Selasa, 15 Mac 2011

LATIHAN T2B3

TINGKATAN 2 BAB 3


  1. Mengapakah British amat bimbang pada tindakan  Perancis yang ingin membuka terusan di Segenting Kra?

    1. Lembah Menam Chao Praya adalah hak British
    2. Siam pernah berjanji akan menyerahkan kawasan ini kepada Rusia
    3. Perluasan kuasa Perancis boleh menggugat perdagangan British di  Singapura
    4. Penguasaan Perancis akan mempengaruhi kedudukan Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu.

  1. Apakah tindakan yang menunjukkan bantahan Raja Syed Alwi terhadap penyerahan negeri Perlis kepada British?

    1. Meminta pertuanan Siam
    2. Berperang dengan British
    3. Rela turun dari takhtanya
    4. Enggan mengakui perlantikan Penasihat British


  1. Kebijaksanaan Dato Muhammad Salleh bin Perang amat terserlah. Beliau berjaya menghasilkan peta lengkap Johor bertujuan untuk……

    1. Mematuhi arahan  British
    2. Mengaman dan menstabilkan negeri
    3. Memudahkan perancangan pembangunan
    4. Memudahkan pegawai johor mentadbir

  1. Oleh sebab Sultan Abu Bakar banyak berjasa dalam membangunkan Johor, baginda digelar sebagai…….

    1. Bapa Perpaduan Johor
    2. Bapa Pemodenan  Johor
    3. Bapa Pembangunan Johor
    4. Bapa Kemerdekaan Johor.


  1. Mengapakan Sultan Ibrahim terpaksa meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor?

    1. Meningkatkan kedudukan Lembaga Penasihat Johor
    2. Membolehkan baginda mengukuhkan kerajaan negeri
    3. Memberi lebih kuasa kepada Majlis Mesyuarat Negeri
    4. Membolehkan pihak British menganggotai Majlis Mesyuarat Negeri

  1. Apakah kejayaan yang telah dicapai oleh Temenggung Daeng Ibrahim semasa pemerintahannya di Johor?

                 I    Mengasas pentadbiran baru di Kesang
                II   Mengadakan peta pembangunan pertama negeri Johor
               III  Memajukan pusat pentadbiran baru di Tanjung Puteri
                IV Membawa masuk buruh Cina untuk mengusahakan pertanian

               A.  I dan II            B.  II dan III                 C. III dan IV                      D.  I dan IV


Soalan 7 berdasarkan maklumat berikut

                    Kewibawaan Sultan Zainal Abidin III
                    begitu menyerlah dalam usaha
                    mempertahankan kedaulatan Terengganu.


  1. Apakah bukti kewibawaan sultan seperti dalam pernyataan di atas ?

    1. Menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu
    2. Mengekalkan identiti negerinya melalui tindakan mahkamah
    3. Mewujudkan lambang khas kepada penasihat British di Terengganu
    4. Menubuhkan jabatan-jabatan khas yang diletakkan di bawah Penasihat British

  1. Apakah kejayaan sistem Kangcu yang telah diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim?

    1. Meningkatkan taraf ekonomi imigran Cina
    2. Menjadikan Johor negeri termaju system pengairan
    3. Johor menjadi negeri tumpuan utama kaum Cina
    4. Menjadikan Johor negeri terpenting mengeksport lada hitam

  1. Dato Abdul Rahman Andak Merupakan pembesar Johor yang sangat berjasa. Apakah sumbangan beliau dalam usaha memodenkan Johor?

    1. Memperkenalkan system Kangcu
    2. Memperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
    3. Menghalang British menguasai Johor
    4. Memulihkan hubungan diplomatik kerajaan Johor dengan British

  1. Perjanjian Bangkok ditandatangani pada tahun 1909. Apakah syarat-syarat yang terkandung  dalam Perjanjian tersebut?

                I       British menyerahkan hak wilayah asingan kepada Siam
                II      Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada
                        British 
               III     British akan membantu Siam jika diserang musuh
               IV     Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran 
                        British
               
A.     I, II dan III
B.     I, II dan IV
C.     I, III dan IV
D.     II, III dan IV

  1. Apakah muslihat British menubuhkan Lembaga Penasihat Johor?

A         Mengangkat kedudukan Sultan Johor
B          Pembesar Johor dapat dibantu terus oleh pejabat di London
C         Pemberian bantuan kewangan terus dari Pejabat Tanah Jajahan London
D         Pengaruh Barat diperkenalkan di Johor tanpa menjejaskan kedaulatan  
            Sultan

12    Apakah kesan Perjanjian Persahabatan Johor-British pada tahun 1885?
I           Johor menerima seorang Konsul
11        Johor diiktiraf negeri yang bebas dan berdaulat
III        Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai Sultan Johor
IV        Kedudukan Pesuruhjaya Tinggi di Singapura akan lebih tinggi dari Sultan
            Johor

A         I, II, dan III
B          I, II, dan IV
C         I, III dan IV
D         II, III, dan IV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan