TINGKATAN 1
BAB 7 : JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN
MELAYU MELAKA
Ms: 102
· Membina kubu pertahanan di Bentayan, Muar
· Mengumpul kekuatan ketenteraan dengan bantuan
dari jajahan takluk
1. Apakah tujuan Sultan Mahmud Shah melakukan perkara di atas?
A Meluaskan kuasa di Johor
B Mendirikan kerajaan di Johor
C Menghadapi ancaman Portugis dan Acheh
D Mendapatkan semula Melaka daripada Portugis
Ms: 102
· Kelemahan pentadbiran
· Kelemahan teknologi peperangan
· Perpecahan di kalangan penduduk
2. Perkara di atas telah mengakibatkan Melaka …
A mengalami perang saudara
B menghadapi ancaman Siam
C jatuh ke tangan orang Portugis
D terlibat dalam Perang Tiga Segi
Ms: 102
3. Setelah Melaka dikuasai oleh Portugis, tempat manakah yang menjadi tempat persinggahan pertama Sultan Mahmud Shah I?
A Muar
B Pagoh
C Jempul
D Segamat
Ms: 102
4. Antara berikut, tempat manakah yang menjadi tempat untuk Sultan Mahmud Shah bersemayam sementara sebelum ke Pulau Bentan?
A Perak
B Johor
C Pahang
D Selangor
Ms: 102
5. Apakah nama baru bagi Pulau Bentan?
A Pulau Riau
B Pulau Tioman
C Pulau Bengkalis
D Pulau Singapura
Ms: 102
6. Apakah yang telah dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah I semasa baginda di Bentan?
A Memonopoli perdagangan
B Mendapatkan peralatan perang
C Mengikat perjanjian kerjasama
D Mengumpulkan kekuatan ketenteraan
7. Apakah strategi yang digunakan oleh kerajaan Johor untuk menghadapi ancaman
dari luar?
A Mendapatkan bantuan British
B Mendapatkan bantuan Belanda
C Memindahkan pusat pentadbiran
D Membina kubu pertahanan yang kukuh
Ms: 103
Sejak ditubuhkan, Kerajaan Johor sering diancam oleh
kuasa luar
8. Antara berikut, kuasa luar yang mengancam kerajaan Johor pada abad k-16 dan
ke-17 ialah …
I Jambi
II Acheh
III Kampar
IV Portugis
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Ms: 103
Nama asal Johor ialah Ujong Tanah
9. Berdasarkan pernyataan di atas, nama asal Johor berasal daripada
A istilah Arab
B istilah Cina
C istilah India
D istilah Parsi
Ms: 103
Johor juga dikenali sebagai Jauhar
10. Apakah maksud Jauhar dalam pernyataan di atas?
A Emas
B Manik
C Berlian
D Permata
Ms: 103
11. Antara berikut, tokoh manakah pernah dikenali sebagai Raja Ujong Tanah dan Bentan ?
A Sultan Ahmad Shah
B Sultan Mahmud Shah I
C Sultan Muhammad Shah
D Sultan Alauddin Riayat Shah I
Ms: 103
Kekuasaan Johor terhadap jajahan takluk diperkukuh
pada abad ke-17
12. Siapakah tokoh yang telah memperkukuhkan kekuasaan Johor?
A Tun Sri Lanang
B Seri Nara Diraja
C Laksamana Tun Abdul Jamil
D Sultan Alauddin Riayat Shah II
Ms: 103
13. Bagaimanakah Laksamana Tun Abdul Jamil mengukuhkan kuasa terhadap jajahan takluknya?
A Mengawal pungutan cukai eksport
B Menempatkan wakil di jajahan taklukan
C Menempatkan tentera di jajahan taklukan
D Membina kota pertahanan di jajahan takluk
Ms: 103
14. Johor telah menempatkan wakil-wakilnya di jajahan taklukan. Antara berikut yang manakah jajahan taklukan tersebut?
I Kampar
II Bengkalis
III Siak
IV Bentan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
. Pada bulan Jun 1551, angkatan tentera Johor melancarkan serangan ke atas Melaka secara besar-
besaran.
Siapakah yang menghulurkan bantuan ketenteraan kepada Johor dalam serangan itu?
I Perak
II Kedah
III Kelantan
IV Pahang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Ms: 104
Sikap pemerintah, pembesar dan rakyat Johor dalam menawan
semula Melaka daripada kuasa asing harus dicontohi
16. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah nilai tersirat dalam pernyataan di atas?
A Berkelakuan baik
B Berfikiran terbuka
C Bersikap tidak berputus asa
D Berbangga dengan pencapaian
Ms: 104
Bukan mudah untuk mendapat semula kuasa yang sudah terlepas
17. Pernyataan di atas dapat dikaitkan dengan peristiwa
A kemerosotan kerajaan Johor
B kejatuhan Melaka ke tangan Portugis
C kemunculan kuasa Belanda di Melaka
D kekuasaan Johor terhadap jajahan takluk
Ms: 103
18. Johor telah menempatkan wakil-wakilnya di jajahan taklukan. Antara berikut yang manakah jajahan taklukan tersebut?
I Kampar
II Bengkalis
III Siak
IV Bentan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Ms: 105
· Pedagang Turki
· Pedagang Benggala
· Pedagang Sri Lanka
19. Mengapakah para pedagang di atas tidak mahu berdagang di Melaka setelah
Melaka di tawan oleh Portugis?
I Cukai tinggi
II Kemunculan Johor
III Kekurangan barang dagangan
IV Peraturan perdagangan yang ketat
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Ms: 105
20. Tun Muhammad telah memberi sumbangan yang penting kepada kerajaan Johor.
Apakah sumbangan beliau?
I Mengatur strategi untuk merampas semula Melaka
II Memegang jawatan Laksamana untuk tiga orang sultan
III Menjadi utusan Johor ke Goa untuk berunding dengan Portugis
IV Menyusun perjanjian dengan Belanda untuk menghadapi Acheh
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan