Khamis, 28 Oktober 2010

Nota sejarah T1 B9

BAB 9    :  WARISAN KESULTANAN

               MELAYU

(1)   Sistem pemerintahan negeri Melayu
a)     Pentadbiran peringkat negeri
1.     Sultan  lambang kedaulatan negeri.
2.     Sultan miliki kesempurnaan,kebolehan, keistimewaan
3.     Kedaulatan melalui kemampuannya melaksanakan undang-undang dengan adil.
4.     Kedaulatan jamin keamanan, kesetiaan dan sokongan
5.    Unsur kukuhkan kedaulatan sultan - kecemerlangan,  
       keunggulan peribadi dan kepahlawanan sultan
6.             Sultan dibantu kerabat diraja & pembesar
7.    Kedaulatan diperkukuh dgn alat kebesaran.
8.  Cap mohor diraja  - alat kebesaran - mengesahkan arahan dan lambang surat rasmi kerajaan.
9.     Alat kebesaran lain - tengkolok atau destar
10    Alat kebesaran tidak boleh digunakan oleh rakyat
11    Warna kuning pada hiasan
12    Payung putih dikhaskan kepada raja
13   Payung kuning digunakan oleh anak raja.
14.   Nobat - alat muzik diraja dalam upacara
i.       pertabalan raja,
ii.     kemangkatan raja dan kerabatnya
iii.    keberangkatan raja ke balairung seri.
15.   Alat muzik nobat terdiri daripada semambu, gong,  nafiri, serunai, dua gendang besar (nakara) dan dua gendang kecil (tabal).
16.   Bahasa dalam/ bahasa istana seperti santap
17.   Rakyat dilarang mengguna bahasa dalam
18.   Perintah sultan mestilah dilaksanakan.
19    Rakyat yang engkar dianggap derhaka.
20    Rakyat menderhaka akan ditimpa tulah.

b)     Pentadbiran peringkat jajahan & daerah
1.     Jajahan dan daerah ditadbir oleh pembesar
2.    Pembesar dilantik terus oleh sultan.
3.     Perlantikan melalui pemberian surat tauliah.
4.     Pembesar taat pada sultan.
5.     Tugas utama pembesar jajahan dan daerah
i.       jaga keamanan negeri
ii.     pertahankan kedaulatan negeri.
iii.    serahkan hasil dan cukai kepada kerajaan.
iv.   sediakan tenaga kerja.
c)     Pentadbiran peringkat kampung
1.     Tugas ketua kampung(penggawa/penghulu)
i.       pungut cukai
ii.     bekalkan tenaga tentera
iii.    kekalkan taat setia masyarakat kampung.
iv.   perantara pembesar dan rakyat jelata.
2.     Pemimpin kampung  lain -  golongan agama
3   Tugas golongan agama
i.       penasihat sultan, kadi, mufti
ii.     berdakwah,
iii.    kendalikan pengajian agama
iv.   hasilkan karya agama.
v.     menjadi imam, khatib, bilal & juru nikah.

4.     Golongan magis
i.       seperti bomoh dan pawing
ii.     mahir di bidang perubatan.
iii.    berkebolehan menyembuhkan penyakit
iv.   mengetahui khasiat akar kayu dan herba.
v.     menjadi pemimpin masyarakat kampung.

(2)  Sistem pemerintahan Negeri Sembilan
(a)   Adat Perpatih dan Adat Temenggung
1.     Berasal dari Sumatera.
2.     Datuk Perpatih Nan Sebatang  mengasaskan Adat Perpatih di Pagar Ruyong, Sumatera.
3.     Adat perpatih dilaksanakan apabila orang Minangkabau berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di Naning & Negeri Sembilan.
4.     Datuk Ketemenggungan - asaskan Adat Temenggung. di Palembang, Sumatera.
5.  Adat Ketemenggungan dibawa ke Tanah Melayu setelah keturunan raja Palembang datang ke Melaka.
6.     Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di Malaysia kecuali Naning dan Negeri Sembilan.
7.     Orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum undang adat ialah ketua adat.

b)     Sistem pemerintahan  Negeri Sembilan
1.     Pemerintah tertinggi ialah Yamtuan Besar
2.     Peranan sama dengan peranan raja Melayu
3.     Undang ialah ketua segala luhak atau luak.
4.     Empat luak diperintah oleh Undang  iaitu Sungai Ujong,  Jelebu,  Johol dan  Rembau
5.    Luak lain diperintah oleh Penghulu.
6.     Tugas Undang - memilih Yamtuan Besar.
7.     Lembaga ialah ketua suku atau waris.
8.    Peranan Lembaga
i.       pilih Undang
ii.     jaga keselamatan dan keamanan
iii.    selesaikan pertelingkahan antara suku
iv.   kendalikan pembahagian harta pusaka
v.     perantara anggota sukunya dengan Undang.
9.     Buapak ialah ketua Perut
10.  Setiap anggota Perut merupakan Anak Buah.
11.   Buapak-tmpt rujukan adat dan hukum.
12.   Hidup bersuku-suku
13.   Setiap suku tersebut dianggap satu keluarga.
14.  Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih
i.       Anak Buah memilih Buapak
ii.     Buapak  memilih Lembaga.
iii.    Lembaga  memilih Undang.
iv.   Undang  memilih Yamtuan Besar.
15.   Sistem pemilihan ikut amalan demokrasi.
16.   Mempunyai alat kebesaran diraja

(3)   Undang-undang adat
1.  Peraturan berdasarkan amalan kebiasaan
2.     Dihafal secara turun-temurun
(a)   Adat Temenggung
1.     Pemerintahan bercorak autokratik.
2.     Kuasa tertinggi ditangan sultan atau raja.
3.     Peranan sultan
i.       ketua pentadbir
ii.      ketua agama
iii.    simbol kedaulatan
iv.   perpaduan rakyat.
4.     Sistem kekeluargaan - sebelah ibu dan ayah.
5.     Lelaki menjadi ketua keluarga.
6.     Nasab keturunan - sebelah bapa.
7.     Perkahwinan - hukum syarak (boleh kahwin sepupu).
8.     Pembahagian harta pusaka - anak lelaki
9.     Hukuman bertujuan memberi pengajaran
10. Sultan melaksanakan hukuman. Pembesar atau penghulu melakukannya sekiranya mendapat mandat.

b)     Adat Perpatih
1.     Menekankan demokrasi dan permuafakatan.
2.    Setiap suku mempunyai wakil
3.   Keputusan dibuat bersama. 
4.   Yamtuan Besar  berunding dengan Undang
5.     Keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini melahirkan suku.
6.     Nasab keturunan  - sebelah ibu.
7.     Perkahwinan sesama suku dilarang kerana dianggap bersaudara.
8.     Perwarisan harta - sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asas kewujudan suku.
9.    Hukuman bertujuan untuk pemulihan
10. Undang-undang menyedarkan pesalah supaya tidak mengulang kembali kesilapan.

(4)   Undang-undang bertulis
1.     Himpunan peraturan, larangan dan adat istiadat dalam bentuk bertulis.
(a)   Hukum Kanun Melaka
1.     Dokumen undang-undang
2.     Mengandungi 44 fasal.
3.     Menggariskan hak dan keistimewaan raja
4.     Menggariskan peranan  raja dan pembesar.
5.     Mengandungi unsur Islam - berkaitan jenayah, muamalah, keluarga,
(b) Undang-undang Laut Melaka
1.  Peraturan pelayaran & perdagangan.
2.     Antara kandungannya
i.       tugas pengawal kapal.
ii.     Langkah keselamatan dalam kapal.
iii.    Tugas anak-anak kapal.
iv.   Penyewaan kapal dagang.
3.     Kuasa nakhoda menjatuhkan hukuman.
(c)   Undang-undang Pahang
1.     Digubal masa Sultan Abdul al-Ghaffar Muhaiyuddin
2.     Kandungan
i.       adat lembaga negeri,keistimewaan raja& pembesar
ii.     Undang-undang jenayah, penderhaka, penzina
iii.    undang-undang awam.
d)     Undang-undang 99 Perak
1.     Berasal daripada Parsi.
2.     Digunakan di Perak
3.     Terkandung 99 kesalahan dan hukuman.
4.     Kandungannya ialah
i.       syarat memegang jawatan kerajaan seperti sultan, penghulu, khatib dan kadi.
ii.     Peraturan adat menghadap & lantik raja.
iii.    Hukuman jenayah, undang dan pertanian.
iv.   Undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian dan zina.
e)     Undang-undang Kedah
1.     terbahagi
i.       undang-undang pelabuhan seperti cukai,
ii.     peraturan keselamatan pelabuhan
iii.    peraturan timbangan dan ukuran.

(5)   Kegiatan ekonomi di negeri Melayu
a)     Pertanian
1.     Tanaman spt padi, sayur-sayuran
2.    Pertanian berhampiran sungai - tanahnya subur dan mudah dapat sumber air.
3.     Kawasan delta Sungai Kedah dan Kelantan - kawasan utama tanaman padi sawah.
4.     Peralatan pertanian – tajak,  cangkul, bajak,  tenggala, penggelek, penyisir, pencakar, sabit, ketam padi dan kuku kambing
5.     Kerbau - membajak kawasan tanaman padi.
6.     Petani membina empangan. Contohnya Terusan Wan Mat Saman di Kedah.
b)     Perikanan
1.     Mahir membuat peralatan perikanan seperti serkap,  tangguk, bubu, tanggul
2.     Hasil tangkapan diperdagangkan
3.     Lebihan hasil dibuat ikan kering, belacan, budu dan keropok.
c)     Kraf tangan
1.     Memanfaatkan sumber semula jadi seperti daun mengkuang, daun pandan, dan nipah.
2.     Sumber semula jadi dijadikan tikar, bakul
3.     Menenun songket dan hasilkan seni tekat.
4.     Membuat senjata seperti keris.
5.    hasilkan perhiasan daripada emas dan perak
d)     Perlombongan
1.     Kaya dgn bijih timah & emas.
2.     Melombong kerja tradisi orang Melayu.
3.     Bijih timah terdapat di
i.       Lembah Kinta
ii.      Larut
iii.     Dinding dan Beruas di Perak
iv.    Sungai Linggi  & Sungai Ujong
v.      Sungai Bernam, Sungai Selangor dan Sungai Klang di Selangor.
4.     Emas  di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
5.     Guna kaedah mendulang atau melampan dan lombong Siam.
6.     Logam bijih timah dijadikan bahan dagangan, mata wang dan perkakas rumah.
7.     Emas dan perak - buat barang perhiasan.
e)       Sistem percukaian
1.     Cukai - bayaran hasil pertanian, perlombongan, perdagangan dan hasil hutan.
2.     Cukai menjadi pendapatan pemerintah
3.     Sungai - tempat  memungut cukai.
4.     Cukai labuh batu  - cukai yang dipungut di tempat tertentu di sepanjang sungai.
5.     Jika cukai dipungut di kuala sungai - dikenali cukai bebas kuala.
6.     Cukai dikenakan ke atas barang dagangan yang dibawa masuk melalui pelabuhan.
7.    Cukai kepala - cukai kepada rakyat untuk membuat bunga emas (ufti). Diamalkan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
8.     Cukai tanaman  - cukai dikenakan jika mengeluarkan hasil yang banyak.
9.     Cukai - lambang kekuasaan  pembesar
f)     Sistem serah dan kerah
1.     Diamalkan olah masyarakat Melayu.
2      Sistem serah - pemberian hasil tanaman  kpd pemerintah.
3      Balasan kpd pembesar yang sediakan tanah
4.     Kadar dan nilai serahan bergantung kepada hasil tanaman yang diperoleh
5.     Kerah - kerja yang dibuat tanpa diberi upah, misalnya membina istana, kubu
g)    Perdagangan
1.     Perdagangan -  jual beli dan tukar barang.
2.     Sultan dan pembesar menjadi pemodal.
3.     Sultan memonopoli kegiatan perdagangan.
4.     Perdagangan - secara berjaja di pasar atau di luar kawasan pasar.
5.     Pusat perdagangan - di pelabuhan seperti  Melaka, Kedah, Klang dan Johor Lama.
6.     Kegiatan mengumpul hasil hutan untuk tujuan perdagangan dikenali  meramu.
h)    Tukar barang dan penggunaan mata wang
1.     Sistem perdagangan tukar barang (barter) .
2.     Kulit siput geweng & siput gerus - mata wang.
3.     Kemudian guna mata wang logam daripada bijih timah dan emas.
4.     Mata wang logam iaitu kaleng (calains) drp timah digunakan di Melaka.
5.     Di Terengganu, wang emas dan kupang (segi lapan), wang syiling keping atau pitis serta jokoh digunakan.
6.     Johor - mata wang emas mas dan kupang.
7.     Kelantan - wang emas kijang, dinar, kupang dan pohon pitis.
8.     Di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak - mata wang jongkong tampang atau timah                      
9.     Di Selangor - jongkong timah (tampang sebuaya)
10.   DiKedah- matawang berbentuk ayam jantan.
i)     Timbangan, sukatan dan ukuran
1.     Timbangan - ukur berat sesuatu barangan.
2.     Alat dacing dan pikul
3.     Barangan ditimbang – emas,  perak,  bijih timah,
4.     Sukatan mengukur isipadu sesuatu benda.
5.     Alat yang digunakan – kaul,  cupak, gantang
6.    Barang yg disukat – beras, bijih timah,  rempah,
7.    Di Kedah, unit relung mengukur keluasan tanah
8.     Ukuran anggota badan – sejengkal, sehasta.
10.   Masyarakat Melayu mengukur jarak antara kampung dengan kampung lain berdasarkan tempoh masa berjalan atau berkayuh sampan melalui sungai seperti sepelaung, setanak nasi

