Sabtu, 21 Mei 2011

Kerja kursus sejarah T1

KERJA KURSUS SEJARAH
TINGKATAN 1

ELEMEN 2

TAJUK KAJIAN: SEJARAH SALASILAH KELUARGA

1.PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru sejarah iaitu En.Zul Zainuhal bin Suhaimi kerana telah berjaya membimbing saya menyiapkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan kawan-kawan yang sama-sama memberikan sokongan semasa menjalankan kajian ini.
Melalui kajian ini juga, ucapan terima kasih diberikan kepada ahli keluarga kami yang terlibat memberikan maklumat kepada saya semasa proses temuduga dijalankan.Tanpa sokongan daripada mereka,sudah tentu saya tidak dapat menghasilkan kerja kursus yang berkualiti ini.
Jasa dan sokongan tuan puan sekalian tidak saya lupakan sampai bila-bila masa dan hasil kajian ini dijadikan kenangan bagi saya untuk masa depan.Akhir kata,ucapan terima kasih kepada semua pihak,sekian terima kasih.

2.OBJEKTIF KAJIAN

            Perlaksanaan kerja kursus sejarah bertujuan memenuhi matlamat pendidikan sejarah yang menyatupadukan unsur pengetahuan,kemahiran,pemikiran sejarah dan penerapan unsur patriotisme.Objektif kajian ini adalah untuk:
a.                   mengenalpasti salasilah keluarga
b.                  mengetahui latar belakang ahli keluarga
c.                   mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih
d.                  mengelas,menganalisis,mentafsir,mensintesis dan merumus fakta sejarah secara rasional.
e.                   Merekod fakta sejarah yang telah dianalisis mengikut format kajian yang betul.
f.                    Mengenali sejarah diri, keluarga, persekitaran tempat tinggal dan negara.
g.                   Mengamalkan nilai murni dan unsur patriotisme.

3.KAEDAH KAJIAN

            Sepanjang kajian ini,berbagai-bagai kaedah yang dilakukan bagi mengumpulkan maklumat dan merekodkan maklumat.Fakta sejarah itu dirumuskan dan membuat pentafsiran bagi mendapatkan fakta yang sahih dan betul.Antara kaedah yang dilaksanakan seperti:
a.Kaedah lisan
-Saya telah menemuduga ibu-bapa dan bertanyakan pelbagai soalan tentang latar belakang keturunan keluarga. Melalui ini, saya telah merekodkan dan menulis fakta sejarah dalam kajian ini.Kaedah ini terus kepada responden melalui perbualan dan percakapan. Secara langsung hubungan kami sesama ahli keluarga menjadi bertambah erat dan mudah-mudahan kebahagiaan ini kekal buat selamanya.
b.Kaedah bertulis
-Banyak bahan-bahan diperolehi melalui kaedah bertulis dengan mendapatkan maklumat  daripada surat beranak,kad pengenalan dan rekod mengenai keluarga serta gambar-gambar mengenai ahli keluarga kami..Fakta-fakta daripada responden ini telah disalin dan dicetak kembali bagi melengkapkan kajian ini.

4.KEPENTINGAN KAJIAN

            Kajian ini mendatangkan kepentingan kepada pelajar,keluarga,dan Negara.Ini secara langsung pelajar dapat mengetahui sejarah salasilah keluarga yang dikaji dan hasil kerja kursus ini amat bermanfaat kepada kami sekeluarga. Antara lain kepentingan kajian ini adalah:
a.                   menulis dan menghuraikan sejarah salasilah keluarga
b.                  menyatakan asal usul dan latar belakang setiap ahli keluarga kami.
c.                   memiliki perasaan bangga dengan kegemilangan tamadun bangsa dan Negara.
d.                  Mempunyai dan mempertingkatkan semangat patriotik
e.                   Bersedia melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan,pembangunan dan kemajuan negara.

RUMUSAN

            Rumusan yang dapat dibuat daripada kajian ini mendatangkan faedah kepada pelajar kerana berupaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan Negara.Pelbagai ilmu yang diperolehi daripada kajian ini dan disinilah barulah saya dapat mengenali sejarah salasilah keluarga kami.Saya berasa amat berbangga dengan kajian ini dan semangat patriotisme dapat dipupuk dalam diri ini dan perasaan sayang terhadap ahli keluarga kian membara dalam hati ini.
            Kajian yang amat bernilai ini dapat membantu saya meningkatkan pengetahuan dalam matapelajaran sejarah.Akhir kata, sejarah mengajar kita mengenali diri,bangsa,keluarga,masyarakat dan Negara.Sama-samalah kita menjayakan kurikulum sejarah untuk diri dan generasi akan datang.


SUMBER RUJUKAN

  1. Ibu bapa dan ahli keluarga
  2. Maklumat rekod mengenai keluarga

TARIKH HANTAR KERJA KURSUS

13 SEPTEMBER 2011 (ISNIN)

PERHATIAN: MARKAH KERJA KURSUS 20% AKAN DICAMPUR DENGAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.

RPT sejarah T1

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Tahunan 2011
Mata pelajaran Sejarah (KBSM Semakan) Tingkatan 1 Negeri Johor


Penggal/ Minggu

Tema/Tajuk

Hasil Pembelajaran

Konsep/ Istilah
Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme
Tarikh Disempurnakan (Beri kenyataan sekiranya lewat)
Minggu 1
4.1.10 – 8.1.10

Minggu Orientasi dan Pendedahan Sukatan Pelajaran Minggu 1


Minggu 2
11.1.10 – 15.1.10

 

SEJARAH DAN KITA


a.  Kemahiran Sejarah

i.  Definisi sejarah

ii. Ciri-ciri sejarah

iii.Sumber sejarah

 iv.Kaedah 
     pengkajian
     sejarah

 

Memahami kemahiran sejarah


Aras 1

·       Mendefinisikan istilah sejarah
·       Menyenaraikan ciri-ciri sejarah
·       Mentakrifkan dan memberi contoh sumber sejarah
·       Menyatakan kaedah pengkajian sejarah

Aras 2

·       Menggunakan istilah yang berkaitan dengan masa
·       Memberi contoh peristiwa-peristiwa bersejarah
·       Mengelaskan kaedah pengkajian sejarah

Aras 3

·       Mentafsir peristiwa sejarah
·       Mengelaskan sumber sejarah
·       Mengelaskan peristiwa sejarah dan bukan sejarah
·       Mengaplikasikan kemahiran sejarah dalam pengkajian sejarah



Rekon-struksi

Abad

Masa

Arkeologi

Alaf/Kurun

Dekad

Sejarawan

Era

Kronologi

Purba

Tafsiran



Berbangga dengan warisan negara
·      Menghargai tinggalan sejarah





Minggu 3 dan 4
18.1.10 -  29.1.10

b. Kepentingan sejarah

i.    Tujuan

ii.   Faedah

 

Memahami kepentingan sejarah

 

Aras 1

·        Menyenaraikan tujuan dan faedah mempelajari sejarah
·        Menyusun kejayaan-kejayaan negara yang menjadi kebanggaan kita

Aras 2

·        Membincangkan peristiwa bersejarah
·        Mengelaskan iktibar daripada peristiwa bersejarah tersebut

Aras 3

·        Mengilustrasikan suasana negara pada tahun 2020 




Iktibar

Peristiwa sejarah

Cinta akan tanah air

Keperiba-dian sesebuah masyarakat




Bangga dengan sejarah negara
Melahirkan rasa bangga dan cinta akan tanahair



CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 (.13-3-2010 – 21-3-2010)



HARI PERSEKOLAHAN (04.JAN 2010-20 NOV 2010)




Minggu 5 dan 6
01.2.10 – 12.2.10

 

1.   ZAMAN PRA-        SEJARAH DAN KEAGUNG-AN KESULTAN-AN MELAYU MELAKA


1.1 Zaman 
      Prasejarah

a. Paleolitik

b. Mesolitik

c. Neolitik

d. Zaman Logam











Mengetahui tahap perkembangan zaman prasejarah

Aras 1

·       Menyatakan tahap perkembangan zaman prasejarah
·       Melakar peralatan pada zaman prasejarah
·       Melabel lokasi penempatan zaman prasejarah

Aras 2

·       Membandingkan tahap-tahap zaman prasejarah dari segi petempatan, aktiviti ekonomi dan peralatan
·       Memberi sebab pemilihan gua sebagai tempat tinggal

