Idup, Agi Ngelaban.
1.         Rentap menentang Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.
2.         Brooke membina kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban.
3.         1853, Rentap berjaya menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Pegawai Brooke Allen Lee terbunuh.
4.         1854, James Brooke menyerang kubu Rentap di Sungai Long dan membakar perkampungan Rentap.
5.         1857, Charles Brooke menyerang kubu Rentap di Bukir Sadok tetapi gagal.
6.         1863, James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit selama sebulan dan Rentap berjaya ditewaskan.


7.4              Sharif Masahor Wira Sarawak.
1.         Kewibawaan Sharif Masahor tergugast apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke.
2.         1855, Sharif Masahor menyerang Mukah dan Brooke melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei.
3.         1859, Sharif Masahor menyerang Kanowit diikuti pertempuran di Sungai Sadong.
4.         Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura.


7.5              Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak.
1.         Kebangkitan Dato’ Maharaja Lela menentang British disebabkan oleh hak mengutip      
            Cukai, ketuanan Melayu, cukai baru dan adat resam.
2.         Mesyuarat di Durian Sebatang, keputusan diambil untuk membunuh J.W.W Birch dan menghalau British.
3.         Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak.
4.         Dato’ maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Seputum dihukum gantung manakala Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.


7.6              Yamtuan Antah Mempertahankan Seri Menanti.
1.         Yamtuan Antah tidak setuju dengan Dato Kelana Sungai Ujong yang menanda tangani perjanjian dengan British.           
2.         Tindakan Dato Kelana mengisytihar Terachi sebahagian jajahannya dibantah oleh Yamtuan Antah.
3.         Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi sebelum berundur ke Bukit Putus.


7.7              Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang.
1.         Faktor penentangan Dato’ Bahaman ialah hilang hak mengutip cukai, pembinaan balai polis dan perlucutan gelaran.
2.         Dato’ Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk Terua walaupun ditentang oleh Hugh Clifford.
3.         Gerakan Sultan yang dipelopori British telah menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman.
4.         Perjuangan Dato’ Bahaman disokong oleh Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.
5.         Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu.


7.8              Mat Salleh Menyanggah SBUB.
1.         Faktor penentangan ialah perjuangan jihad, peraturan membebankan, kegagalan untuk berunding dan perkampungan dibakar.
2.         Mat Salleh menyerang Ambong dan Mat Salleh dibenarkan mentadbir Tambunan.
3.         SBUB mungkir janji apabila mengambil alih Tambunan dan SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran.
4.         Mat Salleh telah terkorban.


7.9       Antanom Pahlawan
1.         Antanom memimpin orang Murut menentang SBUB menindas kaumnya.
            Sebab-sebab penentangan Antanom ialah
1.      Orang Murut sebagai buruh paksa.
2.      SBUB menzalimi keluarga Murut.
3.      SBUB menceroboh kawasan hutan.
4.      SBUB melarang orang Murut membuka tanah baru.
5.      SBUB mengenakan cukai yang membebankan.
-Antanom dan 400 orang Murut terkorban semasa mempertahankan Rundum.


 7.10    Tok Janggut Pejuang Jihad.
1.         Faktor-faktor penentang Tok Janggut di Kelantan :
            1. Perasaan anti British
            2. Pembayaran cukai yang menyusahkan.
            3. Peraturan tanah.
            4. Pengenalan cukai membebankan.
2.         Tok Janggut terkorban dalam serangan British di Kampung Dalam Pupuh, Saring.


7.11          Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani.
1.         Faktor-faktor kebangkitan Tani di Terengganu :
            1. Pas kebenaran yang membebankan.
            2. Pengaruh pemimpin agama.
            3. Penguatkuasaan undang-undang binatang buas.
            4. Peraturan tanah baru.
2.         Seramai 12 orang petani terkorban dan Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah.


BAB 8 : Kebangkitan Semangat Kebangsaan Untuk Mengangkat Martabat Bangsa

8.1              Maksud semangat Kebangsaan (Nasionalisme)
-Bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah   
 air.
-Kita berjuang menebus maruah bangsa dan membebaskan negara daripada penjajahan   
 British.


8.2              Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan.
1.         Di Turki berlaku Gerakan Pan-Islam iaitu gerakan menyatukan seluruh umat Islam dan
            menentang penjajahan Barat.
2.         Di Mesir pula berlaku Gerakan Islah (gerakan pemulihan) iaitu menyeru orang Islam berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis untuk mencapai kemajuan.
3.         Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun (1905) turut menyemarakkan semangat negara Asia yang lain.
4.         Kejayaan Dr Sun Yat Sen yang memimpin Revolusi China menumbangkan kerajaan Manchu membangkitkan kesedaran  rakyat Tanah Melayu.
5.         Di Filipina, Jose Rizal yang memimpin perjuangan  rakyat Filipina menentang Sepanyol juga menggalakkan semangat nasionalisme.
6.         Di India, Mahatma Gandhi memimpin gerakan kesedaran kebangsaan untuk membebaskan India daripada British.
7.         Di Indonesia, Soekarno yang memimpin Parti Nasional Indonesia menentang Belanda telah merangsang semangat kebangsaan rakyat.

8.3              Gerakan Islah Mencetus Kesedaran Kebangsaan.
1.         Gerakan Islah di Tanah Melayu dibangkitkan oleh golongan pelajar di Timur Tengah.
2.         Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.
3.         Idea Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam.
4.         Akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara.
5.         Idea Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua melalui akhbar Suara Benar dan Lidah Benar.
6.         Kaum Tua berpegang kuat kepada adat dan Agama Islam.

8.4              Intelektual Mematangkan Perjuangan.
1.         Golongan Intelektual Melayu adalah lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
2.         Mereka berganding bahu dengan cerdik pandai agama dan memperjuangkan kesedaran kebangsaan.
3.         Mereka menuntut hak orang Melayu dalam ekonomi, pendidikan dan pentadbiran.


8.5              Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena.
1.         Antara akhbar berpengaruh seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.
2.         Akhbar menyuarakan isu social, ekonomi dan politik orang Melayu.
3.         Akhbar ini berjaya menyemai semangat kebangsaan.
4.         Masyarakat Cina menerbitkan akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News.
5.         Masyarakat India dengan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu.
6.         Akhbar Cina dan India melaporkan berita tentang kegiatan social dan ekonomi orang Cina dan India di Tanah Melayu dan peristiwa yang berlaku di China dan India.


            Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif
1.         Puisi banyak bertemakan semangat kebangsaan bertujuan menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan negara, menyeru merebut peluang ekonomi dan mempertahankan maruah bangsa.
2.         Karya Sastera seperti novel turut menimbulkan kesedaran kebangsaan.


8.6              Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan.
1.         Kesatuan Melayu Singapura (KMS) menggalakkan ahli berperanan dalam politik dan pentadbiran, memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam pendidikan dan sebagai wakil orang Melayu.
2.         Kongres Melayu Se-Tanah Melayu mewujudkan perpaduan kebangsaan dikalangan orang Melayu.
3.         Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) menggalakkan ahli bertukar-tukar pendapat dan meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan.
4.         Kesatuan Melayu Muda (KMM) bertujuan menanam semangat perpaduan dan kesedaran untuk mempertahankan hak mereka.
5.         KMM berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada British.
6.         KMM bercita-cita menubuhkan Melayu Raya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan