BAB 8    :   KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA
(1)   Maksud Semangat Kebangsaan
1.     Berjuang menebus maruah bangsa 
2.     Semangat cinta bangsa dan tanah air.
3.    Berjuang membebaskan negara drp penjajahan British,
4.    Membentuk negara yang merdeka dan berdaulat.
(2)   Semangat Kebangsaan negara luar jadi pendorong
a)     Gerakan Pan-Islam di Turki
1.     Gerakan kebangkitan Islam di Timur Tengah.  
2.   Kuasa  barat  memecahbelah & kuasai empayar Islam 
2.     Empayar Islam Turki Uthmaniyah merosot akibat penjajahan Barat 
3.     Barat di Turki mencetuskan Gerakan Pan-Islam.
4.     Gerakan bertujuan menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajahan barat.
5.     Gerakan mempengaruhi umat Islam di timur Tengah ,  India   dan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan kuasa asing.
b)     Gerakan Pemulihan Islam di Mesir
1.     Penjajahan British terhadap Mesir mencetuskan Gerakan Islah
2.  Dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
3.     Pengaruh gerakan disebarkan ke Tanah Melayu melalui pelajar yang menuntut di Mesir setelah mereka kembali ke tanah air.
4.     Gerakan Islam menyeru orang Islam kembali berpegang ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis untuk mencapai kemajuan.
5.     Gerakan Islah menyeru seluruh umat Islam bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam.
c)     Perang Rusia-Jepun
1.     Jepun mengalahkan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun.  
2.     Sebuah negara Asia  mengalahkan kuasa Eropah.
3.     Kejayaan Jepun membuktikan kuasa Eropah tidak sekuat yang disangkakan
d)     Revolusi China 1911
1.     Perkembangan negara China   mempengaruhi penduduk Tanah Melayu menentang British.
2.     Dr. Sun Yat Sen memimpin Revolusi China   menumbangkan kerajaan Manchu.
3.     Beliau  menubuhkan republik China  .
e)     Semangat kebangsaan di Filipina
1.     Jose Rizal tubuhkan Liga Filipina 
2.   Tuntut Sepanyol memberi layanan yang adil kepada rakyat Filipina.
3.     Jose Rizal memimpin Liga Filipina untuk menentang penjajahan Sepanyol di Filipina.
f)     Semangat Kebangsaan di India
1.     Di India, gerakan dipimpin oleh Mahatma Gandhi untuk membebaskan India   dr penjajahan British.
g)    Semangat Kebangsaan di Indonesia
1.     Parti Nasional Indonesia pimpinan Soekarno ingin membebaskan Indonesia   daripada Belanda 
h)   Kemajuan sistem perhubungan dan percetakan
1.     Peristiwa di negara luar diikuti oleh penduduk Tanah Melayu melalui kemajuan sistem perhubungan dan percetakan terutamanya surat   khabar.
(3)   Gerakan Islam
a)     Latar belakang kebangkitan Gerakan Islah
1.     Semangat kebangsaan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah.
2.     Pelajar di Universiti al-Azhar, Mesir  terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani & Syeikh Muhammad Abduh.
3.     Setelah kembali ke tanah air, pelajar memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu.
b)     Kaum Muda
1.     Antara tokoh penting dalam Kaum Muda ialah
       i.   Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin
       ii.  Haji Abbas bin Muhammad Taha
       iii. Syed Syeikh Ahmad al-Hadi.
2.     Idea pembaharuan Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam.
   
  |   
3.     Kaum Muda tubuhkan madrasah utk sebarkan idea 
       i.     Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di P.Pinang
       ii.     Madrasah al-Diniah Kg Lalang di Padang   
               Rengas
       iii.    Madrasah II-Ihya Assyariff, Gunung                 Semanggol, Perak.
4.     Idea Kaum Muda dapat tentangan gol Kaum Tua.
c)     Kaum Tua
1.     Terdiri dr golongan ulama dan pegawai agama
2.    Tidak menerima idea Kaum Muda.
3.     Berpegang kuat kepada adat dan agama Islam.
4.     Kaum Tua menerbitkan akhbar  Suara Benar
        dan  Lidah Benar 
d)     Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu
1.     Syeikh Muhamamd Tahir Jalaluddin;
       i.   Dilahirkan di Sumatera dan  pendidikan 
             di Makkah dan di Universiti al-Azhar.
        ii. Menerbitkan majalah Al-Iman dan pernah 
            dilantik sebagai Mufti Negeri Perak.
2.     Haji Abbas Muhammad Taha;
       i.  Dilahirkan di Singapura. Pendidikan di Makkah.
      ii.  Dilantik  kadi di Tanjung Pagar,  Singapura.
      iii. Menerbitkan akhbar Neracha.
3.     Syed Syeikh al-Hadi;
       i.  Dilahirkan di Melaka  
      ii.  Pendidikan agama di Terengganu dan 
           Pulau Penyengat, Riau.
      iii. Berkunjung ke Makkah dan Mesir serta
           mendalami perjuangan  Syeikh Muhammad 
            Abduh.
      iv. Menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara
(4)   Semangat Kebangsaan Golongan Intelektual
a)     Golongan intelektual Melayu
1.     Golongan intelektual Melayu terbahagi dua 
       i. berpendidikan Melayu 
      ii. berpendidikan Inggeris.
b)     Gol. Intelektual Melayu berpendidikan Melayu
1.     Merupakan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris
2.     Menjadi guru Melayu - berperanan pemimpin masyarakat.
3.     Berganding bahu dengan gol cerdik pandai agama bagi menyumbangkan tenaga dan fikiran memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan.
4.     Kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.
5.     Antara tokoh nasionalis tersebut ialah 
       i. Harun Aminurrashid, 
      ii. Ibrahim Haji Yaacob
      iii. Abdul Hadi Hasan.
   
  |   
c)     Gol intelektual Melayu berpendidikan Inggeris
1.     Memperjuangkan kesedaran kebangsaan.
2.     Guna peluang yang ada dalam sistem pentadbiran dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran.
3.     Menubuhkan persatuan 
4.   Guna penulisan untuk memperjuangkan orang Melayu.
   
  |   
.      
(5)   Peranan akhbar dan majalah
1.     Saluran  melahirkan kesedaran kebangsaan.  
2.    Idea disalurkan kepada semua lapisan masyarakat.
3.     akhbar Melayu menyuarakan isu sosial serta kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu.
4.     Menyemai semangat kebangsaan 
5      Mengkritik dasar British 
6      Menyeru orang Melayu bersatu
7.     Menghapuskan semangat kenegerian.
8      Menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.
(6)   Penerbitan akhbar Melayu
|     Nama   akhbar  |        Tempat   Terbit  |   
|     Lembaga   Melayu  |        Singapura  |   
|     Pengasuh  |        Kelantan  |   
|     Majalah   Guru  |        Kuala   Lumpur/Pulau   |   
|     Al-Ikhwan  |        Pulau   Pinang  |   
|     Saudara  |        Pulau   Pinang  |   
|     |        Singapura  |   
|     Fajar   Sarawak  |        |   
|     Majlis  |        |   
|     Utusan   Melayu  |        Singapura  |   
        Akhbar Warta Malaya 
→    Diterbitkan di Singapura.
→    Pengarang pertama ialah Dato’ Onn Jaafar.
→    Menyiarkan isu sosioekonomi orang Melayu.
→    Desak  Melayu diberi jawatan dlm perkhid kerajaan.
.       Akhbar Majlis
→    Diterbitkan di Kuala Lumpur   oleh The Selangor Press and Majlis Co. Ltd.
→    Pengarang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.
→    Mendedahkan kelemahan British yang mengancam kedudukan orang Melayu.
        Akhbar Utusan Melayu;
→    Diterbitkan di Singapura.
→    Pengarang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.
→    Menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi
       memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air.
        Abdul Rahim Kajai
→    Nasionalis berjuang melalui bidang kewartawanan.
→    Digelar Bapa Kewartawanan Melayu.
→    Pernah menjadi ketua pengarang akhbar seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.
(7)   Penerbitan akhbar Cina 
1.     Diterbitkan oleh masyarakat Cina di Tanah Melayu
2.     Melaporkan berita kegiatan social dan ekonomi orang Cina dan India di Tanah Melayu.
3.     Menyiarkan peristiwa di negara China   dan India  .
4.     Akhbar masyarakat Cina 
       i. Lat Pau, 
      ii. Nanyang Siang Pau, 
      iii Sin Chew Jit Poh 
      iv. Modern Daily News.
5.     Lat Pau ialah akhbar harian pertama masyarakat Cina, 
(8)  Penerbitan akhbar India 
1.   Diterbitkan oleh masyarakat India di Tanah Melayu.
2.     Akhbar masyarakat India   
       i. Ulaga Nesan, 
       ii.Tamil Nesan 
      iii Tamil Murasu.