Aras 3

·       Membuat inferens tentang keistimewaan zaman prasejarah














Prasejarah

Paleolitik

Mesolitik

Neolitik

Ahli arkeologi

Petempatan awal

Peralatan

Kajian geologi

Beliung















Semangat gigih dan berdikari
·      Bekerja keras dan yakin diri
















Minggu 8
22.2.10  – 26.2.10

PENILAIAN KURIKULUM 1 / OTI 1

Minggu 7
15.2.10 – 19.2.10


Minggu 9
1.3.10 – 5.3.10

1.2 Kerajaan-
      kerajaan
      awal di Asia
     Tenggara

    (Angkor, Champa, Funan, Srivijaya, Majapahit,  Chi Tu dan Kedah Tua)

a) Kerajaan agraria dan kerajaan maritim

- takrif

- ciri-ciri

- perkembangan

b) Sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal

Memahami kewujudan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara


Aras 1

·       Mendefinisikan konsep agraria, maritim dan pelabuhan entrepot
·       Mencirikan kerajaan agraria dan kerajaan maritim
·       Melabel lokasi kerajaan agraria dan kerajaan maritim
·       Memberikan contoh-contoh hasil pengeluaran
·       Memerihalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal

Aras 2

·       Membandingkan ciri-ciri kerajaan maritim dan agraria
·       Membincangkan kepentingan pelabuhan kepada kerajaan-kerajaan awal

Aras 3

·       Mengkaji sebab-sebab perkembangan kerajaan agraria menjadi kerajaan maritim
·       Memberi rasional kewujudan kerajaan awal di tepi-tepi sungai dan pesisiran pantai
·       Menjana idea tentang kewujudan sistem pentadbiran yang sistematik




Kerajaan agraria

Kerajaan maritim

Pelabuhan entrepot

Perdagang-an antara kawasan

Perdagang-an serantau

Pusat pengum-pulan


Pusat pengedaran barang

Dasar perluasan kuasa dan wilayah

Sistem pentadbiran




Kemegahan terhadap tamadun awal
·      Menghargai sumbangan tamadun awal kita


Minggu 10 dan 11
8.3.10-
26 .3.10

1.3 Zaman
      Kesultanan
      Melayu
      Melaka

a. Pengasasan Kesultanan Melayu      Melaka
     
i.  Kedatangan  Parameswara

ii. Asal usul Melaka

iii.Parameswara membina  Melaka


Mengetahui tentang kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Aras 1

·       Memerihalkan peristiwa pengasasan kesultanan Melayu Melaka
·       Menceritakan asal usul nama Melaka
·       Melakar perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka
·       Menyatakan kegigihan dan wawasan Parameswara

Aras 2

·       Menerangkan tindakan Parameswara dalam usaha membina Melaka
·       Membandingkan sejarah pengasasan Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan pelbagai sumber

Aras 3

·       Membuat justifikasi pemilihan Melaka sebagai sebuah kerajaan
·       Membuat inferens tentang kepentingan sifat kepemimpinan dalam pembinaan negara




Pengasasan

Kesultanan

Asal-usul

Strategik

Perairan Selat Melaka

Pedagang asing

Lagenda




Kemimpinan berwawasan
·      Berbangga dengan pemimpin yang berwibawa dan berwawasan


Kegigihan untuk mencapai cita-cita
·      Berkeyaki-nan terhadap ciri-ciri kegemi-langan negara kita



Minggu 12
29.03.10- 02.04.10

b. Kegemilangan  Melaka

 i. Sistem          pentadbiran
-  Sistem Pembesar  Empat Lipatan


Menganalisis Sistem Pembesar Empat Lipatan di Melaka

Aras 1

·       Mendefinisikan konsep Pembesar Empat Lipatan
·       Melakar rajah Sistem Pembesar Empat Lipatan di Melaka
·       Memadankan jawatan dan peranan pembesar di Melaka

Aras 2

·       Membuktikan Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan adalah sistematik

Aras 3

·       Membuat inferens tentang sistem Pembesar Empat Lipatan dengan sistem Jemaah Menteri sekarang

Sistem Pembesar Empat Lipatan

Daulat

Derhaka

Tulah

Kawasan pegangan

Kawasan pemakanan

Nakhoda

Kiwi

Syahbandar


Tanggungjawab bersama asas kegemilangan
·      Berbangga dengan sistem pentadbiran negara kita

Kedaulatan negara kita
·      Berbangga dengan pemimpin yang berwibawa dan berwawasan


Minggu 13
5.4.10-9.4.10

ii.  Pusat  perdagangan

-  Faktor
   geografi  

-  Faktor di Melaka
(pentadbiran,
kemudahan pela-buhan, cukai
perdagangan,
mata wang dan
bahasa)


Memahami kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan bertaraf dunia

Aras 1

·       Menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang ke arah kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan
·       Melakar peta yang menunjukkan negara dan barangan yang diperdagangkan di Melaka
·       Menyatakan peranan Syahbandar dalam memajukan perdagangan di Melaka

Aras 2

·       Membuktikan kepentingan faktor geografi dalam membantu Melaka menjadi pusat perdagangan
·       Mengaitkan kemajuan perdagangan di Melaka dengan peranan Pembesar Empatan Lipatan

Aras 3

·       Membandingkan sistem perdagangan di Melaka dengan sistem perdagangan sekarang
·       Menilai keberkesanan Undang-undang Laut Melaka dalam memajukan perdagangan di Melaka
·       Membahaskan kejayaan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa
·       Meramalkan kegemilangan Malaysia tahun 2020 berbanding kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan

 

 

 

Hubungan diplomatik


Sistem Cukai Berkeuta-maan

Lingua franca

Pusat pertemuan pedagang

Pertukaran angin monsun

Cukai rasmi

Kubu pertahanan

Surat Kebenaran

Entrepot

Malakat




Sistem perdagangan Melaka bertaraf dunia
·      Berkeya-kinan Malaysia Boleh


Minggu 14
12.4.10-16.4.10

iii.Hubungan luar
-   Hubungan Melaka dengan kerajaan Melayu yang lain (Hubungan dengan Pasai, Jawa, Siak dan Kampar)
-   Hubungan Melaka dengan negara luar (Hubungan dengan China, Gujerat, Siam, Tanah Arab dan Ryukyu)


Mengetahui kepentingan menjalin hubungan diplomatik

Aras 1
·       Menjelaskan konsep hubungan diplomatik
·       Menyenaraikan kerajaan Melayu lain dan negara luar menjalinkan yang hubungan dengan Melaka
·       Memerihalkan bentuk hubungan Melaka dengan kerajaan Melayu lain dan negara luar

Aras 2

·       Menerangkan kepentingan Melaka menjalinkan hubungan luar
·       Membandingkan bentuk hubungan Melaka dengan kerajaan Melayu dan negara luar

Aras 3

·       Menilai kriteria yang diutamakan oleh Melaka dalam menjalinkan hubungan dengan negara luar
·       Membuat andaian keadaan negara tanpa hubungan luar

 

 

 

Hubungan diplomatik


Negeri taklukan

Negeri naungan

Negeri setaraf

Ufti

Kerajaan Melayu sezaman

Perutusan sembah dan salam






Kematangan dalam hubungan diplomatik
·      Bertindak dengan bestari


Minggu 15
19.4.10 -23.4.10

iv.Penyebaran Islam
-  Perkembangan  
   Islam
-  Melaka sebagai  
   pusat
   penyebaran
   Islam
-  Cara Melaka     menyebarkan         Islam ke negara lain di Asia Tenggara

Mengetahui Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam

Aras 1
·       Menceritakan kedatangan Islam ke Melaka
·       Menyenaraikan faktor-faktor perkembangan agama Islam di Melaka
·       Menceritakan peranan Melaka dalam proses Islamisasi di Asia Tenggara
·       Melakar peta penyebaran Islam di Kepulauan Melayu

Aras 2

·       Membandingkan teori-teori kedatangan Islam ke Melaka
·       Menghubungkaitkan kegiatan perdagangan dengan penyebaran Islam
·       Membincangkan keberkesanan Islamisasi di Melaka

Aras 3

·       Menilai usaha-usaha kerajaan menerapkan nilai-nilai Islam di Malaysia
·       Menjana idea tentang peranan Malaysia dalam memartabatkan Islam di peringkat antarabangsa




Wahyu

Ulama

Mufti

Sufi

Kadi

Serambi Makkah

Mubaligh

Pendakwah

Ilmu tasawuf

Fikah

Alam akhirat

Fardhu Haji



Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
·      Taat kepada Tuhan
·      Toleransi beragama


Minggu 16
26.4.10-30.4.10





























Minggu 17
3.5.10-7.5.10

Minggu 18
10.5.10-14.5.10

v. Pusat kegiatan intelektual
-  Peranan istana sebagai pusat kegiatan intelektual
-  Peranan pemerintah
























vi. Perluasan
     kuasa     
-  Cara perluasan
   kuasa      
-  Peranan        pemimpin     
-  Kesan perluasan kuasa

 

Menghargai ilmu dalam kehidupan


Aras 1
·       Mendefinisikan konsep intelektual
·       Menyenaraikan peranan istana sebagai pusat intelektual
·       Menyatakan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
·       Menamakan hasil kesusasteraan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

 

Aras 2

·       Mengkategorikan hasil penulisan zaman Kesultanan Melayu Melaka
·       Membuktikan berlakunya penambahan huruf dalam tulisan jawi untuk disesuaikan dengan bahasa Melayu
·       Membincangkan peranan pemerintah dalam usaha memperkembangan kegiatan intelektual

 

Aras 3

·       Membuat justifikasi tentang peranan istana sebagai pusat kegiatan intelektual

·       Membincangkan usaha-usaha kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu

 




 

Menghargai perjuangan dan jasa pemimpin

 

Aras 1

·       Mendefinisikan istilah perluasan kuasa
·       Menyenaraikan cara-cara perluasan kuasa
·       Melakar dan melabel empayar Melaka
·       Menyatakan peranan pemimpin dalam meluaskan kuasa
·       Menerangkan kesan perluasan kuasa Melaka

 

Aras 2

·       Membandingkan perluasan kuasa pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffa Syah dan Sultan Mansur Syah
·       Menjelaskan keberkesanan cara perluasan kuasa Melaka

 

Aras 3

·       Membahaskan peranan dan sumbangan Tun Perak dalam perluasan kuasa Melaka
·       Mengulas kewajaran perluasan kuasa hari ini



Pusat kegiatan intelektual

Karya saduran Islam

Didaktik

Salasilah

Islamisasi



















Taklukan

Naungan

Empayar


Minggu 19, 20 dan 21
17.5.10 – 4.6.10

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL (5.6.2010 -20.6.2010)


Minggu 22 dan 23

21.6.10 – 2.7.10

 

c. Kemerosotan

    Melaka


 i. Kepemimpinan

ii. Pentadbiran

iii.Perpaduan

iv.Peralatan
    perang

v. Kedatangan
  Portugis
- Sebab
   kedatangan
- Serangan ke
  atas Melaka
 
Memahami sebab-sebab kemerosotan Melaka

Aras 1

·       Memerihalkan kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka
·       Menyatakan sebab kedatangan Portugis ke Melaka
·       Menyenaraikan sebab kekalahan Melaka di tangan Portugis
·       Menggambarkan serangan Portugis ke atas Melaka

Aras 2

·       Membincangkan kepentingan perpaduan masyarakat Melaka
·       Membandingkan peralatan perang yang digunakan oleh Melaka dan Portugis

Aras 3

·       Mengulas ungkapan “Negara Malaysia Tanggungjawab Kita”
·       Merasionalisasikan kepentingan sistem pertahanan dalam mengekalkan kedaulatan negara
·       Menerangkan kepentingan kesetiaan kepada raja dan negara



Askar upahan

Berkubu

Pertahanan



Bersedia berkorban untuk bangsa dan negara
·      Amanah dalam mem-pertahankan negara

Menjana keperkasaan bangsa kita
·            Meng-amalkan perpaduan bagi mengelak-kan per-pecahan












Minggu 24 dan 25
5.7.10-16.7.10

2.   KESULTANAN
      MELAYU MENJADI
      ASAS KERAJAAN
      KERAJAAN MASA KINI

2.1 Johor
      menegak-
      kan semula
      kewibawaan
      Kesultanan
      Melayu
      Melaka

a. Pengasasan      kerajaan     
    Johor

i.   Penerusan waris Kesul-tanan Melayu Johor

ii. Kebangkitan  
    Acheh

iii.Persaingan Johor dengan Acheh dan Portugis













Memahami peranan Johor menegakkan semula kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka

Aras 1

·       Menyatakan kesan kejatuhan Melaka
·       Menceritakan usaha-usaha menegakkan semula kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
·       Menceritakan mengenai pengasasan Empayar Johor
·       Mengetahui lokasi ibukota Kerajaan Johor
·       Menyatakan sebab-sebab kebangkitan Acheh
·       Menyenaraikan kuasa-kuasa yang terlibat dalam Perang Tiga Segi

Aras 2

·       Menghubungkaitkan Kerajaan Johor, Acheh dan Melaka dalam Perang Tiga Segi
·       Membincangkan kedudukan tanah jajahan Melaka selepas kejatuhan Melaka

·       Menjelaskan kegigihan dan keberanian pemimpin untuk mendapatkan semula Melaka

 

Aras 3

·       Mengupas sebab pihak Johor dan Melaka tidak pernah bekerjasama untuk menentang Portugis
·       Mentafsir kekuatan Kota A Famosa dalam pertahanan Portugis













Warisan

Perang Tiga Segi

Pengasas

Tanah jajahan

Kawasan taklukan

























Bersikap cekal dan tabah
·      Keberanian dan ketabah-an dalam perjuangan
·      Mengamal-kan sikap tidak ber-putus asa
















Minggu 26
19.7.10-25.7.10

PENILAIAN KURIKULUM 2 / OTI 2

Minggu 27
26.7.10-30.7.10

b. Kegemilangan kerajaan Johor mengukuhkan  ketuanan Melayu

 i.  Pusat       perdagangan

ii. Perkembangan
    persuratan Melayu

Mengetahui tentang kegemilangan Kerajaan Johor

Aras 1

·       Menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kebangkitan Johor sebagai pusat perdagangan
·       Memerihalkan keadaan pelabuhan Johor
·       Menyenaraikan hasil penulisan zaman kegemilangan kerajaan Johor

Aras 2

·       Menghuraikan peranan Johor sebagai pusat kegiatan ekonomi serantau
·       Membincangkan peranan Johor sebagai pusat keilmuan

Aras 3

·       Mencetuskan idea-idea baru ke arah menerus-kan kegemilangan Kesultanan Melayu Johor




Salasilah

Pelabuhan entrepot

Persuratan

Pusat keilmuan




Kegemilangan warisan Kesultanan Melayu
·      Menyanjungi dan memelihara warisan Kesultanan Melayu
·      Menghargai warisan karya agung bangsa kita


Minggu 28
dan 29
2.8.10-13.8.10

c. Kemerosotan
    kerajaan Johor

i.  Perebutan kuasa

ii. Penglibatan  
    Bugis dalam  
    pemerintahan
    Johor

iii.Pengaruh
    Syarikat Hindia Timur Belanda

 
Memahami kemerosotan Kerajaan Johor

Aras 1

·       Memerihalkan perebutan kuasa yang menyebabkan kemerosotan kerajaan Johor
·       Menceritakan penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor
·       Menceritakan tentang Perang Johor -Jambi
·       Menyatakan pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda di Johor

Aras 2

·       Menghuraikan peranan Bugis dalam Kerajaan Johor
·       Menerangkan tindakan pemerintah untuk mengurangkan pengaruh Bugis di Johor

Aras 3

·       Mewajarkan tindakan Raja Sulaiman meminta bantuan Bugis untuk mengembalikan takhta Johor



Perebutan takhta

Merampas kuasa

Campur tangan



Taat dan setia kepada negara
·      Berwaspada terhadap anasir yang boleh merosakkan negara

Kepentingan perpaduan
·      Mengamal-kan sikap bersatupadu


Minggu 30 dan 31
16.8.10-27.8.10

2.2 Latar  bela-
      kang pem-
      bentukan
      kerajaan-
      kerajaan   
      Melayu

a. Kerajaan-kerajaan Mela-yu yang tua

i.  Kedah

ii. Pahang

iii.Perak

b. Kerajaan-kera-jaan Melayu yang baru

i.  Terengganu

ii. Kelantan

iii.Selangor

iv.Negeri Sembilan      
    

Mengetahui latar belakang pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu

Aras 1

·       Menceritakan asal-usul nama kerajaan-kerajaan Melayu
·       Menceritakan pengasasan kerajaan-kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru
·       Menyatakan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu

Aras 2

·       Menghubungkait kerajaan-kerajaan Melayu dari aspek pengasasan

Aras 3

·       Merasionalkan asal-usul nama kerajaan-kerajaan Melayu




Naungan

Ufti

Demokrasi




Kebanggaan terhadap warisan kita
·      Menghargai warisan budaya negeri-negeri Melayu

Keunikan kerajaan-kerajaan Melayu
·      Berbangga dengan kepelbagaian warisan sejagat negara



















Minggu 32, 33 dan 34
30.8.10-24.9.10

2.3 Warisan

      Kesultanan

      Melayu


a. Sistem peme-rintahan dan pentadbiran

 i. Negeri-negeri Melayu

ii. Negeri Sembilan




















b. Sistem

    Perundangan

i.   Undang-undang tidak bertulis
-   Adat Temeng-gung
-   Adat Perpatih

ii. Undang- Undang

     bertulis
















c. Kegiatan          ekonomi


i.     Sara diri
-    bercucuk
      tanam
-    menangkap
     ikan
-    mengumpul
     hasil hutan

ii. Perlombongan

iii.Kraftangan

iv.Percukaian

v. Perdagangan
- mata wang
- timbangan dan
   sukatan
- pengangkutan





 


d. Sosiobudaya


i.  Struktur    masyarakat       Melayu        tradisional     
-  Susun lapis          masyarakat          dan fungsinya

ii. Gaya hidup      golongan
    bangsawan dan golongan rakyat

iii.Kegiatan sosiobudaya
    masyarakat Melayu      tradisional
-  Kegiatan           masa lapang
-  Karya          persuratan
-  Kesenian          rakyat       
-  Adat resam
-  Pendidikan




Memahami sistem pentadbiran negeri-negeri Melayu

Aras 1

·       Mendefinisikan konsep daulat dan tulah
·       Menyenaraikan ciri-ciri yang mengukuhkan daulat
·       Menamakan alat-alat kebesaran negeri-negeri Melayu
·       Mengumpul maklumat tentang peranan pembesar di peringkat jajahan dan daerah
·       Menceritakan peranan pemimpin agama dan magis
·       Menerangkan peranan Ketua Penggawa dan Ketua Kampung
·       Membina struktur pentadbiran Kerajaan-Kerajaan Melayu dan Negeri Sembilan
·       Memerihalkan sistem pentadbiran Negeri Sembilan

Aras 2

·       Membandingkan sistem pentadbiran Kerajaan Melaka dan Negeri Sembilan
·       Menghubungkaitkan konsep daulat dengan pengukuhan kuasa sultan

Aras 3

·       Membuktikan kewujudan amalan demokrasi dalam Adat Perpatih
·       Menghubungkaitkan sistem pemerintahan dengan  keamanan dan kemajuan negara

Memahami Sistem Perundangan Kerajaan Melayu


Aras 1

·       Menceritakan tentang latar belakang Adat Temenggung dan Adat Perpatih
·       Menyatakan prinsip-prinsip Adat Temenggung dan Adat Perpatih
·       Menyenaraikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undang-undang Kedah dan sistem perundangan di Kelantan

 

Aras 2

·       Membandingkan prinsip-prinsip Adat Temenggung dan Adat Perpatih
·       Membandingkan undang-undang adat dengan undang-undang bertulis

 

Aras 3

·       Menghuraikan kepentingan sistem perundangan dalam menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat





Mengetahui tentang kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu

 

Aras 1

·       Mendefinisikan konsep sara diri
·       Mengumpulkan maklumat tentang kegiatan perlombongan, kraftangan dan perdagangan
·       Menyatakan jenis peralatan yang digunakan dalam menjalankan kegiatan ekonomi
·       Memberi contoh jenis matawang yang digunakan
·       Menyatakan sistem cukai yang diperkenalkan
·       Menamakan sistem timbangan dan sukatan
·       Menamakan jenis pengangkutan

Aras2

·       Menerangkan peranan sungai sebagai nadi perkembangan ekonomi
·       Mengelaskan tentang jenis matawang yang digunakan di Tanah Melayu
·       Menerangkan kegunaan hasil perlombongan

Aras 3

·       Menilai peranan matawang dalam perkembangan ekonomi
·       Membuat inferens kraftangan sebagai warisan kebudayaan bangsa

Memahami tentang sosiobudaya masyarakat Melayu tradisional

Aras 1

·          Menyatakan susun lapis masyarakat Melayu tradisional
·          Menyenaraikan peranan setiap susun lapis masyarakat
·          Menceritakan gaya hidup golongan bangsawan dan rakyat jelata
·          Menyenaraikan kegiatan masa lapang
·          Menyatakan contoh karya persuratan
·          Mengumpul maklumat tentang kesenian rakyat dan adat resam
·          Menyatakan jenis pendidikan masyarakat Melayu tradisional

Aras 2

·          Menjelaskan struktur susun lapis masyarakat Melayu
·          Membandingkan kegiatan masa lapang golongan bangsawan dengan rakyat jelata

Aras 3

·          Menerangkan amalan hidup bermasyarakat untuk kesejahteraan
·          Membandingkan kegiatan masa lapang masyarakat Melayu tradisional dengan masyarakat hari ini





Daulat

Jajahan

Golongan magis

Kuasa mutlak

Susun lapis pembesar

Unit politik

Luak

Suku/waris

Buapak

Perut

Pembaha-gian pusaka








Undang-undang bertulis

Undang-undang tidak bertulis

Undang-undang Adat

Kanun

Prinsip dalam sistem perun-dangan


 

 

 

 

 

 

Sara diri


Bebas cukai kuala

Cukai labuh batu

Sistem serah

Sistem kerah

Meramu












Golongan Pemerintah

Golongan Diperintah

Golongan Merdeheka

Golongan Hamba

Golongan Bangsawan

Golongan Rakyat







Kepatuhan kepada undang-undang dan pentadbiran
·      Mematuhi peraturan dan undang-undang

























Berbangga dengan warisan negara
·      Menghargai sistem perun-dangan tradisi




















Kegigihan berusaha meningkatkan kemakmuran negara kita
·      Berbangga dengan bumi kita yang bertuah
·      Berbangga dengan kebolehan, keupayaan dan kreatif kita
·      Berusaha meningkat-kan kebolehan, keupayaan dan kreativiti






Ketinggian nilai budaya bangsa
·      Menghargai dan mengamal-kan tradisi budaya bangsa

Bersatu dan berharmoni menjamin kesejahteraan bersama
·      Sentiasa bersatu-padu dalam sesebuah masyarakat



Minggu 35, 36 dan 37
27.9.10-15.10.10

 

2.4 Sarawak dan

            Sabah

a.  Latar belakang sejarah Sarawak dan Sabah
-  Pertalian Sara-wak dan Sabah 
    dengan Kesul-tanan Brunei          dan Kesul-tanan Sulu
b. Keadaan  masyarakat
-  Kumpulan etnik dan            petempatan
c.  Kegiatan
     sosiobudaya
-   Cara hidup dan budaya (pendidikan, peraturan, ke-senian, adat resam, agama dan kepercayaan)
d. Kegiatan ekonomi
-  Sara diri
-  Perlombongan
-  Perdagangan
-  Sistem pertuka-ran barang
-  Eksport (sagu, sarang burung, dan timun laut)


Mengetahui tentang latar belakang sejarah dan masyarakat Sarawak dan Sabah

Aras 1

·       Menceritakan pertalian sejarah Sarawak dan Sabah dengan Kesultanan Brunei dan Sulu
·       Menyenaraikan kumpulan etnik di Sarawak dan Sabah
·       Menyatakan lokasi petempatan kumpulan etnik di Sarawak dan Sabah
·       Menceritakan cara hidup dan budaya kumpulan etnik di Sarawak dan Sabah
·       Menyenaraikan jenis kegiatan ekonomi di Sarawak dan Sabah

Aras 2

·      Menghubungkaitkan kawasan petempatan kumpulan etnik di Sarawak dan Sabah dengan cara hidup, budaya dan kegiatan ekonomi

Aras 3

·      Membuktikan kewujudan budaya bermuafakat dalam kehidupan masyarakat Sarawak dan Sabah
·      Menjelaskan dengan contoh kewujudan kepelbagaian budaya yang menunjukkan keistimewaan masyarakat Malaysia
·      Menghuraikan tamu ke arah perpaduan di Sabah





Kesultanan

Kuasa autonomi

Etnik

Animisme

Sara diri

Pertanian pindah

Tamu





Semangat bermasyarakat
·      Memanfaat-kan masa lapang

Permuafakatan mengukuhkan negara kita
·      Mengamal-kan hidup bersatu padu

Kekayaan warisan budaya Malaysia
·      Menghargai keindahan dan warisan budaya Malaysia

Kepelbagaian kegiatan ekonomi menjamin kesejahteraan rakyat
·      Sentiasa memajukan ekonomi Negara

Minggu38
18.10.10-22.10.-10

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
Minggu 39
25.10.10-29.10.10

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
Minggu 40
1.11.10-5.11.10

PERBINCANGAN SOALAN  PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
Minggu 41
8.11.10-12.11.0

PERSEDIAAN LATIHAN DAN KERJA CUTI AKHIR TAHUN
Minggu 42
15.11.10-19.11.10

PENDEDAHAN SUKATAN TINGKATAN 2