BAB 10 : SARAWAK
(1) Latar belakang sejarah Sarawak
1. Nama berasal nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak .
2. Kewujudan manusia dijumpai kira-kira 40 ribu tahun dahulu.
3. Buktinya ialah
i. tinggalan tembikar
ii. kapak, pisau daripada batu
iii. lukisan yang diconteng pada dinding gua.
4. Negeri terawal diduduki oleh manusia
(2) Pertalian Sarawak dgn Kesultanan Brunei dan Sulu.
1. Ditadbir Kesultanan Brunei sejak abad 15.
2. bahagikan Sarawak kpd unit jajahan.
3. Setiap unit jajahan ditadbir oleh seorang pembesar yang mempunyai kuasa autonomi.
4. Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap
5. Sungai Sarawak (Kuching) ditadbir oleh Pangeran Mahkota.
(3) Masyarakat Sarawak
1. Terbahagi mengikut kawasan penempatan
i. persisiran pantai
ii. lembah sungai
iii. pedalaman dan tanah tinggi.
2. Kawasan paling padat penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di barat Kuching dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.
3. Corak penempatan & taburan penduduknya berselera menyebabkan mereka kurang berhubung dgn orang luar
(a) Masyarakat di persisiran pantai.
1. Orang Melayu duduki kawasan Kuching, Simanggang, Sibu, Mukah, Oya, Saribas dan Tanjung Datu.
2. Orang Melanau duduki Lembah Utara Rajang, Mukah, Oya dan Bintulu.
b) Masyarakat di Lembah sungai.
1. Orang Iban tinggal di kawasan Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rajang.
2. Orang Bidayuh tinggal di Singgai, Sadong, Sungai Kayan.
3. Orang Kenyah tinggal di kawasan Batang Baram, Ulu Batang, Rajah, Balui.
c) Masyarakat di pedalaman.
1. Orang Kelabit tinggal di kawasan Lembah Terusan, Sungai Baram.
2. Orang Penan menduduki kawasan Hutan Baram dan Sungai Rajang.
3. Orang Murut menduduki kawasan kaki bukit dan gunung di utara Sarawak dan di kawasan Sungai Trusan dan Limbang.
(3) Kegiatan sosiobudaya
a) Pendidikan.
1. Penduduk bumiputera menerima pendidikan tidak formal dan formal.
2. Pendidikan tidak formal melalui cerita lisan yang berkaitan amalan dan kepercayaan turun-temurun spt cara berburu dan pungut hasil hutan.
3. Pendidikan formal berkaitan agama yang dijalankan di masjid dan sekolah agama.
4. Pendidikan agama Islam - membaca al-Quran dan menulis jawi diajar kepada etnik yang beragama Islam.
5. Pendidikan berkaitan hukum Islam spt cara melaksanakan ibadat diajar oleh guru al-Quran, imam dan lebai.
b) Peraturan dan adat resam.
1. Bagi masyarakat beragama Islam cara hidup dan adatnya berasaskan ajaran Islam,
2. Bagi masyarakat bukan Islam, cara hidup berasaskan warisan turun-temurun
3. Masyarakat bumiputera Sarawak mempunyai tuai rumah - bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan
4. Tuai rumah selesaikan masalah perkahwinan, perceraian, peraturan dan perayaan.
5. Dua upacara ditentukan oleh tuai rumah
i. tarikh Hari Gawai (pesta menuai)
ii. tarikh perayaan ‘Beranyi’.
6. Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yg dipanggil tajau.
7. Tajau diwarisi turun-temurun, bernilai, dianggap suci dan dihormati.
8. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.
9. Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang-gelang timah atau tembaga hingga cuping telinga menjadi lanjut.
10. Menindik telinga gambarkan kecantikan.
11. Jenis anting-anting yang digunakan akan menggambarkan status yang berbeza.
12. Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah - amalan melukis tatu pada badan.
13. Orang Melayu Sarawak amalkan peraturan adat resam berasaskan agama Islam.
14. Orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu masih tinggal di rumah panjang.
15. Rumah panjang spt sebuah perkampungan.
16. Tuai rumah menjaga keamanan anak buah.
c) Kebudayaan.
1. Orang Melanau merayakan perayaan Kaul.
2. Ciri-ciri perayaan Kaul
i. Menjamu ipok yang mengawal laut.
ii. Tujuan perayaan untuk memperoleh hasil tangkapan yang memuaskan, selamat ketika di laut dan mengelakkan penyakit.
iii. serahang yang diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah akan dimasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai (rokok daun) dan sirih.
iv. Serahang inilah yang disediakan untuk menjamu ipok.
3. Orang Iban merayakan perayaan Gawai (Pesta Menuai).
i. Jenis Hari Gawai - Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang dan Gawai Antu
ii. Tarian Ngajat sebagai tanda kesyukuran dalam pesta menuai padi.
4. Di kalangan orang Melayu Sarawak, seni tradisi mereka dinamakan bergendang.
i. hanya kaum lelaki yang menari.
ii. Kaum perempuan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun.
iii. meliputi permainan muzik, nyanyian, pantun dan tarian.
d) Agama dan kepercayaan.
1. Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya - amalkan kepercayaan animisme.
2. Orang Melanau yang bukan beragama Islam percaya makhluk ghaib yang dipanggil ipok.
3 Orang Penan dikenali sebagai Penan nomad
i. amalkan hidup berpindah - randah, apabila berlakunya kematian.
ii. Dilarang menetap kekal di suatu tempat.
iii. Dilarang menebang pokok besar dan melapangkan kawasan hutan.
4 Kepercayaan orang Iban
i. apabila membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yg ingin didirikan rumah perlu disemah terlebih dahulu.
ii. percaya kepada petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.
iii. Bunyi burung - dikatakan petanda mereka tidak boleh mendirikan rumah di kawasan itu.
(5) Kegiatan ekonomi
a) Sara diri.
1. Menyara hidup dengan
i. menanam padi huma atau padi bukit
ii. jadi nelayan,
iii. pungut hasil hutan
iv. berniaga kecil-kecilan.
2. Orang Iban, Murut, Kenyah dan Kayan di kawasan pedalaman menanam padi, berburu dan memungut hasil hutan
3. Orang Penan di hulu Sungai Baram dan Sungai Rajang - berburu binatang dengan menggunakan sumpitan.
4. Pekerjaaan orang Melayu
i. menanam padi sawah dan kelapa
ii. peniaga kecil-kecilan
iii. orang tengah dalam perniagaan.
5. Kegiatan ekonomi orang Melanau
i. menanam padi sawah
ii. menjadi nelayan.
6. Kegiatan ekonomi orang Bidayuh
i. menanam padi huma
ii. jadi peladang.
7. Kegiatan ekonomi orang Kelabit
i. menanam padi sawah
ii. berburu
iii. pungut hasil hutan.
8. Penduduk di pedalaman -pungut hasil hutan
b) Pertanian
1. Padi huma ditanam di tempat tinggal etnik Iban, Bidayuh dan orang Ulu.
2. Padi sawah ditanam oleh orang Kelabit. Terkenal dengan beras jenis bario.
3. Sagu diusahakan oleh orang Melanau,
i. sagu ini tumbuh di kawasan berpaya
ii. Selepas 10 tahun sagu boleh ditebang
iii. Ripo (isi dalam sagu) dikeluarkan, dijemur hingga kering
iv. diproses sebelum dijadikan tepung sagu yang dikenali sebagai lemantak.
4. Sarawak terkenal sebagai pengeksport sagu.
5. Lada hitam oleh Kedayan dan Murut
6. Sarawak pengeksport lada hitam.
c) Perlombongan
1. Antimoni dan emas bahan galian terpenting
2. Awalnya ditadbir oleh Datu Patinggi Ali.
3. Kaum Bidayuh - kaum aktif dalam kedua-dua perlombongan
4. Orang Cina di Bau, Paku dan Bidi menjalankan kegiatan melombong emas.
d) Perdagangan
1. Kesultanan Melayu Melaka pernah menjalin hubungan perdagangan dengan Sarawak .
2. Barangan Sarawak - lada hitam, halia, kapur barus, sarang burung, emas, permata, ikan
3. Sarawak dikunjungi pedagang Cina utk dapatkan lada hitam, kapur barus, emas, kayu cendana, sumbu badak, telur penyu.
4. Pedagang Cina menjual barangan besi, kaca dan pinggan mangkuk di Santubong.
5. Pedagang Cina, Arab, India dan Kepulauan Melayu membawa barangan tembikar, sutera, barang logam, kain, barang perhiasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan