Khamis, 28 Oktober 2010

Nota sejarah T2 B4

BAB 4    :  KEKAYAAN EKONOMI   SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN KELUARGA  BROOKE

(1)   Negeri Sarawak di bawah  Kesultanan Brunei
1.     Sebelum kurun ke 19, Sarawak  di bawah pengaruh Kesultanan Brunei.
2.     Pembesar tempatan dilantik oleh Sultan Brunei.
3.     Tadbir Sarawak tanpa campur tangan Brunei.
4.     Sultan Brunei bahagikan Sarawak kpd  daerah.
5.     Setiap daerah ditadbir oleh ketua tempatan di kalangan orang Melayu dan orang Dayak.
6.     Ketua tempatan digelar Menteri Darat, Temenggung atau Orang Kaya.
7.     Ketua tempatan laksanakan arahan & pungut cukai.

(2)   Penentangan  terhadap Kesultanan Brunei
1.     Sultan Brunei melantik Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil Kesultanan Brunei di Sarawak.
2.     Pangeran Indera Mahkota ambil alih pentadbiran serta perdagangan antimoni dan emas drp pembesar Melayu
3.     Beliau kenakan cukai tinggi
4.     Tindakan Pangeran Indera Mahkota timbulkan perasaan tidak puas hati  pembesar Melayu  dan  orang Bidayuh.
5.     Orang Bidayuh di lombong antimoni tidak diberi upah.
6.     Orang Bidayuh dan orang Melayu menentang Pangeran Indera Mahkota.
7.     Kebangkitan bertujuan membebaskan Sarawak daripada pemerintahan Kesultanan Brunei.
8.     Datu Patinggi Ali memimpin orang Melayu menentang kezaliman Pangeran Indera Mahkota.
9.     Pangeran Indera Mahkota gagal menyekat kebangkitan.
10.   Sultan Brunei hantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota
11.   Pangeran Raja Muda Hashim minta bantuan James Brooke
12.   Beliau berjanji melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak jika kebangkitan berjaya ditamatkan
13.   James Brooke menerima tawaran tersebut.
14.   Hasil bantuan James Brooke, Raja Muda Hashim  menamatkan kebangkitan
15.   Raja Muda Hashim sedar jawatan Gabenor kepada James Brooke tidak akan dpt persetujuan Sul Brunei.
16  Raja Muda Hashim melengah-lengahkan perlantikan
17.   James Brooke marah, lalu membedil Bandar Kuching.
18.  Situasi memaksa Raja Muda Hashim melantik James Brooke menjadi Gabenor dan Raja Sarawak pertama
19.   PerjanjianPangeran Raja Muda Hashim-James Brooke
20.   Syarat perjanjian 1841
  1. James Brooke memerintah Sarawak
  2. James Brooke kuasai segala hasil
  3. James Brooke menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat orang Melayu.
21.   Tahun 1842, James Brooke menghadap sultan Brunei (Sultan Omar Ali Saifuddin) bagi mengesahkan kedudukannya di Sarawak.
22.   Beliau bersama angkatan tentera laut British dari Singapura yang diketuai oleh Edwad Belcher.
23.   Kehadiran tentera British bimbangkan sultan Brunei.
24.  Sultan Brunei terpaksa iktiraf perjanjian 1841
25.  Perjanjian antara Sultan Omar dengan James
       Brooke ditandatangani pada tahun 1842.
26.   Syarat perjanjian 1842
  1. Sultan Brunei serahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke Sungai Samarahan
  2. Sultan Brunei serahkan segala hasil cukainya kepada James Brooke dan pewarisnya.
  3. James Brooke bayar 2500 dolar setiap tahun kepada baginda.
  4. Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tidak boleh diganggu.
  5. Sultan Brunei iktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak.
27. Tahun 1846, Sultan Omar Ali Saifuddin cuba menentang James Brooke.
28.   James Brooke dgn bantuan  British  serang Sultan
29.   Sultan Omar Ali Saifuddin dipaksa menandatangani
        satu lagi perjanjian.
30.   Syarat perjanjian 1846
  1. James Brooke - Raja Sarawak yang merdeka.
  2. James Brooke-kedaulatan penuh ke atas Sarawak.
(3)   Peluasan kuasa oleh keluarga Brooke
       (a) Peluasan kuasa tahun 1853
       i.    Penentangan terhadap Brunei di Saribas
              dan Batang Lupar.
  1. Sultan Abdul Mu’mein serahkan tanah antara
              Sg Samarahan dengan Sg Rajang dengan
               bayaran 1500 dolar setahun.
      (b)     Peluasan kuasa tahun 1861
        i.    Masalah kekacauan di Sungai Rajang.
       ii..     Sultan Mu’mein serahkan Sungai Rajang
      iii.   Sultan terima 4500 dolar setahun.
        (c)   Peluasan kuasa tahun 1883
        i.      Pembunuhan peniaga Sarawak oleh
               orang Murut di lembangan  Sungai Trusan.
        ii.     Kawasan itu diserahkan oleh Sultan Brunei
               dengan  sebanyak 4500 dolar.
(d)   Peluasan kuasa tahun 1905
        i.   Charles Brooke beli Lawas dr Sultan Hashim Jalal.
        ii.  Keluarga Brooke  meluaskan wilayahnya hingga
              ke sempadan Brunei.
(4)   Sistem Pentadbiran keluarga Brooke
1.     Memperkenalkan sistem beraja
2.     Melibatkan pemimpin tempatan dalam pentadbiran.
3.     Datu Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung dilantik  membantu James Brooke mentadbir Sarawak.
4.     Mereka bertanggungjawab menasihati beliau dalam hal undang-undang dan adat tempatan.
5.     Membentuk Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
6.     Sarawak dibahagikan lima bahagian, iaitu Bahagian Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima.
7.     Setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bahagian.
8.     Jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kehakiman, Polis, Kastam dan Cukai serta Jabatan Pos.
9.     Membina Balai Polis
10.   Pasukan Sarawak Rangers berpakaian seragam ditubuhkan untuk menjaga keselamatan Sarawak.
11.   Bendera pertama Sarawak diperkenallan oleh James Brooke pada tahun 1848.
12.   Astana keluarga Brooke dibina
13.   Mahkamah keadilan ditubuhkan.
14. Kes sivil dikalangan orang Melayu, orang Dayak, dan orang Cina - diadili oleh ketua-ketua mereka.
15.  Kes jenayah dan kes yang melibatkan lebih daripada satu suku kaum akan dihakimi oleh Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen.

(5)   Pemimpin tempatan dlm pentadbiran Brooke
1.     Majlis Tertinggi
  1. Terdiri dr Residen Bahagian Pertama dan empat orang Datu Melayu.
    1. nasihati James Brooke
    2. buat semua dasar
    3. lulus undang & peraturan yang berkaitan  pentadbiran negeri Sarawak.
2.     Majlis Negeri
  1. Terdiri daripada ketua kaum bumiputera.
    1. pemimpin bumiputera bersidang tiga tahun sekali bagi menyuarakan pandangan serta mengambil bahagian dalam pentadbiran.
3.     Majlis Bahagian;
  1. Terdiri Residen, Penolong Residen, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak Negeri dan Ketua kampung.
-     Nasihati Residen,
-     Ketuai ketenteraan
-     Jaga keamanan
-     Kutip cukai.
(6)   Pengaruh British di Sarawak melalui perjanjian.
1.  British menandatangani perjanjian dengan Charles Brooke pada tahun 1888.
2.     Sarawak jadi negeri naungan British.
3.     Syarat perjanjian 1888 ialah;
  1. British melindungi Sarawak dari serangan musuh.
  2. Keluarga Brooke memerintah negeri dengan bebas.
  3. Hal ehwal luar negeri di bawah kawalan British.
(7)   Perlembagaan Sarawak 1941
1.     Charles Vyner Brooke kemukakan cadangan Perlembagaan Sarawak.
2.     Charles Vyner Brooke isytiharkan perlembagan
3.     Perisytiharan sempena perayaan 100 tahun pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak.
4.     Perlembagaan 1941-perlembagaan bertulis pertama di Sarawak menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak.
5.     Perlembagaan ini tidak sempat dilaksanakan kerana Perang Dunia Kedua meletus.
6.     Isi kandungan Perlembagaan Sarawak 1941
  1. Charles Vyner Brooke serahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri
  2. Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi.
  3. Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan kewangan.
  4. Raja mempunyai kuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri.
  5. Raja Brooke melantik kebanyakkan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.

(8)   Perubahan Ekonomi dibwh pentadbiran Brooke
1.     Tidak galak kemasukan pelabur luar secara besar-besaran. - bertujuan menjaga kepentingan ekonomi
2.     Menggiatkan meneroka hasil hutan, tanaman baru, tanaman tradisional dan kegiatan perlombongan.
3.     Mengeluarkan mata wangnya sendiri.
4.     Orang Cina dalam perdagangan dan perlombongan.
5.     Pembangunan tidak seimbang kerana tertumpu di Bhgn 1 dan 2.
6.   Meneroka kekayaan hasil hutan  seperti sarang burung, rotan, getah jelutung, kapur barus,dammar,kayu balak.
        Sarang burung;
  1. Dikutip di gua batu kapur,  di Gua Niah.
Hasil-hasil hutan lain
  1. Hasil rotan dieksport ke Eropah.
  2. Getah didapati daripada pokok jelutung dan dieksport ke Amerika Syarikat.
7.   Pembalakan  oleh  Syarikat Borneo dan orang Cina di  
       Sungai Rajang.
8.     Tanaman tradisional -kelapa, gambir, lada hitam, sagu atau rumbia ditanam secara meluas dan dieksport.
9.     Tanaman baru utk eksport seperti getah dan tembakau.
       (a)    Getah - Diusahakan oleh pekebun kecil. Eksport
              kedua Sarawak selepas minyak.
      (b)   Gambir - tanaman untuk eksport.
       ©   Kelapa - Ditanam oleh orang Melayu, di Bahagian
             Pertama dan Bahagian Kedua.
      (d) Lada hitam - Ditanam oleh penduduk Cina,
             di Bahagian Pertama dan Bahagian Ketiga.
       (e) Tembakau - Ditanam di Lundu. Dieksport ke
             London.
        (f) Sagu
  1. Ditanam di Sg Igan, Oya, Mukah dan Bintulu.
  2. Kilang memproses sagu di Kuching diusahakan oleh pedagang Cina.
  3. Sagu diambil daripada batang rumbia.
  4. Batang rumbia ditebang, diikat dan ditinggalkan di dalam sungai untuk melembutkannya.
  5. Dibelah untuk mendapatkan isinya yang dipanggil ripo, dan seterusnya dimasak di atas api.
10   Kegiatan perlombongan
i.              antimoni, emas, arang batu, raksa dan minyak
ii.              Syarikat Borneo Bhd.  Ibu pejabatnya terletak di Singapura. menjalankan kegiatan perlombongan
11.   Emas
  1. Mulanya emas dilombong di bau oleh org Cina.
  2. Tahun 1857, pelombong Cina memberontak kerana tidak berpuas hati dgn cukai yang dikenakan oleh kerajaan Brooke.
  3. Pemberontakan dipatahkan oleh Brooke dan pelombong Cina melarikan diri ke Sambas
  4. Kemudiannya diusahakan oleh Syarikat Borneo.
  5. Emas adalah bahan eksport penting
12.   Arang batu - Diusahakan mulai tahun 1889.
13. Antimoni
  1. Brooke memberi monopoli melombong antimoni kepada Syarikat Borneo.
  2. Syarikat Borneo menjalankan kegiatan perlombongan antimoni di Bau dan Kuching.
  3. Kurun ke-20, antimoni tidak lagi menjadi eksport penting kerana galian ini semakin berkurangan.
14.  Petroleum
  1. Usaha cari gali minyak berkembang apabila  antimoni, emas, arang batu & raksa berkurangan.
  2. The Anglo-Saxon Oil Company mendapat konsesi melombong petroleum di Sarawak.
  3. Telaga petroleum pertama di Miri
  4. Kilang penapis minyak di Lutong

(9)   Perubahan Sosial di pentadbiran Keluarga Brooke
a)     Dasar pecah perintah
1.     Dasar pecah perintah untuk mengukuhkan kuasa
2.     Setiap kaum dipisahkan kegiatan ekonominya.
3.     Orang Melayu dalam bidang pentadbiran
4.    Orang Iban dalam bidang ketenteraan
5.    Org Cina- pertanian, perlombongan dan perdagangan.
6.    Orang India dalam perniagaan kain di Kuching
7.    Orang Sikh bekerja sebagai polis.
8.     Orang Cina tinggal di bandar Miri, Bintulu dan Sibu.
9.    Kaum bumiputera tinggal di kawasan pedalaman.
10.   Dasar Brooke menghalang perpaduan kaum dan menjamin kedudukannya sebagai Raja Sarawak.
b)     Perkembangan bandar
1.     Bandar Kuching, Miri dan Sibu -  pusat pentadbiran dan perdagangan.
2.     Bandar Kuching - ibu negeri dan pusat pentadbiran
3.     Bandar Miri – maju kerana perlombongan petroleum
c)     Kemudahan asas
1      Terhad di bandar-bandar.
2.     Di bandar kemudahan asas seperti jalan raya, air
3.     Bandar - pusat pentadbiran & kegiatan ekonomi.
4.     Kurang memberi perhatian terhadap kemudahan asas di kawasan pedalaman.
d)     Sistem pengangkutan
1.     Bergantung kepada pengangkutan air.
2.     Jalan raya di bandar besar seperti Kuching dan Miri.
3.     Landasan kereta api -hubungkan Kuching dgn Bau.
4. Perkhidmatan kereta api diberhentikan akibat kemelesetan ekonomi.
5.     Perkhidmatan syarikat perkapalan seperti Singapura and Sarawak Steamship Company.
6.     Perkhidmatan kapal terbang air menghubungkan bandar Kuching dengan Singapura  diwujudkan.
7.     Kapal terbang air - kapal terbang pertama yang mendarat di Sungai Sarawak
8.     Motosikal diperkenalkan di Kuching
9.     Pengangkutan bas di Kuching
e)     Sistem Perhubungan
1.     Perkhidmatan pos, telegraf dan telefon
2.     Perkhidmatan telegraf ant Kuching dgn  Singapura.
3.     Pejabat Pos dibina
4.     Penggunaan setem
5.     Setem pertama dikeluarkan pada tahun 1869 - terdapat gambar keluarga Brooke.
f)     Perkhidmatan Kesihatan
1.     Pembinaan hospital dan klinik oleh mubaligh Kristian
2.    Hospital di bandar besar seperti Kuching dan Sibu
3.     Kemudahan kesihatan kurang di  pedalaman.
4.     Jabatan Hospital di Sarawak diwujudkan.Dikenali sebagai Pavillion.
g)    Perkembangan pendidikan
1.     Pendidikan moden kurang diberi perhatian.
2.     Keluarga Brooke sendiri tidak yakin bahawa sistem pendidikan barat sesuai dengan penduduk tempatan.
3.     Charles bina sekolah utk orang Melayu dan  Cina
4.     Tidak galakkan sekolah untuk orang Dayak kerana mahu mengekalkan cara hidup tradisional mereka.
5.    Sekolah Rendah Melayu
  1. Sekolah rendah pengantar bahasa Melayu dibina
  2. Melatih orang Melayu untuk menjadi guru Sekolah Melayu serta kakitangan rendah kerajaan.
  3. Guna buku dari Tanah Melayu.
  4. Guru-guru di sekolah kerajaan dilatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim.
  5. Maktab Perguruan Kent melatih guru untuk sekolah Melayu.
  6. Sekolah Melayu yg dibina oleh kerajaan ialah sekolah Merpati Jepang &Sekolah Encik Buyong.
  7. Sekolah ini kemudiannya digabungkan menjadi madrasah Melayu.
6.     Sekolah Inggeris;
  1. Galakkan mubaligh Kristian dirikan sekolah Inggeris.
  2. Sekolah St. Thomas,  Sekolah St. Mary dan Sekolah St. Teresa  di Kuching.
  3. Sekolah Anglikan dibina
  4. Sekolah Katolik dibina
7.     Sekolah Cina
  1. Dibiayai dan diurus oleh orang Cina.
  2. Guru-guru, sukatan pelajaran dan buku-buku dibawa dari negara Cina.
.8.   Sekolah Melanau - didirikan.
9.     Sekolah Dayak; -  Bilangan Sekolah Dayak tiada
         pertambahan iaitu hanya sebuah  sahaja
10.   Jabatan Pelajaran
       i.       Jabatan Pelajaran di Kuching - bertujuan
mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak.
  1. Semua sekolah ditubuhkan mesti berdaftar dengan jabatan ini
Kesimpulan
1.     Kelemahan kepimpinan pembesar Brunei menyebabkan campur tangan James Brooke di Sarawak
2.     Penggunaan kuasa tentera membolehkan keluarga Brooke meluaskan kuasa
3.     Keluarga Brooke mengeksplotasi hasil bumi Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan