Khamis, 17 Mac 2011

SOALAN T1B10

TINGKATAN 1
BAB 10 : SARAWAK

1.        Nama Sarawak berasal daripada   
A       cerita lagenda
B        Sungai Rajang
C        pohon Sarawak
D        Batang Sarawak

2      Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Sultan Brunei untuk melicinkan pentadbirannya di Sarawak?
I.         Memberi kuasa autonomi kepada pembesar
II.       Melantik pembesar untuk mentadbir setiap jajahan
III.     Membahagikan Sarawak kepada beberapa unit jajahan
IV.     Melantik seorang gabenor untuk mengetui pentadbiran
A       I, II, dan III
B        I, II, dan IV
C        I, III, dan IV
D        II, III dan IV


3.   Orang Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu tinggal di rumah panjang. Rumah panjang
      berfungsi seperti 
A       sebuah perkampungan
B        satu keturunan
C        satu keluarga
D        satu daerah


4.        Orang Penan sentiasa berpindah-randah. Mengapakah mereka mengamalkan cara hidup sedemikian?
        I       Berlaku kematian
        II     Mencari tanah yang subur
        III    Kepercayaan melarang menetap kekal
        IV    Kepercayaan melarang melapangkan hutan.
        A. I, II dan III
        B  I, II dan IV
        C. I, III dan IV
        D. II, III dan IV

5.        Cara Kesultanan Brunei mentadbir Sarawak sejak abad ke-15 ialah 
A melantik pembesar-pembesar dari Brunei untuk mentadbir Sarawak
B  menempatkan seorang wakil Sultan di setiap bahagian Sarawak
C  menyusun sistem pemerintahan kepada unit-unit jajahan
D  meletakkan putera Sultan di setiap ahagian Sarawak

   
6.        Negeri Sarawak didiami oleh 27 kumpulan etnik yang berselerak di merata-rata tempat. Di kawasan manakah terdapat penduduk yang paling padat penduduknya?
        I   Dataran pantai
        II  Lembah sungai
        III Kawasan Hutan Baram dan Limbang 
        IV Di antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah
        A  I, II, dan III
        B  I, II, dan IV
        C  I, III, dan IV
        D  II, III, dan IV   

7.        Manakah merupakan amalan animisme yang diamalkan di Sarawak?
        A  Roh nenek moyang mesti dipuja
        B  Semua alam semula jadi ada penjaga
        B  Manusia ada hubungan dengan makhluk ghaib
        D  Semua benda di muka bumi mempunyai roh dan semangat 

8.        Orang Melayu Sarawak mempunyai tarian tradisi yang dinamakan bergendang.   Siapakah yang memukul gendang?
        A  Kanak-kanak
        B  Kaum jejaka
        C  Perempuan
        D  Pahlawan


9.        Kaum manakah yang percaya pada bunyi burung ketupung?
        A  Iban
        B  Bisaya
        C  Murut
        D  Melayu Sarawak

10.        Penduduk bumiputera Sarawak menerima pendidikan secara…
        I   formal
        II  tidak formal
        III pendidikan tinggi
        IV pendidikan khas
        A  I dan II
        B  II dan III
        C  III dan IV
        D  I dan IV



11.        Antara berikut, pernyataan yang manakah berkaitan dengan adat resam, kesenian, dan kebudayaan masyarakat Sarawak?
        I    Orang Bidayuh merayakan Hari Gawai
        II   Orang Kelabit pandai membuat tatu di badan
        III  Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan tatu
        IV Orang Melayu mengamalkan adat resam yang berasaskan agama Islam
        A  I. II, dan III
        B  I, II, dan IV
        C  I, III, dan IV
        D  II, III, dan IV

12.        Mengikut kepercayaan orang Iban, apakah yang perlu dilakukan oleh mereka apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah?
        A  Mengadakan tarian ngajat
        B  Menangkap burung ketupung
        C  Memuja tuhan Ipok dengan serahang
        D Menyemah kawasan tanah yang hendak digunakan

13.        Dalam masyarakat tradisional di Sarawak, pendidikan secara tidak rasmi disampaikan melalui cerita lisan. Antara perkara yang diajar kepada anak-anak ialah
        I   hukum adat
        II  kepercayaan
        III hukum Islam
        IV cara mencari nafkah hidup
        A  I, II, dan III
        B  I, II, dan IV
        C  I, III, dan IV
        D  II, III, dan IV

14.        Dalam masyarakat Iban, tajau dianggap
        I   suci
        II  bernilai
        III ada kuasa ghaib
        IV memberi perlindungan
        A  I dan II
        B  II dan III
        C  III dan IV
        D  I dan IV


15.        Dalam perayaan Kaul, mereka menyembah makhluk gahib yang dikenal sebagai Ipok. Siapakah ‘mereka’ yang dimaksudkan itu?
        A  Orang Iban
        B  Orang Kayan
        C  Orang Kelabit
        D  Orang Melanau


16.        Apakah kepentingan tarian Ngajat kepada orang Iban di Sarawak?
        A  Melambangkan kesyukuran setelah pulang dari pelayaran
        B  Melambangkan kesyukuran setelah selesai mendiri rumah
        C  Melambangkan kesyukuran setelah selesai menuai padi
        D  Melambangkan kesyukuran setelah selesai mengalahkan musuh


17.     Antara larangan-larangan berikut, yang manakah berkaitan dengan orang-orang Penan di Sarawak?
        I   Dilarang hidup menetap
        II  Dilarang menebang pokok besar
        III Dilarang membersihkan kawasan hutan
        IV Dilarang berpindah apabila berlaku kematian
        A  I, II, dan III
        B  I, II, dan IV
        C  I, III, dan IV
        D  II, III, dan IV

18.     Apabila orang Iban ingin membuka petempatan dan mendirikan rumah, kawasan tersebut akan disemah. Mengapakah kaum bumiputera di atas menyembah kawasan yang hendak dibuka sebagai petempatan?
        A  Supaya penunggu di kawasan tersebut dapat dihalau
        B  Supaya tanaman mereka akan menjadi di kawasan baru itu
        B  Supaya tiada kemalangan yang berlaku semasa rumah didirikan
        D  Supaya penunggu di kawasan tersebut Tidak akan mngganggu meraka







Tiada ulasan:

Catat Ulasan