3.     Akhbar Tamil Nesan - akhbar terawal di KL.
(9)   Penerbitan akhbar peranakan
1.     Akhbar berbahasa Melayu 
2.     Diterbitkan oleh masyarakat Jawi dan Cina Peranakan.
3.     Jawi Peranakan - masyarakat kacukan India-Melayu erbentuk apabila saudagar India   berkahwin dengan wanita Melayu tempatan.
4.     Cina Peranakan dikenali Baba dan Nyonya.  
5.  Masyarakat Cina Peranakan - hasil perkahwinan di ant perantau Cina dgn penduduk bumiputera 
6.     Akhbar Jawi Peranakan 
       i. Jawi Peranakan, 
       ii.Sekola Melayu, 
       iii. Taman Pengetahuan 
       iv.Tanjug Penagri.  
7.   Akhbar Cina Peranakan 
       i. Surat   Khabar Peranakan, 
      ii. Bintang Timor, 
      iii Khabar Uchapan Baru 
      iv. Bintang Peranakan
(10)   Kesedaran kebangsaan melalui penulisan kreatif
1.     Jenis penulisan kreatif seperti puisi, novel dan cerpen.
2.     Golongan guru, penulis dan wartawan menjadikan karya kreatif sebagai saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu.
3.     Peranan Puisi, novel dan cerpen
       i.    semaikan  perasaan cinta akan bangsa & negara   
       ii.   menyeru merebut peluang ekonomi
      iii    mempertahankan maruah bangsa
      iv    menimbulkan kesedaran di orang Melayu
|     Nama Pengarang  |                  Puisi  |   
|     Harun   Aminurrashid  |        Tenaga   Kaumku Rayuan   Bangsa Mu Mempertahankan   Hak Kita Perwira   Melayu  |   
|     Abdul   Samad Ahmad  |        Serunai   Pujangga Kapal   Tiada Nakhoda Hari   Kejatuhan Kita  |   
|     Muhammad   Yusuf Harun  |        Dunia   yang Fana Di   Lautan Seberang  |   
|     Omar   Mustaffa  |        Bangkitlah  |   
|     Melati   Pahang  |        Seruan   Kebangsaan  |   
|     Mahmud   Ahmadi  |        Sedarlah  |   
|     Muhammad   Yasin Maamor  |        Di   Tengah Segara  |   
|     Nama Pengarang  |        Nama Novel  |   
|     Syed   Sheikh al-Hadi  |        Hikayat   Faridah Hanum  |   
|     Ahmad   Rashid Talu  |        Iakah   Salmah?  |   
|     Harun   Aminurrashid  |        Melor   Kuala Lumpur  |   
|     Ishak   Haji Muhammad  |        Putera   Gunung Tahan  |   
|     Abdullah   Sidek  |        Mari   Kita Berjuang  |   
|     Abdul   Kadir Adabi  |        Melati   Kota Bharu  |   
|     Nama Pengarang  |        Nama Cerpen  |   
|     Abdul   Rahim Kajai  |        Cerita   Awang Putat  |   
|     Ishak   Haji Muhammad  |        Rumah   Besar Tiang Sebatang  |   
|     Shamsuddin   Salleh  |        Di   Sini Kita Bukannya Orang Dagang Siasat   yang Tiada Diminta  |   
(10)  Kemunculan Pertubuhan Melayu
1.     Peringkat awal bersifat kenegerian.
2.     Mmperjuangkan kepentingan ekonomi dan sosial.
3.     mendorong ke arah pertubuhan bersifat kebangsaan.
4.     Kesatuan Melayu Singapura (KMS) 
       i. menjadi peransang kepada negeri-negeri Melayu di     
          Tanah Melayu untuk menubuhkan persatuan.
        ii. perjuangkan kepentingan Melayu di negeri masing
5.    Persatuan Melayu Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kelantan ditubuhkan
6.     Dianggotai oleh cerdik pandai Melayu berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan kerajaan British.  
7.    Perjuangan bersifat sederhana.
8.     kesetiaan kepada raja Melayu dan bekerjasama dengan British.
9.     mendesak peluang diberikan kepada Melayu dalam pentadbiran kerajaan.
10.   KMS bersama Persatuan Melayu Selangor menganjurkan Kongres Melayu Se-Tanah Melayu 1 di Kuala Lumpur - menghimpunkan wakil persatuan Melayu utk berbincang 
11.   Kongres Melayu ke 2diadakan di Singapura 
12. Disertai penyertaan persatuan Melayu termasuk Sarawak dan Brunei  .
14.   Kogres menyarankan semua persatuan Melayu memajukan orang Melayu di negeri masing-masing.
14.   Kongres Melayu ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang pada tahun 1941.
(11)         Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
1.     Ditubuhkan pada tahun 1934
2.     Dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan ruangan utk ahlinya menulis &kemukakan pendapat.  
3.     Cogan kata  “Hidup Bahasa Hidup Bangsa”.
4.     Menggalakkan ahli-ahlinya bertukar pendapat.
5.     Mengadakan persidangan kebangsaan 1 di Taiping, 
6.     Menghimpunkan ahlinya dr seluruh Tanah Melayu
7.     Semangat kenegerian dipecahkan.
8.     Konsep kebangsaan terbentuk.
9.     Persidangan di peringkat kebangsaan seterusnya diadakan di P. Pinang, Singapura, Ipoh   & Seremban.
(12) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
1.     Dtubuhkan tahun 1938 di Kuala Lumpur  .
2.     bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu.
3.     Dipimpin oleh Ibrahim Yaakob
   
  |   
4.     Bertujuan 
i.    menanamkan semangat perpaduan 
ii.   wujudkan kesedaran di kalangan orang 
      Melayu untuk mempertahankan hak mereka.
iii. berjuang memerdekakan Tanah Melayu 
iv. satukan Tanah Melayu dan Indonesia   melalui 
     Melayu Raya.
5.          Kebanyakan anggota KMM terdiri daripada guru lepasan MPSI.
6.          Perjuangan KMM dianggap radikal
7.          Sebab KMM dianggap radikal
-          tidak bekerjasama dan menyuarakan penentangan terbuka terhadap British.
-          Mengadakan pakatan sulit dengan Jepun untuk menentang British.
8.          Akhbar Warta Malaya digunakan untuk membangkitkan perasaan anti-British dan memperjuangkan cita-cita KMM. 
9.           British bimbang dengan pergerakan KMM 
10.       Ibrahim Haji Yaakob bersama anggotanya ditangkap dan dipenjara di Singapura.  
11.       Mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun.
12.       KMM diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942.  
(13) Pertubuhan orang Cina 
1.     Sebelum Perang Dunia Ke-2, orang Cina di Tanah Melayu menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di negara asal mereka.  
2.   Antara pertubuhan Cina di Tanah Melayu 
        i. Hsing Chong Hui 
       ii. Chung Ho Tang.
3.     Terdapat orang Cina yang memberi perhatian kepada politik tempatan.  - terdiri daripada orang Cina yang dilahirkan di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan warganegara British.
4.     Penubuhan Persatuan Orang Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat ditubuhkan
5.   Tokoh penubuhan persatuan orang Cina Peranakan 
       i. Tan Jiak Kim,
      ii Lim Boon Keng, 
      iiii. Song Ong Siang 
      iv. Seah Liang Seah .
7.     Persatuan ini menggalakkan orang Cina peranakan memperolehi pendidikan tinggi dan teknikal.
8.     Mereka taat kepada British, 
9.   Antara tokoh penting dalam politik Tanah Melayu ialah Tan Cheng Lock.
(14)  Pertubuhan orang India 
1.     Terpengaruh dgn negara asal mereka sebelum Perang Dunia Kedua.
2.    Nehru,  pemimpin Parti Kongres India   pernah berucap di Kuala Kangsar semasa lawatan beliau ke Tanah Melayu pada tahun 1937.
3.     Cerdik pandai India  yang berpendidikan Inggeris telah menubuhkan persatuan India  di bandar utama seperti Taiping, Kuala Lumpur  , Seremban dan Pulau Pinang,
4.     Persatuan India Pusat Tanah Melayu pimpinan A.M. Soosay ditubuhkan.
5.   Persatuan ini menggabungkan 12 persatuan India  dan 4 dewan perniagaan India  . Bertujuan memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu
(13) Kesimpulan
- Semangat kebangsaan melahirkan      golongan pejuang kebangsaan yang bersemangat patriotik 
 - Gerakan kesedaran      kebangsaan dipelopori oleh golongan intelektual.
 - Mereka menanfaatkan      ilmu yang diperolehi untuk memajukan bangsa dan negara.
 - Gerakan kebangsaan      menjadi lebih mantap apabila semua kaum bersatu padu menuntut kemerdekaan      Tanah Melayu daripada British.