Khamis, 28 Oktober 2010

Nota sejarah T2 B8

BAB 8    :   KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

(1)   Maksud Semangat Kebangsaan
1.     Berjuang menebus maruah bangsa
2.     Semangat cinta bangsa dan tanah air.
3.    Berjuang membebaskan negara drp penjajahan British,
4.    Membentuk negara yang merdeka dan berdaulat.

(2)   Semangat Kebangsaan negara luar jadi pendorong
a)     Gerakan Pan-Islam di Turki
1.     Gerakan kebangkitan Islam di Timur Tengah. 
2.   Kuasa  barat  memecahbelah & kuasai empayar Islam
2.     Empayar Islam Turki Uthmaniyah merosot akibat penjajahan Barat
3.     Barat di Turki mencetuskan Gerakan Pan-Islam.
4.     Gerakan bertujuan menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajahan barat.
5.     Gerakan mempengaruhi umat Islam di timur Tengah, India dan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan kuasa asing.
b)     Gerakan Pemulihan Islam di Mesir
1.     Penjajahan British terhadap Mesir mencetuskan Gerakan Islah
2.  Dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
3.     Pengaruh gerakan disebarkan ke Tanah Melayu melalui pelajar yang menuntut di Mesir setelah mereka kembali ke tanah air.
4.     Gerakan Islam menyeru orang Islam kembali berpegang ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis untuk mencapai kemajuan.
5.     Gerakan Islah menyeru seluruh umat Islam bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam.
c)     Perang Rusia-Jepun
1.     Jepun mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun. 
2.     Sebuah negara Asia mengalahkan kuasa Eropah.
3.     Kejayaan Jepun membuktikan kuasa Eropah tidak sekuat yang disangkakan
d)     Revolusi China 1911
1.     Perkembangan negara China mempengaruhi penduduk Tanah Melayu menentang British.
2.     Dr. Sun Yat Sen memimpin Revolusi China menumbangkan kerajaan Manchu.
3.     Beliau  menubuhkan republik China.
e)     Semangat kebangsaan di Filipina
1.     Jose Rizal tubuhkan Liga Filipina
2.   Tuntut Sepanyol memberi layanan yang adil kepada rakyat Filipina.
3.     Jose Rizal memimpin Liga Filipina untuk menentang penjajahan Sepanyol di Filipina.
f)     Semangat Kebangsaan di India
1.     Di India, gerakan dipimpin oleh Mahatma Gandhi untuk membebaskan India dr penjajahan British.
g)    Semangat Kebangsaan di Indonesia
1.     Parti Nasional Indonesia pimpinan Soekarno ingin membebaskan Indonesia daripada Belanda
h)   Kemajuan sistem perhubungan dan percetakan
1.     Peristiwa di negara luar diikuti oleh penduduk Tanah Melayu melalui kemajuan sistem perhubungan dan percetakan terutamanya surat khabar.

(3)   Gerakan Islam
a)     Latar belakang kebangkitan Gerakan Islah
1.     Semangat kebangsaan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah.
2.     Pelajar di Universiti al-Azhar, Mesir  terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani & Syeikh Muhammad Abduh.
3.     Setelah kembali ke tanah air, pelajar memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu.
b)     Kaum Muda
1.     Antara tokoh penting dalam Kaum Muda ialah
       i.   Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin
       ii.  Haji Abbas bin Muhammad Taha
       iii. Syed Syeikh Ahmad al-Hadi.
2.     Idea pembaharuan Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam.
Akhbar Al-Iman
1.   Diterbitkan di Singapura pada tahun 1906.
2.     Al-Iman bermaksud pemimpin.
3.     memberi kesan dalam pemikiran orang Melayu.
4.     Orang Melayu sedar kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.
5.     Majalah Al-Iman dihentikan pada tahun 1908
6.   Perjuangannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara.
7.   Saranan akhbar Al-Iman
·       menyeru orang Melayu berpegang kepada al-Quran dan hadis.
·       Menekankan ilmu pengetahuan untuk kemajuan.
·       Menitikberatkan pengetahuan sejarah
·       Menasihati ibu bapa memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.
·       Menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan pendidikan.
·       Mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang menghalang kemajuan


 
 






