j)     Pengangkutan
1.     Jenis pengangkutan air – jalur, kolek,  perahu,
2.     Denai penarikan
i.       perahu ditarik untuk sampai ke sungai
ii.     hubungkan  Pahang dengan Melaka.
iii.    masa perjalanan menjadi singkat.
3.     Gajah, kerbau,  lembu - mengangkut barangan.
4.     Sungai menjadi jalan pengangkutan utama 
(5)   Sosiobudaya
1.     Dibahagikan beberapa lapisan sosial dan hierarki kedudukan.
2.     Kedudukan individu berubah melalui 2 cara.
i.       taraf sedia - pertukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya.
ii.     taraf pencapaian - berubah ke lapisan lebih tinggi kerana kebolehan istimewa atau khidmat baktinya kpd pemerintah.

a)     Struktur masyarakat gol pemerintah
1.     Kumpulan pemerintah terdiri daripada
i.       raja atau sultan
ii.     keluarga dan kaum kerabatnya
iii.     pembesar
iv.    Ulama
v.      pendeta.
2.    Sistem penggantian raja berbeza antara satu negeri dengan negeri Melayu yang lain
3.    Perak menggunakan sistem giliran.
4.   Raja dibantu oleh kaum kerabatnya.
5.     Kerabat diraja jadi pembesar didaerah/raja di jajahan.
6.     Golongan pembesar (pentadbir)
i.       bantu sultan.
ii.     Arah rakyat melakukan kerja awam
iii.    Jawatan pembesar disandang secara monarki dan dilantik sendiri oleh raja atau sultan.
iv.   Cthnya: jwt Laksamana oleh keluarga Hang Tuah.
7.     Kumpulan ulama
i.       ulama tempatan dan luar negeri.
ii.     bantu  mendidik rakyat berakhlak mulia.
iii.    menjadi penasihat raja
iv.   sebagai guru agama, kadi atau imam.
8.     Golongan pendeta
i.       pakar dalam ilmu pengetahuan.
ii.     mahir bidang salasilah raja, kesusasteraan, kebudayaan, dan adat istiadat Melayu.
iii.    menjadi pakar rujuk sultan & masyarakat.
b)     Struktur masyarakat golongan diperintah
1.     Golongan diperintah terdiri daripada
i.       golongan merdeheka
ii.     hamba
2.     Golongan merdeheka - rakyat biasa yang bermastautin tetap dan orang asing.
3.     Rakyat biasa menjadi pedagang, petani, tukang ukir, pembuat senjata, penghibur raja, pelakon sandiwara,  pawang, bomoh.
3.        Rakyat asing menjadi askar upahan,  pedagang dan pelombong.
4.     Golongan hamba - paling bawah sekali.
5.     Hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.
6.     Hamba buat kerja pertanian, perlombongan dan pertahanan.

c) Gaya hidup golongan bangsawan
1.     Gaya hidup raja - diamalkan di istana
2.   Gaya hidup pembesar -  di luar istana.
3.     Golongan bangsawan terdiri daripada raja, kaum kerabat dan pembesar
4.  Golongan bangsawan amalkan adat-istiadat, bahasa dan cara berpakaian yang tersendiri.
5.     Dalam upacara pertabalan sultan Melaka
i.       Bendahara duduk berhampiran singgahsana.
ii.     Laksamana dan Sri Bija Diraja bawa pedagang kerajaan.
6.     Alat-alat kebesaran dibawa bersama - keris panjang,  cogan, tepak, ketur,  tempat bara dan kitab al-Quran
7.     Dalam upacara kemangkatan raja
i.       jenazah baginda akan disempurnakan mengikut hukum agama Islam
ii.     Bendera kuning akan diturunkan dan diganti dengan bendera putih.
iii.    Tembakan meriam akan dilepaskan bagi menghebahkan kepada rakyat.
iv.   upacara perlantikan raja yang baru
8.     Dalam upacara menjunjung duli
i.       dilakukan oleh pembesar sebagai tanda taat setia.
ii.     dilakukan di balairung seri ketika menghadap dan menyembah raja.
iii.    Semasa menghadap raja, menggunakan istilah patik dan tuanku.
iv.   dilarang menggunakan bahasa dalam
v.     mestilah bertanjak, berpancung dan kerisnya hendaklah diselitkan di hadapan.
vi.   Orang yang menghadap dilarang memakai kain nipis yang dipanggil kasa.
9.     Upacara menyambut tetamu atau utusan
i.       sambutan dibuat berdasarkan kedudukan negara utusan sama ada setaraf atau tidak
ii.     Jika taraf negara lebih rendah , maka alat kebesaran dan peralatan sambutan kurang berbanding dengan negara setaraf.
10.   Dari segi pakaian diraja, pakaian diraja - dibuat guna emas dan dihiasi  permata.
11.   Alat perhiasan  - pending, dokoh, benkung dan keris.
12.   Gaya hidup bangsawan melambangkan status lebih tinggi serta membezakannya dengan rakyat biasa.
d)     Gaya hidup golongan rakyat
1.     Diamalkan di luar istana.
2.    Nilai murni seperti gotong-royong.
3.     Di utara Sem. Malaysia, amalan gotong royong dinamakan berderau atau berseraya.
4.     Amalan menghormati jiran
i.       Jiran dianggap keluarga terdekat.
ii.     Menghormati jiran
5.     Menghormati orang lebih tua
i.       dipanggil pangkat seperti pak long, pak ngah dan pak lang.
ii.     mencium tangan orang yang lebih tua.
iii.    membongkokkan badan dan berjalan dengan tertib di hadapan atau belakang orang yang lebih tua.
6.     Amalan budaya ziarah-menziarahi.
i.       Tetamu memberi salam dan dijawab oleh tuan rumah.
ii.     Tuan rumah mempersilakan tetamu masuk, lalu dihamparkan tikar
iii.    Tepak sirih disorongkan dan makan minum dihidangkan.
iv.   Sebelum makan, mereka membasuh tangan dan membaca doa, tangan kanan digunakan untuk menyuap makanan.
v.     Ketika makan, mereka kurang berbual atau ketawa kerana dianggap tidak sopan.
7.     Amalan mementingkan perpaduan, tolong-menolong

e)     Kegiatan masa lapang
1.    Bangsawan dan rakyat- aktiviti seperti bermain sepak raga,  catur, senjata, bersilat, menunggang kuda.
2.     Di istana raja, golongan penghibur seperti
i.       tukang cerita
ii.      penyair
iii.     Penyanyi
iv.   ahli muzik
3.     Muzik dan tarian yang dipersembahkan - tarian Asyik dan tarian Mak Yong.
4.  Rakyat mengisi masa lapang dengan bermain layang-layang, bermain gasing,  bersilat, bercerita, berpantun
5.     Aktiviti masa lapang memupuk persefahaman dan menajamkan fikiran.

f)     Karya persuratan
1.     Karya persuratan -  melalui tulisan jawi.
2.     Karya persuratan ialah bidang agama seperti fikah, usuluddin,
3.     Karya lain seperti karya kesusasteraan, ketatanegaraan, sejarah,
4.     Contoh karya - Misa Melayu, Sejarah Melayu,  Syair Sultan Ahmad Tajiddin,  Nazam Kamzul la,  Tuhfat al-Nafis dan  Kitab al-Darr al Manzum.
5.     Karya persuratan-tambah ilmu pengetahuan.

g)    Sastera lisan
1.     Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita sambil bermain alat muzik seperti gendang
2.     Sastera lisan  memberi hiburan dan memberi nasihat.
3.     Antara sastera lisan
i.       cerita penglipur lara seperti Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal
ii.     cerita jenaka - Lebai Malang, Pak Kaduk, dan Si Luncai.
iii.    cerita binatang - Sang Kancil dan Harimau, Pelanduk dan Buaya, serta Kura-kura dan Arnab.
iv.   cerita dongeng -  Puteri Sa’dong, Tasik Dayang Bunting, dan Cik Siti Wan Kembang.
h)    Kesenian rakyat
1.     Antara kesenian rakyat - kesenian muzik, seni tari,  seni suara,  seni ukir,  seni bina,
  seni mempertahankan diri.
2.     Kegiatan seni mempamerkan bakat dan nilai mutu seni yang tinggi.
3.     Kegiatan seni berkumpulan membentuk masyarakat bersatu padu.
4.     Seni muzik  – Hadrah, gamelan, rebana ubi, seruling, kompang, nafiri dan  gong.
5.     Seni tari – joget, inang, zapin, kuda kepang, asyik.
6.     Seni suara atau lagu - endoi atau dendang Siti Fatimah, ulit anak, nazam, marhaban,  nasyid
7.     Seni bina
i.       Rumah orang Melayu berbumbung panjang, bertebar layer dan tidak berpaku.
ii.     Rotan atau akar untuk mengikat persendian, bahagian dalaman rumah dihiasi ukiran bermotif alam semula jadi.
iii.    Reka bentuk dipengaruhi unsur luar.
      Di Negeri Sembilan-  pengaruh rumah
      Minangkabau.  Di Kelantan, Terengganu
      dan Pahang - pengaruh seni bina  Siam
      dan  Majapahit.
iv.   Orang Melayu Johor mendapat pengaruh reka bentuk Belanda.
8.     Seni ukir orang Melayu
i.       bijak mengukir tembaga,
ii.     memahat dan mengukir pintu
iii.    membuat mimbar masjid.
iv.   Ukiran - corak ukiran timbul, terbenam dan tembus.
v.     Tema ukiran berbentuk daun, bunga dan ayat-ayat al-Quran dengan tulisan khat.
9.     Seni tekat
i.        popular dikalangan Melayu.
ii.     guna kain baldu untuk dijadikan kain dasar dan disulami dengan benang emas yang berbentuk bunga serta pohon.
iii.    Contoh:kipas,bantal & balutan tepak sirih
iv.   terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
10.   Tenunan
i.       tiga jenis iaitu  tenunan biasa, benang ikat celup dan songket.
ii.     Corak tenunann berunsurkan tumbuhan, binatang, bunga dan bentuk geometri.
11.   Seni mempertahankan diri dan bermain senjata
i.       rakyat  mendisiplinkan dirinya
ii.     ketahanan diri menghadapi musuh.

i)     Adat resam
1.     Adat perkahwinan.
i.       Merisik - mengetahui gadis sudah berpunya atau tidak, cincin tanda  diberi sebagai tanda setuju.
ii.     Meminang - di mana pihak lelaki menghantar rombongan peminangan dgn bawa cincin
iii.    Tarikh akad nikah & majlis perkahwinan 
iv.   Majlis akad nikah - diadakan di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh juru nikah.
v.     Majlis perkahwinan - pengantin bersanding di atas pelamin.
2.     Adat  menyambut bayi.
i.       Selepas seminggu bayi dilahirkan
ii.     Kenduri dan upacara cukur jambul iaitu mencukur rambut bayi dilakukan sebagai tanda bersyukur kepada Allah Taala.
iii.    Diadakan  bacaan berzanji dan marhaban.
iv.   Majlis diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat.
3.  Adat Berkhatan
i.       Bagi kanak-kanak lelaki yang telah baligh (cukup umur)
ii.     dilakukan beramai-ramai
iii.     kanak-kanak lelaki akan dimandikan dan diarak mengelilingi kampung.
iv.   Upacara berkhatan oleh Tuk Mudim.

j)     Pendidikan
1.     Pendidikan tidak formal
i.       kanak-kanak mempelajari pantang-larang, adat-istiadat dan adab sopan dr ibu bapa/ orang dewasa
ii.     dipelajari secara tidak langsung.
iii.    Melalui cerita lisan, peribahasa, pantun dan teka-teki.
iv.   Berkesan kepada kanak-kanak.
v.     kemahiran pertukangan
vi.   ilmu perubatan tradisional.
vii.  Kemahiran melalui pemerhatian kanak-kanak sendiri.
viii.seni mempertahankan diri.
ix.    Kemahiran  diwarisi
2.     Pendidikan formal
i.       berkembang selepas kedatangan Islam
ii.     Pelajari kitab muqaddam dan al-Quran, fardu ain, mengira, menulis jawi, tajwid, rukun Islam
iii.    Diadakan di istana, masjid, pondok, madrasah, surau dan rumah guru agama.
iv.   Ada melanjutkan pelajaran agama  ke Makkah.
3.  Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.

(6) Rumusan
1.  Berbangga dengan warisan Kesultanan Melayu Melaka
2.  Harus menghormati dan mematuhi undang-undang.
3.  Harus mengamalkan budaya kekitaan
4.  Meneruskan dan mempertahankan identiti bangsa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan