Sabtu, 21 Mei 2011

Kerja kursus sejarah T1

KERJA KURSUS SEJARAH
TINGKATAN 1

ELEMEN 2

TAJUK KAJIAN: SEJARAH SALASILAH KELUARGA

1.PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru sejarah iaitu En.Zul Zainuhal bin Suhaimi kerana telah berjaya membimbing saya menyiapkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan kawan-kawan yang sama-sama memberikan sokongan semasa menjalankan kajian ini.
Melalui kajian ini juga, ucapan terima kasih diberikan kepada ahli keluarga kami yang terlibat memberikan maklumat kepada saya semasa proses temuduga dijalankan.Tanpa sokongan daripada mereka,sudah tentu saya tidak dapat menghasilkan kerja kursus yang berkualiti ini.
Jasa dan sokongan tuan puan sekalian tidak saya lupakan sampai bila-bila masa dan hasil kajian ini dijadikan kenangan bagi saya untuk masa depan.Akhir kata,ucapan terima kasih kepada semua pihak,sekian terima kasih.

2.OBJEKTIF KAJIAN

            Perlaksanaan kerja kursus sejarah bertujuan memenuhi matlamat pendidikan sejarah yang menyatupadukan unsur pengetahuan,kemahiran,pemikiran sejarah dan penerapan unsur patriotisme.Objektif kajian ini adalah untuk:
a.                   mengenalpasti salasilah keluarga
b.                  mengetahui latar belakang ahli keluarga
c.                   mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih
d.                  mengelas,menganalisis,mentafsir,mensintesis dan merumus fakta sejarah secara rasional.
e.                   Merekod fakta sejarah yang telah dianalisis mengikut format kajian yang betul.
f.                    Mengenali sejarah diri, keluarga, persekitaran tempat tinggal dan negara.
g.                   Mengamalkan nilai murni dan unsur patriotisme.

3.KAEDAH KAJIAN

            Sepanjang kajian ini,berbagai-bagai kaedah yang dilakukan bagi mengumpulkan maklumat dan merekodkan maklumat.Fakta sejarah itu dirumuskan dan membuat pentafsiran bagi mendapatkan fakta yang sahih dan betul.Antara kaedah yang dilaksanakan seperti:
a.Kaedah lisan
-Saya telah menemuduga ibu-bapa dan bertanyakan pelbagai soalan tentang latar belakang keturunan keluarga. Melalui ini, saya telah merekodkan dan menulis fakta sejarah dalam kajian ini.Kaedah ini terus kepada responden melalui perbualan dan percakapan. Secara langsung hubungan kami sesama ahli keluarga menjadi bertambah erat dan mudah-mudahan kebahagiaan ini kekal buat selamanya.
b.Kaedah bertulis
-Banyak bahan-bahan diperolehi melalui kaedah bertulis dengan mendapatkan maklumat  daripada surat beranak,kad pengenalan dan rekod mengenai keluarga serta gambar-gambar mengenai ahli keluarga kami..Fakta-fakta daripada responden ini telah disalin dan dicetak kembali bagi melengkapkan kajian ini.

4.KEPENTINGAN KAJIAN

            Kajian ini mendatangkan kepentingan kepada pelajar,keluarga,dan Negara.Ini secara langsung pelajar dapat mengetahui sejarah salasilah keluarga yang dikaji dan hasil kerja kursus ini amat bermanfaat kepada kami sekeluarga. Antara lain kepentingan kajian ini adalah:
a.                   menulis dan menghuraikan sejarah salasilah keluarga
b.                  menyatakan asal usul dan latar belakang setiap ahli keluarga kami.
c.                   memiliki perasaan bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa dan Negara.
d.                  Mempunyai dan mempertingkatkan semangat patriotik
e.                   Bersedia melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan,pembangunan dan kemajuan negara.

RUMUSAN

            Rumusan yang dapat dibuat daripada kajian ini mendatangkan faedah kepada pelajar kerana berupaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan Negara.Pelbagai ilmu yang diperolehi daripada kajian ini dan disinilah barulah saya dapat mengenali sejarah salasilah keluarga kami.Saya berasa amat berbangga dengan kajian ini dan semangat patriotisme dapat dipupuk dalam diri ini dan perasaan sayang terhadap ahli keluarga kian membara dalam hati ini.
            Kajian yang amat bernilai ini dapat membantu saya meningkatkan pengetahuan dalam matapelajaran sejarah.Akhir kata, sejarah mengajar kita mengenali diri,bangsa,keluarga,masyarakat dan Negara.Sama-samalah kita menjayakan kurikulum sejarah untuk diri dan generasi akan datang.


SUMBER RUJUKAN

  1. Ibu bapa dan ahli keluarga
  2. Maklumat rekod mengenai keluarga

TARIKH HANTAR KERJA KURSUS

13 SEPTEMBER 2011 (ISNIN)

PERHATIAN: MARKAH KERJA KURSUS 20% AKAN DICAMPUR DENGAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan