Khamis, 17 Mac 2011

SOALAN T1B11


TINGKATAN SATU
                BAB  12.  SABAH              
Ms:193

1.             Nama Sabah berasal daripada perkataan 'saba' iaitu sejenis pisang yang dipanggil pisang saba.
Pisang saba dikaitkan dengan masyarakat
A             Kadazandusun.
B             Bajau.
C             Murut.
D             Sungei.


2.             Selain daripada sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas,  Sabah juga mengamalkan sistem politik kesukuan.
Antara berikut, yang mana-kah boleh dikaitkan dengan sistem politik kesukuan?
I    Diamalkan   di   daerah pedalaman
II   Mula digunakan pada abad ke-17
III Diamalkan di bahagian persisiran pantai
IV  Melibatkan kaum Kadazan dusun, Murut, dan Orang Sungei
A   I dan ll      
B   Il dan lll  
C   III dan IV
D   I dan IV




3.             Penduduk   Sabah   terdiri daripada 30 kumpulan etnik yang berbeza.
Antara berikut, yang mana-kah tergolong dalam kum-pulan etnik di Sabah?
I    Kelabit
II   Bajau
III Melayu-Brunei
IV  Suluk

I, II, dan lll
I, II,dan IV
C  I,III,dan IV
II, III, dan IV
Ms:194

4.             Taburan penduduk kumpulan etnik Sabah mengikut kawasan tertentu. Kaum yang manakah menduduki kawasan pedalaman?
A   Kadazan dusun
B   Suluk
C   Bajau
D  Murut


5            Masyarakat Sabah menerima pendidikan    formal    dan pendidikan tidak formal. Apakah pendidikan tidak formal yang diajar kepada masyarakat Sabah?
I    Cara berdagang
II   Cara memancing
III Cara memanjat
ICara berternak

I, II,dan III
B   I,II dan IV
C   I, III, dan IV
II, III, dan IV
Ms:195

6.            Apakah tujuan pendidikan tidak formal diajar kepada golongan kanak-kanak di Sabah?
A  Boleh berdikari apabila dewasa kelak
B   Patuh kepada undang-undang yang ditetapkan
C   Menjadi orang yang berguna   apabila   dewasa kelak
D  Menjadi pahlawan yang handal apabila dewasa kelak
Ms:195

7.            Masyarakat bumiputera Sabah mengamalkan undang-undang adat dalam kehidupan seharian.
Apakah tujuan sebenar pengamalan undang-undang tersebut?
A  Mengagungkan kebudayaan kumpulan etnik masing-masing
B   Memelihara dan menjamin kesejahteraan hidup
C   Menjauhkan diri daripada malapetaka  
D  Menjadi panduan hidup di dunia dan di akhirat
Ms:195

8.           Pendidikan formal di Sabah hanya tertumpu pada pendidikan agama Islam.
Di manakah proses pembe-lajaran ini diadakan?
I  Sekolah
II  Surau
III Pondok
IV  Rumah guru agama

A   I, II, danlll
B   I,II,danIV
C   I,III,danIV
II, III, danIV


9.            Masyarakat Kadazandusun di Sabah amat berpegang teguh dengan undang-undang adat yang ditetapkan. Apakah malapetaka yang akan menimpa sekiranya seseorang itu  melanggar undang-undang adat?
I    Ditimpa bencana alam
II   Diganggu oleh roh nenek moyang
III Mendapat penyakit
IV  Berlaku kerosakan pada tanaman
A I, II, dan III
B I, II, danIV
C   I, III, danIV
D II, III dan IV

Ms:196




10.           Rajah di atas menunjukkan adat pertanian yang diamal-kan oleh masyarakat di Sabah.
Apakah acara X yang diada-kan selepas musim menuai padi?
A  Pesta Hari Gawai
B   Pesta Kaamatan
C   Pesta Magavau
D  Pesta Menuai
Ms:197


11.           Mengapakah  masyarakat Kadazandusun mengamalkan Pesta Kaamatan?
A   Untuk menyambut kelahiran bayi
B   Untuk meraikan tahun baru
C   Sebagai tanda kesyukuran
D  Untuk memuja roh nenek moyang
Ms:196

12.           Bermula pada abad ke-16, masyarakat   Sabah   mula mengamalkan agama Islam. Antara berikut, kumpulan etnik yang manakah majoritinya beragama Islam?
I    Kadazandusun
II   Bajau
III Melayu-Brunei
IV  Suluk
A   I dan ll      
B   Il dan lll  
C   III dan IV
D  I dan IV


13.           Majlis perkahwinan bagi kaum Bajau lazimnya akan diadakan pada 14 dan 15 haribulan Hijrah kerana cahaya bulan terang. Apakah simbol cahaya bulan terang   bagi   masyarakat Bajau?
A   Pengantin akan dijauhkan daripada bala dan bencana
B   Pengantin akan dimurahkan rezeki
C   Pengantin akan dipanjangkan umur
D  Pengantin akan dikurniakan anak secepat mungkin
Ms:196

14.           Antara berikut, pilih pernya-taan yang berkaitan dengan adat kematian yang diamal-kan oleh kaum Murut di Sabah.
I    Saudara mara si mati akan   memukul   tiang rumah
II   Mayat dikebumikan dalam posisi duduk
III Abu mayat yang dibakar disimpan dalam rumah selama tujuh hari
IV  Mayat diletakkan di dalam tembikar dan dihanyut-kan ke laut
A   I, II, dan lll
B   I,II,dan IV
C  I,III,dan IV
D  II, III, dan IV
Ms:196

15.           Orang tua adalah ketua di rumah panjang. Apakah peranan orang tua di Sabah?
A   Menyediakan penempatan kepada anak buah-nya
B   Menjadi hakim di kawasannya
C   Menguatkuasakan undang-undang adat
D  Menguatkuasakan hukum agama Islam



16.           Masyarakat di Sabah menjalankan kegiatan memungut hasil laut seperti agar-agar, timun laut, dan karang laut sebagai punca pendapatan mereka. Kaum manakah yang terlibat dalam kegiatan tersebut?
I    Kadazan dusun
II   Melayu-Brunei
III  Suluk
IV  Bajau


A   I, Il.danlll
B   I, II, danIV
C   1,111, dan IV
D   II, III, danIV
Ms:203

17.           Pada pendapat anda, apakah kepentingan Pasar Tamu selain tempat berjual beli barang?
A Tempat untuk menunjuk-kan kepahlawanan
B Mengeratkan hubungan antara etnik
C Boleh bertukar-tukar kebudayaan
D  Kawasan pelancongan
Ms:201

18.           Gua Gomantong merupakan pengeluar  utama  sarang burung di Sabah.
Di manakah letaknya Gua Gomantong?
A   Semporna
B   Lahad Datu
C   Kudat
D  Sandakan
Ms:193

   19.         Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan asal usul nama Sabah?
A   Pisang saba
B   Nama pahlawan gagah perkasa
C   Sungai Sabah
D   Nama penjaga Gunung Kinabalu
Ms:193









SOALAN T1B10

TINGKATAN 1
BAB 10 : SARAWAK

1.        Nama Sarawak berasal daripada   
A       cerita lagenda
B        Sungai Rajang
C        pohon Sarawak
D        Batang Sarawak

2      Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Sultan Brunei untuk melicinkan pentadbirannya di Sarawak?
I.         Memberi kuasa autonomi kepada pembesar
II.       Melantik pembesar untuk mentadbir setiap jajahan
III.     Membahagikan Sarawak kepada beberapa unit jajahan
IV.     Melantik seorang gabenor untuk mengetui pentadbiran
A       I, II, dan III
B        I, II, dan IV
C        I, III, dan IV
D        II, III dan IV


3.   Orang Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu tinggal di rumah panjang. Rumah panjang
      berfungsi seperti 
A       sebuah perkampungan
B        satu keturunan
C        satu keluarga
D        satu daerah


4.        Orang Penan sentiasa berpindah-randah. Mengapakah mereka mengamalkan cara hidup sedemikian?
        I       Berlaku kematian
        II     Mencari tanah yang subur
        III    Kepercayaan melarang menetap kekal
        IV    Kepercayaan melarang melapangkan hutan.
        A. I, II dan III
        B  I, II dan IV
        C. I, III dan IV
        D. II, III dan IV

5.        Cara Kesultanan Brunei mentadbir Sarawak sejak abad ke-15 ialah 
A melantik pembesar-pembesar dari Brunei untuk mentadbir Sarawak
B  menempatkan seorang wakil Sultan di setiap bahagian Sarawak
C  menyusun sistem pemerintahan kepada unit-unit jajahan
D  meletakkan putera Sultan di setiap ahagian Sarawak

   
6.        Negeri Sarawak didiami oleh 27 kumpulan etnik yang berselerak di merata-rata tempat. Di kawasan manakah terdapat penduduk yang paling padat penduduknya?
        I   Dataran pantai
        II  Lembah sungai
        III Kawasan Hutan Baram dan Limbang 
        IV Di antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah
        A  I, II, dan III
        B  I, II, dan IV
        C  I, III, dan IV
        D  II, III, dan IV   

7.        Manakah merupakan amalan animisme yang diamalkan di Sarawak?
        A  Roh nenek moyang mesti dipuja
        B  Semua alam semula jadi ada penjaga
        B  Manusia ada hubungan dengan makhluk ghaib
        D  Semua benda di muka bumi mempunyai roh dan semangat 

8.        Orang Melayu Sarawak mempunyai tarian tradisi yang dinamakan bergendang.   Siapakah yang memukul gendang?
        A  Kanak-kanak
        B  Kaum jejaka
        C  Perempuan
        D  Pahlawan


9.        Kaum manakah yang percaya pada bunyi burung ketupung?
        A  Iban
        B  Bisaya
        C  Murut
        D  Melayu Sarawak

10.        Penduduk bumiputera Sarawak menerima pendidikan secara…
        I   formal
        II  tidak formal
        III pendidikan tinggi
        IV pendidikan khas
        A  I dan II
        B  II dan III
        C  III dan IV
        D  I dan IV



11.        Antara berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan adat resam, kesenian, dan kebudayaan masyarakat Sarawak?
        I    Orang Bidayuh merayakan Hari Gawai
        II   Orang Kelabit pandai membuat tatu di badan
        III  Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan tatu
        IV Orang Melayu mengamalkan adat resam yang berasaskan agama Islam
        A  I. II, dan III
        B  I, II, dan IV
        C  I, III, dan IV
        D  II, III, dan IV

12.        Mengikut kepercayaan orang Iban, apakah yang perlu dilakukan oleh mereka apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah?
        A  Mengadakan tarian ngajat
        B  Menangkap burung ketupung
        C  Memuja tuhan Ipok dengan serahang
        D Menyemah kawasan tanah yang hendak digunakan

13.        Dalam masyarakat tradisional di Sarawak, pendidikan secara tidak rasmi disampaikan melalui cerita lisan. Antara perkara yang diajar kepada anak-anak ialah
        I   hukum adat
        II  kepercayaan
        III hukum Islam
        IV cara mencari nafkah hidup
        A  I, II, dan III
        B  I, II, dan IV
        C  I, III, dan IV
        D  II, III, dan IV

14.        Dalam masyarakat Iban, tajau dianggap
        I   suci
        II  bernilai
        III ada kuasa ghaib
        IV memberi perlindungan
        A  I dan II
        B  II dan III
        C  III dan IV
        D  I dan IV


15.        Dalam perayaan Kaul, mereka menyembah makhluk gahib yang dikenal sebagai Ipok. Siapakah ‘mereka’ yang dimaksudkan itu?
        A  Orang Iban
        B  Orang Kayan
        C  Orang Kelabit
        D  Orang Melanau


16.        Apakah kepentingan tarian Ngajat kepada orang Iban di Sarawak?
        A  Melambangkan kesyukuran setelah pulang dari pelayaran
        B  Melambangkan kesyukuran setelah selesai mendiri rumah
        C  Melambangkan kesyukuran setelah selesai menuai padi
        D  Melambangkan kesyukuran setelah selesai mengalahkan musuh


17.     Antara larangan-larangan berikut, yang manakah berkaitan dengan orang-orang Penan di Sarawak?
        I   Dilarang hidup menetap
        II  Dilarang menebang pokok besar
        III Dilarang membersihkan kawasan hutan
        IV Dilarang berpindah apabila berlaku kematian
        A  I, II, dan III
        B  I, II, dan IV
        C  I, III, dan IV
        D  II, III, dan IV

18.     Apabila orang Iban ingin membuka petempatan dan mendirikan rumah, kawasan tersebut akan disemah. Mengapakah kaum bumiputera di atas menyembah kawasan yang hendak dibuka sebagai petempatan?
        A  Supaya penunggu di kawasan tersebut dapat dihalau
        B  Supaya tanaman mereka akan menjadi di kawasan baru itu
        B  Supaya tiada kemalangan yang berlaku semasa rumah didirikan
        D  Supaya penunggu di kawasan tersebut Tidak akan mngganggu meraka