Selasa, 15 Mac 2011

LATIHAN T2B4

TAJUK BAB 4 :

 KEKAYAAN  EKONOMI SARAWAK MENDORONG  PENJAJAHAN KELUARGA        
 BROOKE


Soalan 1 berdasarkan maklumat yang berikut.
                        

                    Pada kurun ke-19 ,sultan Brunei melantik Pengeran Indera Mahkota
                    Sebagai wakil pemerintah Kesultananan Brunei di Sarawak.


1.Mengapakah penduduk  tempatan di Sarawak  rasa tidak puas hati dengan Pengeran        
   Indera Mahkota?

A.     Beliau mengenakan cukai yang tinggi dan menjadikan orang Bidayuh buruh paksa *
B.     Beliau mengikut sistem pemerintahan oaring British.
C.     Beliau campurtangan dalam adat resam orang tempatan
D.     Beliau selalu memandang rendah terhadap orang tempatan


Soalan 2 berdasarkan  senarai berikut.
                    
·        Orang kaya
·        Temenggung
·        Menteri Darat

2. Apakah peranan pembesar-pembesar di atas di Sarawak sebelum kurun ke -19?

A.     Mentadbir wilayah Sarawak *
B.     Memajukan kawasan pedalaman
C.     Menguatkuasakan undang-undang
D.     Menguasai pelombongan antinomy


Soalan 3 berdasarkan  jadual berikut .


Sebelum kurun ke-19


Melantik pembesar tempatan

Pada kurun ke –19


Melantik pembesar Brunei

3.Jadual di atas menunjukkan pemerintahan sultan Brunei di Sarawak .
Mengapakah  sultan  Brunei  mengubah dasar pemerintahan  hanya di Sarawak pada kurun ke-19?

  1. Sarawak kaya dengan antimoni dan emas *
  2. Sarawak kaya dengan lada hitam dan sagu
  3. Sarawak kaya dengan arang batu dan hasil laut
  4. Sarawak kaya dengan bijih timah dan petroleum

Soalan 4 berdasarkan rajah yang berikut.

                           Pengeran Indera Mahkota ditentang oleh Datu Patinggi  Ali

                                                                 Dibantu

                                               Pengeran Raja Muda Hashim

4. Bagaimanakah  Pengeran  Raja  Muda Hashim  menamatkan kebangkitan penduduk   
    tempatan?

A.     Beliau meminta bantuan orang Belanda
B.     Beliau meminta bantuan James Brooke *
C.     Beliau meminta Datu Patinggi menghentikan  pemberontakan dengan menawarkan ganjaran
D.     Beliau bekerja sama dengan pembesar tempatan


Soalan 5 hingga 6 berdasarkan rajah berikut.

                                JAWATAN A
                Berjaya menamatkan penentangan penduduk Sarawak

5. Jawatan  A telah dijanjikan  oleh  Pengeran Muda Hashim kepada  James Brooke 
     Jawatan A ialah…….
    A.Pangeran                               C.Datu Temenggong
    B. Raja Putih                            D.Gabenor Sarawak *

6.Apakah kesan langsung dari pemberian jawatan ini?

A.     Pengukuhan kuasa British di Sarawak
B.     Perluasan kuasa keluarga Brooke di Sarawak *
C.     Perpecahan  Sarawak kepada beberapa residensi
D.     Pemantapan kuasa Kesultanan Brunei di Sarawak

Soalan 7 berdasarkan maklumat yang berikut.

James Brooke mengambil tindakan membakar bandar Kuching sebagai reaksi penentangannya terhadap Pengeran Muda Hashim
 
 




7. James Brooke bertindak demikian  terhadap Pengeran Muda Hashim  kerana ……..

A.     beliau melengah-lengahkan perlantikan James Brooke sebagai gabenor *
B.     beliau tidak mengiktiraf penguasaan James Brooke di Kunhing
C.     beliau tidak melaporkan kejayaan James Brooke kepada sultan Brunei
D.     beliau bertindak menghapuskan kuasa James Brooke

Soalan 8 dan 9 berdasarkan jadual yang berikut .

               
                  Tahun

             
               Peristiwa
                
                  1841
James Brooke dilantik sebagai
Gabenor Sarawak
                 
                  1842

James Brooke diiktiraf sebagai Raja Putih Sarawak
                
                   1846

                     X

8. Berdasarkan jadual di atas pada tahun 1846 James Brooke di iktiraf  sebagai …

   A.raja Sarawak yang merdeka *
   B. raja dipinggir pantai Sarawak
   C. raja Sarawak diletakkan di bawah naungan Brunei
 D.raja Sarawak diletakkan dibawah naungan British

9. Apakah faktor yang membolehkan James Brooke berjaya mengukuhkan  kuasanya di   
    Sarawak?                                                                                                           
  1. Tenteranya yang kuat *
  2. Sokongan padu penduduk tempatan
  3. Sumber kewangan yang mencukupi
  4. Bantuan tentera daripada kesultanan Sulu
Soalan 10 berdasarkan penyataan berikut.
Semasa pemerintahan James Brooke di Sarawak, beliau telah membina Fort Margherita di Kuching pada tahun 1879.

 
 





10. Berdasarkan penyataan di atas apakah tujuan James Brooke membina bangunan  
      tersebut?

A.     Khazanah Sejarah
B.     Pusat Pentadbiran
C.     Benteng pertahanan *
D.     Kediaman Raja Putih Sarawak

Soalan 11 berdasarkan maklumat yang berikut.

James Brooke hanya berselindung di sebalik kekuatan tentera British
 
 






11. Apakah bukti penyataan di atas?

A.     Mengarahkan tentera British mengepung Sarawak
B.     Menewaskan Sultan Mumein dengan bantuan tentera British
C.     Menggunakan tentera darat British untuk mengusir kuasa Eropah yang lain
D.     Memperluaskan kawasan pemerintahan dengan kekuatan tentera *

Soalan 12 berdasarkan senarai berikut.

                                                Tokoh
·        Datu Patinggi
·        Datu Bandar
·        Datu Temenggung
  
12. Ketiga-tiga tokoh di atas dilantik  untuk membantu James Brooke mentadbir 
      Sarawak.
       Apakah tugas mereka?

A.     Menasihati James Brooke dalam hal-hal berkaitan dengan undang-undang dan
Adat *
B.     Menolong James Brooke mengutip cukai
C.     Membantu James Brooke menyelesaikan pemberontakan
D.     Menasihati James Brooke dalam pembahagian tugas dan pentadbiran.



Soalan 13 berdasarkan maklumat berikut.

                                            Majlis Tertinggi
·        Residen Bahagian Pertama
·        Emapat orang Datu Melayu


13. Maklumat di atas menunjukkan anggota Majlis Tertinggi di Sarawak.
      Apakah peranan penting Majlis Tertinggi ?

A.     Memberi peluang peminpin bumiputera menyuarakan pendapat mereka
B.     Mengubal dan meluluskan undang-undang *
C.     Mengawal penduduk tempatan
D.     Mengetuai operasi ketenteraan

Soalan 14 berdasarkan maklumat berikut.

                                               Majlis X
         Memberi peluang kepada peminpin bumi putera menyuarakan   
     pendapat dan bertukar-tukar fikiran serta terlibat dalam pentadbiran


14. Majlis apakah yang melibatkan perkara-perkara di atas?

  1. Majlis Tertinggi
  2. Majlis  Negeri *
  3. Majlis Bahagian
  4. Majlis Pentadbiran

15.Apakah muslihat James Brooke disebalik tindakan-tindakannya melibatkan pembesar-pembesar tempatan dalam pentadbiran?

  1. Memperolehi sumber pendapatan sampingan
  2. Mempengaruhi corak pentadbiran di Sarawak
  3. Mendapatkan sokongan penduduk tempatan *
  4. Memberi tunjuk ajar kepada pembesar dalam hal-ehwal tempatan

16. James Brooke  membahagikan Sarawak kepada lima bahagian dan setiap bahagian  
      ditadbir  oleh Majlis Bahagian.
      Siapakah yang mengetuai  pentadbiran Majlis Bahagian?

A.     Residen *
B.     Pegawai Daerah
C.     Pegawai Anak Negeri
D.     Konsuler
17. James Brooke telah melibatkan peminpin tempatan dalam pentadbiran Majlis 
      Tertinggi, Majlis Negeri  dan Majlis Bahagian.
       Apakah tanggungjawab  Majlis Bahagian di Sarawak?
        I.Menentukan dasar pentadbiran
       II. Meluluskan undang-undang
       III. Mengutip cukai
        IV. Mengetuai operasi ketenteraan

A.     I dan II
B.     II dan III
C.     III dan IV *
D.     I dan IV

Soalah 18 berdasarkan maklumat yang berikut.
Perjanjian tahun 1888 antara Charles Brooke  dengan kerajaan  British
 
 




18. Apakah tujuan kerajaan British menandatangani perjanjian tersebut?
A.     Mengambil alih  pentadbiran Sarawak
B.     Memantapkan pengaruh British di Sarawak *
C.     Membolehkan orang Inggeris  melabur di Sarawak
D.     Membantu keluarga Brooke memajukan Sarawak

19. Antara yang berikut ,syarat yang manakah terkandung  dalam perjanjanjian yang
ditandatangani antara Charles Brooke dengan kerajaan British pada tahun 1888?

I.                    British mengawal hal-ehwal luar negeri Sarawak
II.                 Keluarga Brooke memerintah Sarawak dengan bebas
III.               British melindungi Sarawak daripada ancaman musuh
IV.              Keluarga Brooke menyerahkan kawasan pantai barat kepada kerajaan British

A.     I,II dan III *
B.     I,II dan IV
C.     I,III dan IV
D.     II,III dan IV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan