TINGKATAN SATU
BAB 12. SABAH
Ms:193
1. Nama Sabah berasal daripada perkataan 'saba' iaitu sejenis pisang yang dipanggil pisang saba.
Pisang saba dikaitkan dengan masyarakat
A Kadazandusun.
B Bajau.
C Murut.
D Sungei.
2. Selain daripada sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas, Sabah juga mengamalkan sistem politik kesukuan.
Antara berikut, yang mana-kah boleh dikaitkan dengan sistem politik kesukuan?
I Diamalkan di daerah pedalaman
II Mula digunakan pada abad ke-17
III Diamalkan di bahagian persisiran pantai
IV Melibatkan kaum Kadazan dusun, Murut, dan Orang Sungei
A I dan ll
B Il dan lll
C III dan IV
D I dan IV
3. Penduduk Sabah terdiri daripada 30 kumpulan etnik yang berbeza.
Antara berikut, yang mana-kah tergolong dalam kum-pulan etnik di Sabah?
I Kelabit
II Bajau
III Melayu-Brunei
IV Suluk
A I, II, dan lll
B I, II,dan IV
C I,III,dan IV
D II, III, dan IV
Ms:194
4. Taburan penduduk kumpulan etnik Sabah mengikut kawasan tertentu. Kaum yang manakah menduduki kawasan pedalaman?
A Kadazan dusun
B Suluk
C Bajau
D Murut
5 Masyarakat Sabah menerima pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Apakah pendidikan tidak formal yang diajar kepada masyarakat Sabah?
I Cara berdagang
II Cara memancing
III Cara memanjat
IV Cara berternak
A I, II,dan III
B I,II dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV
Ms:195
6. Apakah tujuan pendidikan tidak formal diajar kepada golongan kanak-kanak di Sabah?
A Boleh berdikari apabila dewasa kelak
B Patuh kepada undang-undang yang ditetapkan
C Menjadi orang yang berguna apabila dewasa kelak
D Menjadi pahlawan yang handal apabila dewasa kelak
Ms:195
7. Masyarakat bumiputera Sabah mengamalkan undang-undang adat dalam kehidupan seharian.
Apakah tujuan sebenar pengamalan undang-undang tersebut?
A Mengagungkan kebudayaan kumpulan etnik masing-masing
B Memelihara dan menjamin kesejahteraan hidup
C Menjauhkan diri daripada malapetaka
D Menjadi panduan hidup di dunia dan di akhirat
Ms:195
8. Pendidikan formal di Sabah hanya tertumpu pada pendidikan agama Islam.
Di manakah proses pembe-lajaran ini diadakan?
I Sekolah
II Surau
III Pondok
IV Rumah guru agama
A I, II, danlll
B I,II,danIV
C I,III,danIV
D II, III, danIV
9. Masyarakat Kadazandusun di Sabah amat berpegang teguh dengan undang-undang adat yang ditetapkan. Apakah malapetaka yang akan menimpa sekiranya seseorang itu melanggar undang-undang adat?
I Ditimpa bencana alam
II Diganggu oleh roh nenek moyang
III Mendapat penyakit
IV Berlaku kerosakan pada tanaman
A I, II, dan III
B I, II, danIV
C I, III, danIV
D II, III dan IV
Ms:196
10. Rajah di atas menunjukkan adat pertanian yang diamal-kan oleh masyarakat di Sabah.
Apakah acara X yang diada-kan selepas musim menuai padi?
A Pesta Hari Gawai
B Pesta Kaamatan
C Pesta Magavau
D Pesta Menuai
Ms:197
11. Mengapakah masyarakat Kadazandusun mengamalkan Pesta Kaamatan?
A Untuk menyambut kelahiran bayi
B Untuk meraikan tahun baru
C Sebagai tanda kesyukuran
D Untuk memuja roh nenek moyang
Ms:196
12. Bermula pada abad ke-16, masyarakat Sabah mula mengamalkan agama Islam. Antara berikut, kumpulan etnik yang manakah majoritinya beragama Islam?
I Kadazandusun
II Bajau
III Melayu-Brunei
IV Suluk
A I dan ll
B Il dan lll
C III dan IV
D I dan IV
13. Majlis perkahwinan bagi kaum Bajau lazimnya akan diadakan pada 14 dan 15 haribulan Hijrah kerana cahaya bulan terang. Apakah simbol cahaya bulan terang bagi masyarakat Bajau?
A Pengantin akan dijauhkan daripada bala dan bencana
B Pengantin akan dimurahkan rezeki
C Pengantin akan dipanjangkan umur
D Pengantin akan dikurniakan anak secepat mungkin
Ms:196
14. Antara berikut, pilih pernya-taan yang berkaitan dengan adat kematian yang diamal-kan oleh kaum Murut di Sabah.
I Saudara mara si mati akan memukul tiang rumah
II Mayat dikebumikan dalam posisi duduk
III Abu mayat yang dibakar disimpan dalam rumah selama tujuh hari
IV Mayat diletakkan di dalam tembikar dan dihanyut-kan ke laut
A I, II, dan lll
B I,II,dan IV
C I,III,dan IV
D II, III, dan IV
Ms:196
15. Orang tua adalah ketua di rumah panjang. Apakah peranan orang tua di Sabah?
A Menyediakan penempatan kepada anak buah-nya
B Menjadi hakim di kawasannya
C Menguatkuasakan undang-undang adat
D Menguatkuasakan hukum agama Islam
16. Masyarakat di Sabah menjalankan kegiatan memungut hasil laut seperti agar-agar, timun laut, dan karang laut sebagai punca pendapatan mereka. Kaum manakah yang terlibat dalam kegiatan tersebut?
I Kadazan dusun
II Melayu-Brunei
III Suluk
IV Bajau
A I, Il.danlll
B I, II, danIV
C 1,111, dan IV
D II, III, danIV
Ms:203
17. Pada pendapat anda, apakah kepentingan Pasar Tamu selain tempat berjual beli barang?
A Tempat untuk menunjuk-kan kepahlawanan
B Mengeratkan hubungan antara etnik
C Boleh bertukar-tukar kebudayaan
D Kawasan pelancongan
Ms:201
18. Gua Gomantong merupakan pengeluar utama sarang burung di Sabah.
Di manakah letaknya Gua Gomantong?
A Semporna
B Lahad Datu
C Kudat
D Sandakan
Ms:193
19. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan asal usul nama Sabah?
A Pisang saba
B Nama pahlawan gagah perkasa
C Sungai Sabah
D Nama penjaga Gunung Kinabalu
Ms:193