3.     Kaum Muda tubuhkan madrasah utk sebarkan idea
       i.     Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di P.Pinang
       ii.     Madrasah al-Diniah Kg Lalang di Padang  
               Rengas
       iii.    Madrasah II-Ihya Assyariff, Gunung                 Semanggol, Perak.
4.     Idea Kaum Muda dapat tentangan gol Kaum Tua.
c)     Kaum Tua
1.     Terdiri dr golongan ulama dan pegawai agama
2.    Tidak menerima idea Kaum Muda.
3.     Berpegang kuat kepada adat dan agama Islam.
4.     Kaum Tua menerbitkan akhbar  Suara Benar
        dan  Lidah Benar


d)     Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu
1.     Syeikh Muhamamd Tahir Jalaluddin;
       i.   Dilahirkan di Sumatera dan  pendidikan
             di Makkah dan di Universiti al-Azhar.
        ii. Menerbitkan majalah Al-Iman dan pernah
            dilantik sebagai Mufti Negeri Perak.
2.     Haji Abbas Muhammad Taha;
       i.  Dilahirkan di Singapura. Pendidikan di Makkah.
      ii.  Dilantik  kadi di Tanjung Pagar,  Singapura.
      iii. Menerbitkan akhbar Neracha.
3.     Syed Syeikh al-Hadi;
       i.  Dilahirkan di Melaka  
      ii.  Pendidikan agama di Terengganu dan
           Pulau Penyengat, Riau.
      iii. Berkunjung ke Makkah dan Mesir serta
           mendalami perjuangan  Syeikh Muhammad
            Abduh.
      iv. Menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara
(4)   Semangat Kebangsaan Golongan Intelektual
a)     Golongan intelektual Melayu
1.     Golongan intelektual Melayu terbahagi dua
       i. berpendidikan Melayu
      ii. berpendidikan Inggeris.
b)     Gol. Intelektual Melayu berpendidikan Melayu
1.     Merupakan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris
2.     Menjadi guru Melayu - berperanan pemimpin masyarakat.
3.     Berganding bahu dengan gol cerdik pandai agama bagi menyumbangkan tenaga dan fikiran memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
4.     Kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.
5.     Antara tokoh nasionalis tersebut ialah
       i. Harun Aminurrashid,
      ii. Ibrahim Haji Yaacob
      iii. Abdul Hadi Hasan.
Harun Aminurrashid;
-       Tokoh pejuang kebangsaan lepasan MPSI.
-       Guru bersemangat kebangsaan dan penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi bertema semangat kebangsaan.
Abdul Hadi Hasan;
    Pensyarah MPSI.
   Menanamkan semangat cinta bangsa dan negara
 
 










c)     Gol intelektual Melayu berpendidikan Inggeris
1.     Memperjuangkan kesedaran kebangsaan.
2.     Guna peluang yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran.
3.     Menubuhkan persatuan
4.   Guna penulisan untuk memperjuangkan orang Melayu.



Raja Chulan
    pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
    Dilantik Ahli Majlis Perundangan Persekutuan.
    Menggesa British menaikkan taraf ekonomi orang Melayu dan menambah peluang dalam perkhidmatan kerajaan.
Mohammad Eunos Abdullah;
    Pendidikan Inggeris di Raffles Institution,
    Orang Melayu pertama yang dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan negeri-negeri Selat.
    Pernah bertugas sebagai ketua pengarah akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu.
    tubuhkan Kesatuan Melayu Singapura.
        Dato’ Onn Jaafar;
    Pendidikan Inggeris di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan di England. 
-  Menjadi pengarang akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Warta Ahad.
-    Dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi dalam Majlis Mesyuarat  Negeri Johor.
 
 




















.      
(5)   Peranan akhbar dan majalah
1.     Saluran  melahirkan kesedaran kebangsaan. 
2.    Idea disalurkan kepada semua lapisan masyarakat.
3.     akhbar Melayu menyuarakan isu sosial serta kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu.
4.     Menyemai semangat kebangsaan
5      Mengkritik dasar British
6      Menyeru orang Melayu bersatu
7.     Menghapuskan semangat kenegerian.
8      Menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.

(6)   Penerbitan akhbar Melayu
Nama akhbar
Tempat Terbit
Lembaga Melayu
Singapura
Pengasuh
Kelantan
Majalah Guru
Kuala Lumpur/Pulau Pinang
Al-Ikhwan
Pulau Pinang
Saudara
Pulau Pinang
Warta Malaya
Singapura
Fajar Sarawak
Sarawak
Majlis
Kuala Lumpur
Utusan Melayu
Singapura
        Akhbar Warta Malaya
    Diterbitkan di Singapura.
    Pengarang pertama ialah Dato’ Onn Jaafar.
    Menyiarkan isu sosioekonomi orang Melayu.
    Desak  Melayu diberi jawatan dlm perkhid kerajaan.
.       Akhbar Majlis
    Diterbitkan di Kuala Lumpur oleh The Selangor Press and Majlis Co. Ltd.
    Pengarang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.
    Mendedahkan kelemahan British yang mengancam kedudukan orang Melayu.
        Akhbar Utusan Melayu;
    Diterbitkan di Singapura.
    Pengarang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.
    Menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi
       memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air.
        Abdul Rahim Kajai
    Nasionalis berjuang melalui bidang kewartawanan.
    Digelar Bapa Kewartawanan Melayu.
    Pernah menjadi ketua pengarang akhbar seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.

(7)   Penerbitan akhbar Cina
1.     Diterbitkan oleh masyarakat Cina di Tanah Melayu
2.     Melaporkan berita kegiatan social dan ekonomi orang Cina dan India di Tanah Melayu.
3.     Menyiarkan peristiwa di negara China dan India.
4.     Akhbar masyarakat Cina
       i. Lat Pau,
      ii. Nanyang Siang Pau,
      iii Sin Chew Jit Poh
      iv. Modern Daily News.
5.     Lat Pau ialah akhbar harian pertama masyarakat Cina,
(8)  Penerbitan akhbar India
1.   Diterbitkan oleh masyarakat India di Tanah Melayu.
2.     Akhbar masyarakat India
       i. Ulaga Nesan,
       ii.Tamil Nesan
      iii Tamil Murasu.
3.     Akhbar Tamil Nesan - akhbar terawal di KL.

(9)   Penerbitan akhbar peranakan
1.     Akhbar berbahasa Melayu
2.     Diterbitkan oleh masyarakat Jawi dan Cina Peranakan.
3.     Jawi Peranakan - masyarakat kacukan India-Melayu erbentuk apabila saudagar India berkahwin dengan wanita Melayu tempatan.
4.     Cina Peranakan dikenali Baba dan Nyonya. 
5.  Masyarakat Cina Peranakan - hasil perkahwinan di ant perantau Cina dgn penduduk bumiputera
6.     Akhbar Jawi Peranakan
       i. Jawi Peranakan,
       ii.Sekola Melayu,
       iii. Taman Pengetahuan
       iv.Tanjug Penagri. 
7.   Akhbar Cina Peranakan
       i. Surat Khabar Peranakan,
      ii. Bintang Timor,
      iii Khabar Uchapan Baru
      iv. Bintang Peranakan


(10)   Kesedaran kebangsaan melalui penulisan kreatif
1.     Jenis penulisan kreatif seperti puisi, novel dan cerpen.
2.     Golongan guru, penulis dan wartawan menjadikan karya kreatif sebagai saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu.
3.     Peranan Puisi, novel dan cerpen
       i.    semaikan  perasaan cinta akan bangsa & negara  
       ii.   menyeru merebut peluang ekonomi
      iii    mempertahankan maruah bangsa
      iv    menimbulkan kesedaran di orang Melayu

Nama Pengarang
          Puisi
Harun Aminurrashid
Tenaga Kaumku
Rayuan Bangsa Mu
Mempertahankan Hak Kita
Perwira Melayu

Abdul Samad Ahmad
Serunai Pujangga
Kapal Tiada Nakhoda
Hari Kejatuhan Kita
Muhammad Yusuf Harun
Dunia yang Fana
Di Lautan Seberang

Omar Mustaffa
Bangkitlah

Melati Pahang
Seruan Kebangsaan

Mahmud Ahmadi
Sedarlah

Muhammad Yasin Maamor
Di Tengah Segara

Nama Pengarang
Nama Novel
Syed Sheikh al-Hadi
Hikayat Faridah Hanum
Ahmad Rashid Talu
Iakah Salmah?
Harun Aminurrashid
Melor Kuala Lumpur
Ishak Haji Muhammad
Putera Gunung Tahan
Abdullah Sidek
Mari Kita Berjuang
Abdul Kadir Adabi
Melati Kota Bharu

Nama Pengarang
Nama Cerpen
Abdul Rahim Kajai
Cerita Awang Putat
Ishak Haji Muhammad
Rumah Besar Tiang Sebatang
Shamsuddin Salleh
Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang
Siasat yang Tiada Diminta


(10)  Kemunculan Pertubuhan Melayu
1.     Peringkat awal bersifat kenegerian.
2.     Mmperjuangkan kepentingan ekonomi dan sosial.
3.     mendorong ke arah pertubuhan bersifat kebangsaan.
4.     Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
       i. menjadi peransang kepada negeri-negeri Melayu di     
          Tanah Melayu untuk menubuhkan persatuan.
        ii. perjuangkan kepentingan Melayu di negeri masing
5.    Persatuan Melayu Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kelantan ditubuhkan
6.     Dianggotai oleh cerdik pandai Melayu berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan kerajaan British. 
7.    Perjuangan bersifat sederhana.
8.     kesetiaan kepada raja Melayu dan bekerjasama dengan British.
9.     mendesak peluang diberikan kepada Melayu dalam pentadbiran kerajaan.
10.   KMS bersama Persatuan Melayu Selangor menganjurkan Kongres Melayu Se-Tanah Melayu 1 di Kuala Lumpur - menghimpunkan wakil persatuan Melayu utk berbincang
11.   Kongres Melayu ke 2diadakan di Singapura
12. Disertai penyertaan persatuan Melayu termasuk Sarawak dan Brunei.
14.   Kogres menyarankan semua persatuan Melayu memajukan orang Melayu di negeri masing-masing.
14.   Kongres Melayu ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang pada tahun 1941.
(11)         Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
1.     Ditubuhkan pada tahun 1934
2.     Dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan ruangan utk ahlinya menulis &kemukakan pendapat. 
3.     Cogan kata  “Hidup Bahasa Hidup Bangsa”.
4.     Menggalakkan ahli-ahlinya bertukar pendapat.
5.     Mengadakan persidangan kebangsaan 1 di Taiping,
6.     Menghimpunkan ahlinya dr seluruh Tanah Melayu
7.     Semangat kenegerian dipecahkan.
8.     Konsep kebangsaan terbentuk.
9.     Persidangan di peringkat kebangsaan seterusnya diadakan di P. Pinang, Singapura, Ipoh & Seremban.
(12) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
1.     Dtubuhkan tahun 1938 di Kuala Lumpur.
2.     bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu.
3.     Dipimpin oleh Ibrahim Yaakob

Ibrahim bin Yaacob
  • Dilahirkan di Temerloh
  • Pernah menjadi pengarang akhbar Majlis dan Warta Malaya
  • Menubuhkan KMM kerana berpendapat persatuan kenegerian tidak menguntungkan orang Melayu
 
 









4.     Bertujuan
i.    menanamkan semangat perpaduan
ii.   wujudkan kesedaran di kalangan orang
      Melayu untuk mempertahankan hak mereka.
iii. berjuang memerdekakan Tanah Melayu
iv. satukan Tanah Melayu dan Indonesia melalui
     Melayu Raya.
5.          Kebanyakan anggota KMM terdiri daripada guru lepasan MPSI.
6.          Perjuangan KMM dianggap radikal
7.          Sebab KMM dianggap radikal
-          tidak bekerjasama dan menyuarakan penentangan terbuka terhadap British.
-          Mengadakan pakatan sulit dengan Jepun untuk menentang British.
8.          Akhbar Warta Malaya digunakan untuk membangkitkan perasaan anti-British dan memperjuangkan cita-cita KMM.
9.           British bimbang dengan pergerakan KMM
10.       Ibrahim Haji Yaakob bersama anggotanya ditangkap dan dipenjara di Singapura. 
11.       Mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun.
12.       KMM diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942. 

(13) Pertubuhan orang Cina
1.     Sebelum Perang Dunia Ke-2, orang Cina di Tanah Melayu menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di negara asal mereka. 
2.   Antara pertubuhan Cina di Tanah Melayu
        i. Hsing Chong Hui
       ii. Chung Ho Tang.
3.     Terdapat orang Cina yang memberi perhatian kepada politik tempatan.  - terdiri daripada orang Cina yang dilahirkan di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan warganegara British.
4.     Penubuhan Persatuan Orang Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat ditubuhkan
5.   Tokoh penubuhan persatuan orang Cina Peranakan
       i. Tan Jiak Kim,
      ii Lim Boon Keng,
      iiii. Song Ong Siang
      iv. Seah Liang Seah .
7.     Persatuan ini menggalakkan orang Cina peranakan memperolehi pendidikan tinggi dan teknikal.
8.     Mereka taat kepada British,
9.   Antara tokoh penting dalam politik Tanah Melayu ialah Tan Cheng Lock.

(14)  Pertubuhan orang India
1.     Terpengaruh dgn negara asal mereka sebelum Perang Dunia Kedua.
2.    Nehru,  pemimpin Parti Kongres India pernah berucap di Kuala Kangsar semasa lawatan beliau ke Tanah Melayu pada tahun 1937.
3.     Cerdik pandai India yang berpendidikan Inggeris telah menubuhkan persatuan India di bandar utama seperti Taiping, Kuala Lumpur, Seremban dan Pulau Pinang,
4.     Persatuan India Pusat Tanah Melayu pimpinan A.M. Soosay ditubuhkan.
5.   Persatuan ini menggabungkan 12 persatuan India dan 4 dewan perniagaan India. Bertujuan memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu
(13) Kesimpulan
  1. Semangat kebangsaan melahirkan golongan pejuang kebangsaan yang bersemangat patriotik
  2. Gerakan kesedaran kebangsaan dipelopori oleh golongan intelektual.
  3. Mereka menanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk memajukan bangsa dan negara.
  4. Gerakan kebangsaan menjadi lebih mantap apabila semua kaum bersatu padu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan