Khamis, 28 Oktober 2010

Nota sejarah T2 B6

BAB 6    :  BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI

(1)   Tanaman Tradisional
(a)   Lada hitam dan gambir
1.  Di Pulau Pinang, Selangor, N. Sembilan dan Sarawak.
2.     Lada hitam dan gambir  di Johor
4.     Gambir bahan pewarna untuk mencelup sutera.
(b)   Buah pala dan cengkih
1.    Ditanam di Pulau Pinang.
2.     Buah pala lebih diutamakan kerana harga tinggi.
3.     Buah pala dieksport ke Eropah dan Cina.
4.     Tanaman buah pala mengalami kemerosotan selepas tahun 1850-an kerana harganya tidak stabil.
5.     Bunga cengkih dikeringkan dijadikan ubat dan diekport ke China.
c)     Tebu
1.     Ditanam di Seberang Perai dan Perak
2.     Permintaan  gula meningkat di pasaran dunia.
3.     Seberang Perai pengeluaran gula di Negeri Selat.
4.     Perak pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu.
5.     Gula eksport penting  selama hampir 50 tahun.
e)     Ubi kayu
1.     di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. 
f)     Nanas
1.     Industri mengetin nanas di Perak,Selangor dan Johor.
2.    Sebelum Perang Dunia ke 2, Tanah Melayu  pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia.

(2)   Tanaman baru
(a)   Kopi
1.     Di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
2.     Harga kopi meningkat di pasaran dunia.
3.     Tanaman kopi berasal dari Afrika
4.    Eksport penting  sehingga akhir kurun ke-19
(b)   Kelapa sawit
1.     Diperkenalkan di Kuala Selangor
2.     Berasal dari Afrika
3.     Tahun 1920-an, minyak kelapa sawit mula dieksport.
4.     Johor pengeksport utama kelapa sawit
5.     Ladang kelapa sawit dibuka di Perak.
(c)   Tembakau
1.     Ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang.
(d)   Teh
1.     Dusahakan di Cameron Highlands, Pahang.
2.     Teh yang dihasilkan di Tanah Melayu adalah bermutu tinggi dan dikenali sebagai “Teh Ceylon”.

(3)   Perusahaan getah
a)     Pengenalan tanaman getah
1.     Akhir kurun ke-19, harga kopi jatuh di pasaran dunia.
2.     Getah tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi.
3.     Getah berasal dari Brazil. - jenis Hevea Brasilliensis.
4.     H.N. Ridley galakkan penanaman getah d
5.     Biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham.
6.     Biji-biji getah disemai di Kew Garden, England.
7.     3000 benih getah dihantar ke negara naungan British terutamanya Sri Lanka.
8.     Batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden.
9.     Dari Singapura, beberapa batang anak pokok getah dibawa ke Kuala Kangsar
10. Ditanam di halaman kediaman Residen Perak.
(b)   Perkembangan tanaman getah
1.  Permintaan getah meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar
2.     Ladang di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor.
3.     syarikat Eropah spt Sime Darby, Guthrie, Harrisons & Crosfield dan United Plaintations.
4.     Penduduk tempatan usahakan tanaman secara kebun
(c)   Faktor Perkembangan Perusahaan getah
1.     Kejatuhan harga kopi
  1. Harga kopi jatuh kerana pengeluaran kopi yang berlebihan di Brazil.
  2. Pokok kopi hadapi serangan serangga perosak.
2.     Permintaan terhadap getah meningkat
  1. Getah diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah.
  2. Getah - kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik.
3.     Tenaga buruh India mencukupi
  1. Britsh membawa masuk buruh dari India
  2. Bekerja di ladang-ladang getah.
4.     Usaha H.N. Ridley
  1. memperkenalkan kaedah menoreh ikut sistem ibedem -tingkatkan pengeluaran susu getah.
5.     Pelaburan modal
  1. Syarikat besar Eropah - Sime Darby dan Guthrie
6.     Cukai yang rendah
  1. Kerajaan British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah.
(d)   Kemelesetan ekonomi menjejaskan perusahaan
1.     Tahun 1930-an, kemelesetan ekonomi dunia.
3.     Harga getah dunia  jatuh
4.     Harga dan permintaan getah di negara kita  merosot.
(e)   Langkah menstabilkan harga getah
1.     Rancangan Sekatan Stevenson 1922;
  1. Tingkatkan harga, kurangkan pengeluaran getah
  2. Disertai negara di bawah naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka.
  3. Belanda di Indonesia enggan menyertainya.
  4. Rancangan tidak dapat mencapai matlamatnya,
  5. Rancangan ditamatkan oleh kerajaan British
2.     Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa 1934
  1. Kurangkan pengeluaran dan stabilkan harga getah
  2. Negara menyertai - Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, Indo China dan Thailand.
  3. Setiap negara dikehendaki kurangkan pengeluaran getah mengikut kuota  ditetapkan.
  4. Berjaya meningkatkan semula harga getah
(f)    Persaingan antara getah dan getah tiruan
1.     Pengeluaran getah asli mendapat cabaran baru apabila A.S memperkenalkan getah tiruan.
2.     Getah tiruan dihasilkan apabila bekalan getah asli di pasaran dunia terputus akibat Perang Dunia Kedua.

