Rabu, 18 April 2012

Soalan Bab 1 T2

T2:BAB 1 : Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British

1. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) membantu kerajaan Britain
               I.      meluaskan tanah jajahan
            II.      menawan Perancis                                                                                                                                                                
         III.      menjalankan perdagangan
         IV.      menjalankan penyelidikan

A.      I dan IV
B.      II dan III
C.      I dan III
D.      III dan IV

2. Pulau Pinang di bawah naungan kerajaan…
A.   Siam
B.   Melaka
C.   Johor
D.   Kedah

3. Pulau Pinang berpotensi dijadikan sebagai… 
               I.      pusat perlombongan bijih timah
            II.      pelabuhan persinggahan                                                                                                                                                             
         III.      pengkalan tentera
         IV.      pusat pengumpulan barang

A.   I dan II
B.   I dan III
C.   I, II dan IV
D.   II, III dan IV

4. Kerajaan Kedah merupakan sebuah kerajaan…
A.   Maritim
B.   Agraria
C.   Melayu Lama
D.   Timur

5. Kerajaan Kedah menghadapi masalah perebutan takhta berikutan
A.   pergaduhan antara pembesar
B.   Sultan Muhammad Jiwa tidak mempunyai pewaris
C.   pelantikan Raja Abdullah sebagai Raja Muda
D.   hasutan British

6. Apakah maksud anak gahara?
A.   anak angkat yang paling disayangi sultan
B.   anak yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan diraja
C.   menantu sultan yang paling sulung
D.   anak yang bukan dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan diraja
  
7. Para pembesar yang memberontak berikutan pelantikan Raja Abdullah mendapatkan bantuan
    ketenteraan dari…
A.   Bugis pimpinan Raja Haji
B.   Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
C.   Firma Jourdain Sullivan and de Souza
D.   Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB)

8. Tentera Bugis telah menyerang dan menawan
               I.      Kuala Kedah
            II.      Kota Langkawi                                                                                                                                                
         III.      Alor Setar
         IV.      Kangar

A.   I dan II
B.   I dan IV
C.   I dan III
D.   II dan IV

9. Setelah diserang Bugis,Sultan Muhammad Jiwa berundur ke………….dan cuba mendapatkan
    bantuan……


Berundur Ke
Bantuan Dari
A
Kangar
Firma Jourdain Sullivan and de Souza
B
Perlis
Raja Siam iaitu Rama III
C
Johor
Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB)
D
Kalimantan
Tentera Minangkabau

10. Siapakah yang dihantar Firma untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa?
A.   Stamford Raffles
B.   Andrew Clarke
C.   William Farquhar
D.   Kapten Francis Light

11. Antara syarat-syarat perjanjian antara Sultan Muhammad Jiwa dan Francis Light ialah
               I.      Firma akan membantu Kedah
            II.      Firma akan membayar 30 000 dolar Sepanyol kepada Sultan Kedah
         III.      Firma tidak akan melindungi musuh Kedah
         IV.      Sultan membenarkan Firma berdagang di Kuala Kedah

A.   Stamford Raffles
B.   Andrew Clarke
C.   Firma
D.   Kapten Francis Light

12. Sultan Muhammad Jiwa membatalkan perjanjian setelah
A.   Baginda ditawan Bugis
B.   Siam menyerang Kedah
C.   Firma tidak menghantar bantuan
D.   mendapat persetujuan Firma


13. Kedah menghentikan penghantaran bunga emas ke Siam kerana
A.   Perang Siam-Burma
B.   Mendapat perlindungan dari kerajaan China
C.   Siam ditawan Perancis
D.   Kedah ditewaskan Patani

14. Setelah perang tamat,Siam mendesak Kedah meneruskan penghantaran bunga emas. Demi
      kedaulatan Kedah,apakah yang ditawarkan Sultan Abdullah kepada pihak yang sudi membantu ?
A.   Perjanjian perdagangan
B.   Pulau Pinang
C.   Seberang Perai 
D.   Bunga emas

15. Apakah nama perjanjian yang ditandatangani antara Sultan Abdullah dan Francis Light
A.   Perjanjian Persahabatan dan Keamanan 1791
B.   Perjanjian Burney
C.   Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
D.   Perjanjian Persahabatan dan Keamanan 1800

16. Berapakah bayaran yang perlu SHTI bayar kepada Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau
      Pinang
A.   30 000 dolar Sepanyol sepurnama
B.   30 000 dolar Sepanyol setahun
C.   6 000 dolar Sepanyol sepurnama
D.   10 000 dolar Sepanyol setahun

17. Apakah alasan SHTI untuk tidak membantu Sultan Kedah
A.   Francis Light menandatangani perjanjian itu secara peribadi tanpa keizinan SHTI
B.   SHTI hanya akan menyelesaikan masalah dalam negeri Kedah
C.   Kedah tidak mematuhi syarat perjanjian
D.   Francis Light telah dipecat SHTI

18. Negeri manakah yang membantu Sultan Abdullah mengumpul kekuatan ketenteraan untuk
      menghalau British dari Pulau Pinang?
               I.      Johor-Riau
            II.      Siak
         III.      Riau
         IV.      Selangor

A.   I dan III
B.   I, II dan III
C.   II, III dan IV
D.   I, II, III dan IV

19. Setelah Sultan Kedah ditewaskan,SHTI memaksa baginda menandatangani perjanjian…
A.   Perjanjian Persahabatan Kedah - Inggeris
B.   Perjanjian Kedah Lama
C.   Persetiaan Seberang Perai
D.   Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris – Kedah


20. Apakah kesan Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris – Kedah ?
A.   Kedah mengiktiraf ketuanan British
B.   Kedah mengaku di bawah naungan SHTI
C.   SHTI bebas memerintah Kedah
D.   SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi

21. Sultan manakah yang sanggup menyerahkan Seberang Perai untuk mendapatkan bantuan
      ketenteraan
A.   Sultan Dziauddin
B.   Sultan Muhammad Jiwa
C.   Sultan Abdullah
D.   Sultan Ahmad Tajuddin II

22. Apakah kepentingan Seberang Perai kepada SHTI?
               I.      Pusat pentadbiran kerajaan
            II.      Tempat bercucuk tanam
         III.      Tapak pembinaan ibu pejabat SHTI
         IV.      Benteng pertahanan

A.   I dan III
B.   II dan IV
C.   I, II dan III
D.   I, III dan IV

23. Perjanjian manakah yang membenarkan British bertapak di Seberang Perai ?
A.   Perjanjian Persahabatan Kedah – Inggeris 1786
B.   Persetiaan Seberang Perai 1800
C.   Perjanjjian Persahabatan dan Perikatan Inggeris – Kedah 1800
D.   Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris – Kedah 1791

24. Berapakah bayaran yang perlu British bayar bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai ?
A.   9 000 dolar Sepanyol setahun
B.   10 000 dolar Sepanyol setahun
C.   6 000 dolar Sepanyol setahun
D.   30 000 dolar Sepanyol setahun

25. Apakah kesan Surat – Surat Kew yang ditandatangani semasa Perang Napoleon
A.   British diberi hak mengendalikan seluruh tanah jajahan Belanda di Timur
B.   Belanda ingin mengadakan gencatan senjata dengan British
C.   British bersetuju mengisytiharkan Belanda sebagai negeri naungan kerajaan Britain
D.   Belanda menjadi orang tengah antara British dan Perancis

26. Apakah negeri yang diserahkan Belanda kepada British mengikut Surat – Surat Kew ?
               I.      Kedah
            II.      Riau - Lingga
         III.      Betawi
         IV.      Melaka

A.   I dan II                                               C. II dan III
B.   I dan III                                               D. III dan IV

27. Setelah perang tamat,British terpaksa menyerahkan semula jajahan Belanda. Apakah yang
      dilakukan pentadbiran Belanda terhadap British ?
A.   Belanda menangkap dan membunuh konsulat British di Tanah Melayu
B.   Belanda memutuskan perjanjian perdagangan dengan British
C.   Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan layanan buruk terhadap pedagang British
       di Pelabuhan Betawi
D.   Belanda mengisytiharkan perang terhadap British

28. Siapakah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mencari pelabuhan baru di Tanah Melayu ?
A.   George Leith
B.   Stamford Raffles 
C.   William Farquhar
D.   John Crawfurd

29. Di manakah Raffles membuka pelabuhan sebelum Singapura ?
               I.      Palembang
            II.      Riau
         III.      Acheh
         IV.      Melaka

A.   I dan II
B.   I dan III 
C.   I, II dan III
D.   I, II, III dan IV

30. Mengapakah Raffles berpendapat Singapura sesuai dijadikan pelabuhan ?
A.   Kekayaan hasil bumi untuk dijadikan pusat pengeluaran bijih
B.   Tanah yang subur untuk bercucuk tanam
C.   Dapat dijadikan pangkalan tentera
D.   Dapat menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi 

31. Singapura berada di bawah pemerintahan …
A.   Temenggung Abdul Rahman
B.   Tengku Hussein 
C.   Maharaja Abu Bakar
D.   Sultan Mahmud Shah II

32. Perjanjian 12 Januari 1819 tidak sah kerana …
A.   Tidak mendapat persetujuan Sultan Abdul Rahman iaitu pemerintah sebenar Singapura
B.   Menggunakan unsur paksaan dan ugutan
C.   Tidak mempunyai bukti dan saksi yang boleh dipercayai
D.   Mengandungi unsur berat sebelah dan tidak adil

33. Mengapakah Tengku Hussein selaku putera sulung tidak ditabal menjadi sultan menggantikan
      ayahandanya ?
A.   Tengku Hussein bukan anak gahara
B.   Tengku Hussein berada di Pahang semasa kemangkatan ayahandanya 
C.   Tengku Hussein tidak berminat menjadi sultan
D.   Tengku Hussein tidak disukai para pembesar ekoran kesombongannya   


34. Berapa banyakkah perjanjian yang ditandatangani sebelum Raffles benar-benar berjaya
      mendapatkan Singapura ? Pada tahun berapakah perjanjian-perjanjian itu ditandatangani ?
A.   5 perjanjian pada tahun !886, 1887, 1888, 1895 dan 1897
B.   3 perjanjian pada tahun 1819, 1823 dan 1824 
C.   3 perjanjian pada 1903, 1914 dan 1921
D.   5 perjanjian pada 1819, 1823, 1824, 1895 dan 1897

35. Belanda membantah tindakan British membuka penempatan di Singapura kerana mendakwa
      Singapura berada di bawah pengaruh Belanda.Bagaimanakah kedua-dua buah kerajaan
      mengatasi masalah ini ?
A.   Dengan menandatangani Persetiaan London 1826
B.   Dengan menandatangani Perjanjian Damai 1903
C.   Dengan menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda 1824
D.   Dengan mengadakan sekatan ekonomi

36. Gabungan negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura dinamakan …
A.   Negeri – Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
B.   Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
C.   Negeri – Negeri Selat (NNS)
D.   Tanah – Tanah Jajahan British (TTJB)

37. Mengapakah Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan?
               I.      Untuk menjimatkan kos pentadbiran
            II.      Untuk meningkatkan keselamatan
         III.      Untuk menyeragamkan pentadbiran
         IV.      Untuk menjimatkan perbelanjaan

A.   I dan II                                               C. II dan III
B.   I dan III                                               D. III dan IV

38. Mengapakah pusat pentadbiran Negeri – Negeri Selat dipindahkan dari Pulau Pinang ke
      Singapura pada 1832 ?
A.   Keselamatan terjamin
B.   Pemandangan yang indah
C.   Penduduk yang akur dengan pentadbiran British
D.   Kedudukan strategic

39. Mengapakah penduduk dan pedagang Negeri –Negeri Selat (NNS) membantah tindakan kerajaan
      British meletakkan NNS di bawah pentadbiran Gabenor Jeneral British di India?
A.   Kerana NNS umpama tanah jajahan India
B.   Kerana NNS tidak bersetuju dengan corak pentadbiran India
C.   Kerana NNS membenci pegawai India
D.   Kerana NNS merasakan India berkomplot dengan Perancis

40. Pada 1 April 1867, Negeri –Negeri Selat (NNS)  diletakkan di bawah tanggungjawab …
A.   Jabatan Penyelenggaraan dan Pengurusan Negeri Taklukan British di Greenwich
B.   Pejabat Tanah Jajahan British di London
C.   Lembaga Keselamatan Luar Negeri Britain di Los Angeles
D.   Ibu Pejabat Gabenor Negeri – Negeri Selat di Singapura



               JAWAPAN


  1. B
  2. D
  3. D
  4. A
  5. C
  6. B
  7. A
  8. C
  9. A
  10. D
  11. B
  12. C
  13. A
  14. D
  15. C
  16. B
  17. A
  18. C
  19. D
  20. D
  21. A
  22. B
  23. C
  24. B
  25. A
  26. D
  27. C
  28. B
  29. C
  30. D
  31. A
  32. A
  33. B
  34. B
  35. C
  36. C
  37. D
  38. D
  39. A
  40. B


Tiada ulasan:

Catat Ulasan