(4)   Perusahaan Perlombongan
a)     Galian selain bijih timah
1.    Emas
  1. Dilombong secara komersial di Raub, Pahang.
  2. Diusahakan oleh syarikat dari Australia.
2.     Arang batu
  1. Dilombong di Batu Arang, Selangor
  2. Untuk keperluan Kereta Api Tanah Melayu.
3.     Bauksit
  1. Logam untuk membuat aluminium.
  2. Dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor serta Teluk Emas, Melaka
4.     Bijih besi
  1. Dilombong di Bukit Besi, Terengganu, dan Rompin, Pahang
  2. Lombong bijih besi di  Kedah, Perak dan Johor.
5.     Ilmanit
  1. Galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah.
  2. Ilmanit dihasilkan di Batang Padang, Perak.
b)     Perkembangan awal perlombongan bijih timah
1.     Hasil galian terpenting
2.     Sebelum campur tangan British, kegiatan melombong bijih timah  diusahakan oleh orang Melayu
3.     cara mendulang dan melampan.
4.     Orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah yang dimiliki oleh pembesar Melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang.
5.     Orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu.

(c)  Kaedah melombong cara tradisional
1.     Mendulang
  1. Dilakukan oleh orang perempuan.
  2. Mencedok pasir yang mengandungi bijih timah dan membasuhnya
2.     Melampan
  1. Pekerja memasukkan longgokan tanah yang mengandungi bijih timah ke dalam air semula jadi atau palung yang diperbuat daripada kayu.
  2. Penyodok kayu digunakan untuk menolak dan mengacau longgokan tanah mengikut aliran air.
  3. Tanah akan hanyut dan meninggalkan bijih timah yang lebih berat.

d)     Penglibatan orang Cina
1.     Lombong dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan Lembah Kinta, Perak.
2.     Orang Cina memperkenalkan kaedah
       i. sistem lombong dedah
      ii. pam kelikir
     iii. palung.
3.     Kaedah lombong dedah memerlukan ramai buruh
4.     Kaedah pam kelikir menggunakan pam untuk memancutkan air yang kuat bagi memecah tanah yang mengandungi bijih timah.
5.     Lumpur dipam naik ke palung untuk mendapatkan bijih timah.
6.     Palung dibina dengan membuat sekatan-sekatan kayu. Apabila lumpur dialirkan, bijih timah akan tersangkut pada sekatan-sekatan tersebut.
7.     Orang Cina menguasai kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sehingga kurun ke-19.

e)     Penglibatan syarikat-syarikat Eropah
1.     Revolusi Perindustrian di Eropah - permintaan terhadap bijih timah  meningkat.
2.     Bijih timah dalam perusahaan mengetin makanan.
3.     Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar
4.     Syarikat  Eropah menggunakan kapal korek
5.     Kapal korek buat pertama kalinya digunakan oleh Syarikat Malaya Tin Dredging di Batu Gajah, Perak
6.     Orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah
f)     Kejatuhan harga bijih timah
1.     Pada tahun 1930-an, harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia.
2.     Bagi memulihkan semula harga, Perjanjian Bijih timah Antarabangsa ditandatangani pada tahun 1931.
3.     Negara terlibat- Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia.
4.    Bersetuju mengurangkan pengeluaran bijih timah
5.     Majlis Bijih Timah Antarabangsa - untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah.
6.     Perjanjian ini menstabilkan semula harga bijih timah.

(5)   Pengeluaran hasil hutan
a)     secara tradisional berubah menjadi komersial
1.     kaya dengan hasil hutan.
2.     Kegiatan tradisional dikenali meramu.
3.     Apabila British memerintah, hasil hutan jadi ekonomi bercorak komersial.
4.     Jabatan Perhutanan -uruskan pengeluaran hasil hutan
b)     Damar
1.     Diperoleh drp getah pelbagai jenis pokok di hutan.
2.     Digunakan  menutup renggangan pada papan perahu.
3.     Banyak dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan untuk menggilap permukaan papan atau rotan.
c)     Getah perca
1.     Diperoleh drp pokok getah perca yg tumbuh di hutan.
2.     Batang pokok getah perca ditetak untuk mengeluarkan susunya. Susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau jongkong.
3.     Untuk membuat alatan bedah, bola golf dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut.
d)     Getah Jelutung
1.     Diperoleh drp pokok getah jelutung dengan dikumpul menggunakan tabung buluh.
2.     Untuk keperluan eksport.
3.     Dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu.
e)     Rotan
1.     Dikeluarkan untuk kegunaan dalam negeri dan dieksport  terutamanya ke China.
2.     Dijadikan bakul, tikar, tongkat, tangkai payung, perabot, barangan kraftangan.
f)     Pembalakan
1.   Gajah  untuk menarik balak keluar dari hutan.
2.     Hasil pembalakan  dieksport ke China dan Britain.
3.     Kayu balak diusahakan -cengal, meranti dan keruing.
4.     Diguna sebagai bahan binaan, membuat perabot,
5.   Tahun 1928, British memperkenalkan pelesenan kilang papan. – tujuan untuk mengawal kegiatan pembalakan dan industri berasaskan kayu.

(6)   Dasar ekonomi British
a)     Kegiatan ekonomi dagangan
1.     Memajukan kegiatan perlombongan, perladangan dan perdagangan terutamanya di kawasan pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.
3.     Dijalankan secara besar-besaran menggunakan teknologi moden.
b)     Kegiatan ekonomi tradisional
1.     Kegiatan ekonomi tradisional - padi dan ikan.
2.     Dijalankan oleh orang Melayu di luar bandar.
3.     British mengabaikan ekonomi tradisional.
4.     British mewujudkan dwiekonomi iaitu kegiatan ekonomi dagangan dan kegiatan ekonomi tradisional.
5.     Perkembangan yang tidak seimbang antara dua sistem ekonomi mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar.

c)     Dwiekonomi
1.     Ciri-ciri ekonomi tradisional;
  1. Bercorak sara diri.
  2. Dijalankan oleh orang Melayu di luar bandar.
  3. kegiatan menanam padi dan menangkap ikan.
  4. peralatan tradisional seperti cangkul, tajak
  5. Tidak menggunakan tenaga buruh yang ramai.
  6. Melibatkan modal yang kecil.
2.     Ciri-ciri ekonomi dagangan;
  1. Berorientasikan eksport.
  2. Dikuasai oleh syarikat Eropah.
  3. perlombongan bijih timah dan perusahaan getah.
  4. teknologi moden-mesinhidraulik dan kapal korek
  5. Menggunakan tenaga buruuh yang ramai.
  6. Melibatkan pelaburan modal yang besar.
7.     Penggunaan buruh luar
1.     Imigran Cina
i.         Dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah
ii.        Berasal dari selatan Cina.
iii.      Dibawa masuk melalui Sistem Kontrak.
iv.      Ada juga orang Cina yang datang ke Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja dalam sektor pertanian  & jadi pekerja mahir di bandar.
Sistem Kontrak;
Ø       Orang Cina dibawa masuk oleh pihak majikan.
Ø       Tambang dibayar oleh majikan
Ø       Makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan
Ø       Dkehendaki bekerja dengan majikan
Ø       Buruh Cina akan bekerja sehingga hutang tambang untuk membawa mereka masuk ke Tanah Melayu selesai.
Ø       Setelah tamat kontrak, mereka bebas untuk bekerja dengan majikan lain.

 
 










2.     Imigran India
i.         bekerja di ladang-ladang getah.
ii.        berasal dari selatan India.
iii.      dibawa masuk melalui Sistem Kangani.
iv.      Ada juga orang India yang diambil bekerja untuk membina jalan kereta api, jalan raya serta menjadi buruh di bandar dan pelabuhan.
Sistem Kangani
Ø       Kangani ialah penyelia di ladang getah.
Ø       Dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh.
Ø       Kangani uruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh berkenaan sehingga selamat tiba di ladang majikannya di Tanah Melayu.
Ø       Kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk.
Ø       Buruh  diletakkan di bawah jagaan Kangani
Ø      Dkehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang mereka itu selesai.
 
 















(8) Pengenalan kaum mengikut petempatan/ekonomi
1.     British membiarkan setiap kaum tinggal di kawasan yang berasingan.
2.     Orang Cina di kawasan perlombongan dan di bandar serta terlibat dalam bidang perniagaan.
3.     Orang India tinggal dan bekerja di ladang getah.
4.     Penduduk tempatan menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan tinggal di luar bandar
5.     Penduduk tempatan  sebagai petani dan nelayan.
6.     Masyarakat peribumi terus terpisah daripada perkembangan ekonomi moden.
7.     Mewujudkan jurang ekonomi antara kaum tersebut.
8.     Kemasukan buruh asing membentuk masyarakat berbilang kaum

(9)   Perkembangan pengangkutan kereta api
1.     Perkhidmatan kereta api diperkenalkan
.       Pembinaan Fasa Pertama (1885-1896)
  1. Dibina memenuhi keperluan pelombongan
  2. Landasan kereta api pendek dibina  menghubungkan kaw lombong dengan pelabuhan
  3. Landasan Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang), Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang), Seremban ke Port Dickson, Ipoh, Batu Gajah dan Tapah ke Teluk Anson (Teluk Intan).
  4. Perasmian landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang
        Pembinaan Fasa Kedua (1897-1909)
  1. Menghubungkan utara - selatan Sem T. Melayu
  2. Berlaku setelah Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
  3. Pada tahun 1903, Kereta Api Negeri-Negeri Tanah Melayu Bersekutu telah ditubuhkan.
  4. Namanya ditukar Kereta Api T.Melayu (KTM).
  5. Pada hari ini, KTM dikenali sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).
      Pembinaan Fasa Ketiga (1910-1913)
  1.  Dibina selepas British perluaskan pengaruhnya ke Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
  2. Dibina menghubungkan seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
  3. Menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur
  4. Menghubungkan Utara dan Selatan iaitu dari Padang Besar di Perlis ke Singapura.
  5. Terengganu dan Melaka tidak mempunyai landasan kereta api.

(10) Perkembangan pengangkutan jalan raya
1.     Menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api.
2.     Jalan raya dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban.
3.     Apabila berlaku peningkatan penggunaan kenderaan bermotor, rangkaian jalan raya semakin pesat.
4.     Kereta lembu digunakan untuk meratakan jalan raya
5.     Jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan dengan kenderaan bermotor.
6.     Menghubungkan kawasan ekonomi dgn pelabuhan.
7.     Dibina antara bandar besar dengan bandar kecil.

(11) Perkembangan pengangkutan laut
1.     Pengenalan perkhidmatan kapal wap.
2.     Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura - perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di negeri-negeri Melayu.
3.     Kapal susur pantai membawa bekalan makanan, jentera dan tenaga buruh untuk perusahaan perlombongan bijih timah.
4.     Kapal wap The SS Perak memberi perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang.
(12) Perkembangan pengangkutan udara
1.     Wearne bersaudara memperkenalkan perkhidmatan penerbangan awam pertama di Tanah Melayu.
2.     Syarikat Wearne Air Service ditubuhkan. Beribu pejabat di Singapura.
3.     Kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat Wearne adalah jenis kipas dua, iaitu D.H.Rapides.
4.     Selepas Perang Dunia Kedua, perkhidmatan penerbangan awam dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Tanah Melayu.
(13) Perkembangan Sistem Perhubungan
1.     sistem pos, telegraf, telefon dan radio.
2.     Perhubungan antara negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan negara lain dibuat dengan pantas.
3.     Sistem perhubungan diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan dan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan.
4.     Sistem pos dan telegraf adalah sistem perhubungan yang cepat berkembang.
5.     Bangunan pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak pada tahun 1870-an.
(14) Kemajuan perkhidmatan kesihatan
1.   Hospital kerajaan awal di bandar besar
2.     Hospital turut dibina di ladang getah
3.  Pusat kesihatan kecil di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk kemudahan penduduk di luar bandar.
4.     Institusi Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur - membuat penyelidikan bagi mencari punca, rawatan dan langkah pencegahan penyakit bahaya
5.     Lembaga kesihatan - memastikan kebersihan bandar.
(15) Kemajuan sistem pengairan
1.     Jabatan Parit dan Tali Air untuk memajukan tanaman padi sawah.
2.  Kawasan padi dibuka di Sungai Manik, Perak dan Tanjong Karang, Selangor.
3.     Kedah mempunyai sistem pengairan yang sempurna untuk penanaman padi
4.     Terusan tersebut ialah Terusan Wan Mat Saman dari Alor Setar ke Gurun.
5.     Terusan dibina dengan menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul.
6.     Unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untuk memastikan terusan digali lurus.
7.     Wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah yang pertama), merupakan tokoh yang bertanggungjawab membina Terusan Wan Mat Saman.

(16) Kemajuan sistem tenaga elektrik
1.     tenaga elektrik  disalurkan ke Pulau Pinang dan KL.
2.     Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik.
3.     Empangan Chenderoh dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited.
4.     Tujuan asal pembinaan empangan - mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta.

(17) Perkembangn Bandar baru
1.     Bandar Ipoh
  1. Terletak di Lembah Kinta.
  2. Asal usul nama bandar Ipoh dikaitkan dengan Pokok ipuh.
  3. Ipoh dibuka sejak kurun ke-16 lagi dan didiami oleh orang-orang Melayu.
  4. Ipoh berkembang apabila Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina.
  5. Ipoh kemudiannya berkembang menjadi bandar menjadi bandar yang sibuk.
  6. Pada tahun 1935, Ipoh menjadi ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping.
2.     Bandar Taiping
  1. Taiping terletak dalam daerah Larut.
  2. Nama asal Taiping ialah Kelian Pauh.
  3. Orang Cina dibawa masuk ke Larut dan membuka petempatan  di Kelian Pauh (Taiping)
  4. Selepas perang Larut tamat, British menyusun semula pentadbiran Larut.
  5. Nama Kelian Pauh ditukar kepada Taiping yang bermaksud “Kediaman yang abadi”.
  6. Taiping dijadikan ibu negeri Perak.

3.     Bandar Kuala Lumpur
  1. Raja Abdullah, pembesar daerah Klang meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka kawasan perlombongan bijih timah.
  2. Kawasan itu berlumpur, maka kawasan  dikenali sebagai Kuala Lumpur.
  3. orang Cina dibawa masuk untuk kegiatan melombong bijih timah di sekitar Kuala Lumpur.
  4. Kuala Lumpur pusat perdagangan yang maju.
  5. Orang yang membangunkan KL - Yap Ah Loy.
  6. Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang.
  7. British menjadikan KL sebagai pusat bandar.
  8. Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  9. Bangunan terkenal untuk tujuan pentadbiran ialah Bangunan Sultan Abdul Samad - pernah menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
  10. Kini, bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  11. Kuala Lumpur kini menjadi ibu negara Malaysia.

(17) Dasar British terhadap Pendidikan
(a)   Sekolah Melayu
1.     Sekolah Melayu memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan.
2.     Anak-anak Melayu diajar 3M iaitu menulis, membaca dan mengira
3.     Belajar ilmu geografi, pertukangan & perkebunan.
4.     Sekolah Melayu - pendidikan rendah sehingga darjah enam.
5.  Sekolah Melayu terawal  - Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang
6.     Sebuah lagi sekolah Melayu awal di Pulau Pinang ialah Sekolah Melayu Bayan Lepas.
7.     Sekolah-sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai dan Melaka.
8.     Ia juga dibuka negeri-negeri Melayu yang lain seperti Sekolah Melayu di Langga, Pekan, Pahang.
9.     Sekolah Melayu berkembang di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Sekolah Melayu di Lubuk Periok, Terengganu pada awal kurun ke-20.
10.   Pihak British tidak berhasrat untuk memajukan pendidikan di kalangan anak Melayu.
11.   Pendidikan diberi sekadar menjadikan orang Melayu sbagai petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.
12.   Sekolah menengah Melayu tidak disediakan untuk orang Melayu menyambung pelajaran.
13.   Lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru dan polis.
14.   Orang Melayu berpeluang menjawat jawatan rendah di jabatan kerajaan.
15.   Lulusan sekolah Melayu turut berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab perguruan.
16.   Maktab Perguruan melatih guru-guru sekolah Melayu.
17.   Maktab perguruan ditubuhkan
       i.  Maktab Perguruan Melaka
       ii. Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim,
       iii.Maktab PerguruanPerempuan Melayu Melaka
18.   Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)  dinaiktaraf kepada Universiti dan diberi nama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

(b)   Sekolah Cina
1.     Diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina.
2.     Tertumpu di kawasan bandar.
3.     Menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina
4.     Pendidikan sekolah rendah -  selama enam tahun.
5.     Ada sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat menengah.
6.     Buku-buku dan sukatan pelajaran dari nngara Cina.
7.     Guru  dibawa dari Cina.
8.     Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British untuk mengawal sekolah-sekolah Cina ini.
9      Menurut enakmen ini, semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan.
10.   Enakmen  memberi kuasa kepada Pengarah Pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak mengikut syarat pengurusan, sukatan pelajaran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan.

(c)   Sekolah Tamil
1.     Diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India.
2.     Didirikan di kawasan ladang getah.
3.     Sukatan pelajaran, buku , guru dibawa dari India.
4.     Segelintir penyelia lading/kangani menjadi pengajar.
5.     Pendidikan di peringkat rendah sahaja.
6.     Murid Sekolah Tamil bersekolah hingga darjah empat.
7.     British memperkenalkan Undang-undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya.
8.     sekolah Tamil di bandar - Sekolah Thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur.
9.     Masyarakat India yang kaya menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Inggeris yang lebih sempurna.

d)     Sekolah Inggeris
1.     Penang Free School dan Melacca Free School
2.     tertumpu di kawasan bandar.
3.     Awalnya ditubuhkan oleh mubaligh Kristian. Contohnya Victoria Institution
4.     Sekolah Inggeris sediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kpd semua kaum.
5.     Sukatan pelajaran ikut sistem pendidikan di England.
6.     Lulusan Sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran
7.     Berpeluang menjawat jawatan yang lebih baik dalam perkhidmatan kerajaan.
8.     Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan oleh British -  pendidikan Inggeris hingga peringkat menengah kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu.
9.     Kolej Melayu dibina dengan tujuan melatih anak-anak bangsawan Melayu untuk berkhidmat dengan British.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan